NHS-19

372 26 3
                                    

Alyna PoV

Aku menghempas pintu bilikku tanda protes. Buat pertama kalinya selama 18 tahun aku hidup di muka bumi Allah ni,aku memberontak jika aku rasa tidak puas dengan sesuatu. Selama ini hanya Ali saja yang akan memberontak jika terpada perselisihan pendapat antara kami berdua dengan ayah dan aku pula hanya menurut malah aku akan memujuk Ali agar dia juga bersetuju dengan keputusan ayah.

Tapi untuk kali ni entah kenapa aku rasa tak mampu tahan dan aku tak mampu pendam lagi dengan lebih lama. Sampai bila aku mahu pendam mengenai ketidakpuasan hati aku terhadap keputusan ayah. Ayah juga perlu tahu bahawa aku ada impian dan aku akan berusaha bagi mencapai impian aku tu.

Aku berjalan menuju ke katil lalu tubuh aku direbahkan diatasnya. Tangan kanan diletakkan di dahi. Syiling putih bilik aku pandang lama. Entah kenapa tiba sahaja terasa panas. Beberapa detik kemudian,air mataku mengalir tidak henti. Hati aku terasa pedih sangat ketika ini.

I know we'll be alright...this time...

Bunyi nadaa dering panggilan itu membuatkan aku mengerti bahawa ada satu panggilan. Segera aku mencapai telefon yang aku letakkan di atas meja tidur. Aku lihat di muka skrin memerhati siapakah sang pemanggil.

My beloved twin

Segera aku menyeka air mata air mata yang mengalir tadi sebelum aku menjawab panggilan itu. Seolah dia dapat merasakan bahawa aku kini sedang bersedih. Seketika kemudian aku tersenyum kecil sambil menggeleng kepala. Aku lupa yang Ali adalah kembarku. Kami berkongsi rasa dan jiwa. Segera aku menjawab panggilan tadi. Kesian Ali lama menunggu aku menjawab panggilan.

"Assalamualaikum,adik." Ucapku memulakan perbualan. Intonasi suara juga aku kawal. Aku tak mahu Ali sedar bahawa aku sedang menangis.

"Waalaikumsalam,kakak." Dia menjawab dalam nada bersahaja. Tidak ceria seperti selalu jika dia menelefonku. Kali ini intonasi suaranya kedengaran seperti dia sedang bersedih. Atau...mungkin?

"Kakak bergaduh dengan ayah?"

Aku terkedu dengan soalan Ali itu setelah perbualan kami jeda beberapa saat. Segera aku menjawab pertanyaannya.

"Mana ada. Kakak tak gaduh dengan ayahlah. Adik ni banyak sangat fikir pasal kakak."

Helaan nafas Ali aku dapat dengari dengan jelas.

"Kakak lupa adik ni siapa bagi kakak? Adik ni bukan setakat adik kakak. Tapi adik lebih rapat dengan kakak daripada itu. Adik ni kembar kakak. Adik dapat rasa yang kakak tengah sedih sekarang."

Kata kata itu membuatkan sekali lagi menepuk dahi. Apalah aku ni nak menipu adik kembar sendiri. Aku terdiam seketika. Tak tahu apa nak jawab dengan pertanyaan Ali tadi.

"Kakak,hati kakak adalah hati adik. Jiwa kakak adalah jiwa adik. Apa yang kakak hadapi,adik mampu rasakannya walaupun adik jauh dengan kakak."

Entah kenapa air mata yang tadinya sudah kering kini kembali basah. Sekali lagi pipiku dibasahi dengan air mata. Kata kata Ali tadi membuatkan aku menjadi semakin rindu kepada insan ini. Sudah empat tahun aku tidak bertemu dengannya dan kami hanya berhubung dari laman sosial. Mungkin jarak membuatkan kami semakin dekat.

"Nangislah,kakak. Adik ada dengan kakak seperti mana kakak yang sentiasa ada dengan adik satu ketika dulu."

Semakin deras pula air mataku mengalir. Jika manusia ini ada di depan mata,pasti sudah lama tubuhnya aku peluk. Sungguh aku amat rindu pada Ali,sang kembarku.

Northwind High School II : Our FutureWhere stories live. Discover now