"Uncle,dekat mana nak letak sawi ni?" Tanya Chris yang ditangannya terdapat segengam sawi yang baru dicabutnya dari batas. Bakar yang memerhati Chris terus sahaja membalas.
"Letakkan di dalam kotak. Tengah hari nanti kita akan pergi agihkan di pasar pasar tani." Chris mengangguk lalu memasukkan ke dalam kotak yang sudah tersedia di tepi kebun.
"Pada suatu hari, di bilik Nobita belajar,ada seekor yang berwarna biru." Nyanyi Moon sambil menyiram sayur sayuran yang masih belum cukup matang dengan menggunakan baja yang diperbuat daripada campuran sisa makanan dan tahi kambing.
Dalam keadaan yang terlalu leka menabur baja yang dalam bentuk cecair itu ke atas anak anak sayur dan anak anak benih itu dia tidak sedar bahawa dia sudah menyiram seseorang dengan baja cair itu.
"Moon...,"
Tiada reaksi.
"Moon...,"
Tiada sebarang reaksi. Malah Moon masih leka menyiramnya sambil menyanyi riang. Moon tidak perasan bahawa dia telah menyiram seseorang dengan baja.
"Moon!!!"
Moon tersedar dari lekanya lalu memandang ke bawah. Dia sangat terkejut apabila Zass menempik memanggil namanya seperti tadi. Dia sangat terkejut apabila melihat Zass yang sudah dilumuri dengan baja. Mereka masing masing ketawakan Zass.
"HahaHahahahshahz! Zass,kau mandi baja ke?" Tanya Jet yang masih sedang ketawakan Zass. Zass mengetap giginya menahan marah lantas dia merampas bekas baja yang dipegang Moon lalu laju berjalan ke arah Jet. Dia menyimbah muka Jet dengan baja itu. Semua terkejut dengan aksi itu.
"Padan muka,kau!" Tempelak Zass sambil tersenyum mengejek Jet. Jet yang menahan geram terus sahaja berlari bagi membalas perbuatan Zass. Tubuh mereka disimbahi dengan baja.
Acara kejar mengejar berlaku antara mereka berdua. Masing masing tidak menghiraukan Jet dan Zass yang masih lagi sedang bermain kejar kejaran itu.
Malang tidak berbau,Zass yang sedang berlari menyelamatkan diri tersadung baju yang ada ditengah tengah kebun itu terjatuh ke atas tubuh Bulat yang masih lagi tekun mencabut sayur dari batas. Akibatnya,Jet juga yang mahu menyimbah tubuh Zass bagi membalas dendam tersimbah ke tubuh Bulat
Jet terpana dengan tindakannya!
"Korang berdua ni dah gila ke??!!!"
Bukat mengambil langkah bagi mengejar dua ekor makhluk itu bersama sebatang layu yang sempat dikutip tadi dengan sebesen baja juga bagi me balas dendam pada Zass dan Jet.
Sekali lagi acara kejar mengejar berlaku didalam kawasan kebun Bakar itu. Jet dan Zass yang sudah kotor bermandi baja berlari ke arah sekumpulan manusia yang sedang tekun mengumpulkan kangkung.
"Korang tolong! Si celik IT kita dah mengamuk!!!" Teriak Zass dan Jet sambil cuba berselindung dibelakang kumpulan manusia itu.
"Ish! Korang ni mandi baja ke petik sayur?" Nabila bertanya sambil menutup hidungnya tidak tahan bau busuk pada badan Jet dan Zass. Jet dan Zass hanya menusingkan bola matanya malas melayan Nabila.
"Jet!! Zass! Mari sini korang berdua!!" Teriak Bulat lalu dia ternampak tubuh Zass yang mengalah itu dibelakang tubuh Rudy. Apa lagi terulah dia serbu ke arah Zass. Tanpa berfikir panjang,terus sahaja Bukat melemparkan sebesen baja itu ke arah hadapan tanpa dia sedar terdapat manusi manusia yang tidak bersalah dihadapannya.
Splash!!
'Alamak! Salah attacklah pula.' Bisik hati bulat. Dia terkejut melihat mata tujuh orang perempuan yang bagaikan mahu menelannya.
YOU ARE READING
Northwind High School II : Our Future
RandomKesinambungn dari Northwind High School : The Birth Of The New Group. Ikuti kisah Ali bersama kakak kembarnya serta kawan kawan mereka dalam mencapai dan merealisasikan impian mereka menjadi realiti. Tapi adakah manisndi dalam setiap perjalanan mer...