NHS-6

419 30 0
                                    

Di sebuah gazebo berhampiran rumah Bakar, terdapat 14 orang remaja sedang duduk termenung. Seketika kemudian hafas dihela daripada mereka.

"Macam mana kita nak lawan si Zack tu? Kita semua bukannya pandai main solfball." Rungut Chris memecahkan kesunyian antara mereka. Mata mereka tertumpu kepada Chris yang sedang bersandar di tiang gazebo.

"Bro,kita semua tak pandai main solfball,tapi bukan Alynn. Hanya dia sorang je yang power main solfball." Balas Nabila membetulkan ayat Chris.

"Habis? Tak kan lah kita nak suruh Alynn main solfball sorang sorang? Bukan ke solfball tu permainan berpasukan." Duga Moon lagi. Sekali lagi mereka menghela nafas berat. Memikirkan tentang perkara itu,sekali lagi mereka menghela nafas.

"Kenapa sedih sedih ni? Korang semua kan hebat. Korang boleh buat apa saja yang korang inginkan." Pujuk Bakar ketika melihat 14 orang anak  muda ini sepertinya keresahan.

"Kami tak pandai main solfball. Macam mana nak sahut cabaran si Zack tu?" Ujar Bulat.

"Ini semua salah Rozalah yang setuju cabaran tu." Kata Mika sambil menjeling tajam ke arah Roza. Roza memusingkan bola matanya malas mahu layan kata kata Mika.

Bakar hanya tersenyum. Dia memandang anak anak  muda ini dengan senyuman penuh makna.

"Uncle ada idea untuk tolong korang semua." Ujar Bakar. Semua mata memandang tepat kearah Bakar. Kening mereka berkerut dengan kata kata Bakar. Pelik! Namun pandangannya beralih ke arah Alyna. Matanya dikenyitkan kepada anak saudaranya itu.

"Kau tahu,Alynn." Kata Bakar lalu dia berjalan menuju ke arah stor lalu diikuti oleh mereka yang lain. Alyna juga masih tidak faham dengan makna pandangan serta kenyitan mata Bakar terhadapnya tadi. Apa yang pak ciknya ini maksudkan?

Mereka berjalan mengekori Bakar ke sebuah stor yang terletak tidak jauh dari rumahnya. Hanya 10 meter sahaja di belakang rumah. Bakar membuka pintu stor sederhana besar itu. Dia membuka pintu stor itu lalu...

"Wow!!"

Terlopong mulut anak anak muda ini apabila melihat terdapat banyak set permainan solfball serta kelengkapan seorang jurulatih. Kaki mula melangkah masuk ke dalam stor dalam keadaan yang masih ragu ragu.

"Dari mana uncle boleh ada set jurulatih ni? Sebab hanya seorang jurulatih saja yang bolwh ada set macam ni." Tanya Alyna sambil dia mengambil salah satu daripada barang dalam set jurulatih itu. Bakar hanya tertawa kecil.

"Itulah yang kau lupa,Alynn. Sebenarnya uncle ni seorang jurulatih profesional kelab solfball sebelum uncle bersara dan jadi seorang pekebun." Jawab Bakar sambil menunjukkan sijil kejurulatihan yang dia miliki. Semakin terkejut mereka dibuatnya. Alyna menepuk dahinya sendiri. Macam manalah dia boleh lupa tentang perkara seperti ini.

"Jadi kita dah ada team. Cuma sekarang ni korang perlu tahu asa dalam permainan solfball aje." Ujar Bakar lagak seperti seorang jurulatih.

Mereka hanya memasang telinga dengan apa yang Bakar katakan mengenai solfball. Ilmu baru tak mungkin mereka akan biarkan melepas. Satu persatu Bakar tunjukkan kepada mereka seperti kayu pemukul bat, sarung tangan glove dan juga bola solfball. Tiga alatan penting dalam permainan solfball.

"Dalam satu perlawanan,terdapat tujuh inning atau dikenali sebagai pusingan pertukaran. Inning akan bertukar kepada pasukan pemadang bila mereka berjaya mematikan tiga pemukul ataupun batter dari pasukan lawan.

Setiap pasukan terdiri daripada 12 orang ahli dan 9 pemain utama. Selebihnya ialah pemain cadangan. Sembilan pemain ini terdiri daripada pelontar atau pitcher. Penangkap atau catcher, tiga penjaga kawasan luar padang dan empat penjaga kawasan dalam padang.

Northwind High School II : Our FutureWhere stories live. Discover now