Iman berjalan laju pulang ke asrama. Fikiran terasa serabut. Serabut dengan kata kata Rizqi tadi. Dia terasa seperti dihina! Lemah sangat ke dia sebagai seorang perempuan? Apabila mengenangkan semua kata kata Rizqi tadi semakin sakit hatinya. Semakin erat gengamannya pada beg galasnya.
Iman berhenti di sebuah lorong diantara sekolah dengan asrama. Dia bersandar di dinding lalu perlahan lahan dia jatuh terduduk di situ. Kedua lututnya di peluk erat. Air mata mengalir dari pipi.
Saya anak sulung kepada seorang guru wushu. Cita cita saya ialah mahu membuka sebuah sekolah seni mempertahankan diri. Saya nak lahirkan generasi yang mampu melindungi diri sendiri daripada ditindas dan dibuli.
Semakin deras air matanya mengalir ketika mengingati peristiwa malam dia memberitahu cita citanya kepada rakan rakan. Cita citanya besar. Dia mahu membuka sekolah seni mempertahankan diri. Dia tidak mahu lagi melihat anak muda yang lemah dibuli dan ditindas. Dia mahu jadi penyelamat mereka.
Tapi dia sendiri lemah!
Dia sendiri tak mampu untuk melindungi dirinya daripada kata kata hinaan Rizqi!
"Iman.."
Iman segera menyeka air matanya lalu berdiri. Pakaian seragam karatenya dibetulkan. Dia tidak mahu sesiapa menyedari bahawa dia sedang menangis di sini. Baik rakan rakannya sekali pun! Dia tidak mahu bebankan mereka dengan masalahnya. Pasti mereka juga ada masalah sendiri.
Ketika Iman hendak berjalan pergi meninggalkan lorong itu,tangannya dipegang kukuh lalu dia ditarik masuk ke dalam pelukan seseorang. Iman tersentak dengan tindakan manusia itu. Kepala Iman yang ditutupi dengan tudung itu diusap lembut.
"Iman,aku tahu kau nangis. Please,Iman. Jangan pendam masalah kau sendiri. Kau boleh kongsikan dengan aku dan kawan kawan kita. Aku sentiasa ada untuk kau. Aku akan sentiasa ada Iman."
Suara garau lelaki itu membuatkan kepala Iman sedikit terdongak keatas. Maklumlah lelaki itu jauh lebih tinggi darinya. Kepalanya sahaja sudah berada didada bidang lelaki itu. Mata Iman membulat saat melihat sang lelaki sedang memandangnya sambil tersenyum lembut.
"Rudy?!"
"Kenapa? Kau terkejut aku boleh tahu kau di sini? Aku dengar semuanya yang Rizqi cakap dengan kau tadi. Bukan niat aku nak dengar tapi tak sengaja. Aku cuma nak ajak kau balik ke asrama sama sama je. Jadi sebab tu aku ikut kau ke sampai sini."
Iman tersenyum paksa setelah mendengar kata kata Rudy tadi. Dia mahu meleraikan pelukan akan tetapi Rudy semakin mengeratkan lagi pelukannya sepertinya tidak mahu Iman pergi jauh darinya. Dia tahu perasaan Iman sekarang.
"Aku tahu kau sedih. Janganlah pendam sendiri. Kau boleh kongsi dengan aku dan aku sentiasa ada untuk jadi tempat kau bersandar." Ujar Rudy lagi. Sekali lagi empangan air mata Iman pecah. Tanpa mengira batasannya dengan Rudy,terus sahaja dia membalas pelukan Rudy tadi erat sambil menangis teresak esak.
Rudy mengelus kepala Iman lembut. Dia membiarkan sahaja baju seragam latihannya basah dek air mata milik Iman. Dia hanya mahu Iman sentiasa tersenyum. Dia tak mahu melihat Iman sedih dan murung. Jiwanya terasa sakit saat melihat Iman begitu.
..........
Khai terkejut ketika melihat sebuah kereta Honda Civic merah terparking kemas didataran sekolahnya. Ketika itu dia dalam perjalanan menuju ke kelab musik. Dia sangat mengenali pemilik kereta dengan nombor plat WE 303 itu. Itu adaalh kereta milik ayahnya!
'Apa yang ayah buat disini? Ayah jarang datang ke high school. Mungkin ada apa apa ni.' Desis hatinya. Mulalah terasa sesuatu yang buruk akan terjadi nanti.
![](https://img.wattpad.com/cover/228339396-288-k509676.jpg)
YOU ARE READING
Northwind High School II : Our Future
AléatoireKesinambungn dari Northwind High School : The Birth Of The New Group. Ikuti kisah Ali bersama kakak kembarnya serta kawan kawan mereka dalam mencapai dan merealisasikan impian mereka menjadi realiti. Tapi adakah manisndi dalam setiap perjalanan mer...