Encik Khairul menarik tangan Khai kasar menuju ke arah tempat dimana dia meletakkan keretanya tadi. Tanpa segan silu,dia terus menolak Khai mengenai kereta. Khai memegang bahunya terasa sakit akibat tolakan ayahnya yang kuat tadi.
"Kenapa ayah buat saya macam ni?" Tanya Khai yang masih mengurut bahunya yang masih sakit. Encik Khairul masih memandang tajam ke arah Khai. Terasa dia sungguh marah kepada anaknya ini ketika mendengar pengakuan Khai ketika di dalam bilik pengetua tadi.
"Sepatutnya ayah yang tanya kamu macam tu? Kenapa kamu kecewakan ayah?! Ayah hantar kamu ke sekolah ni dan kursus musik dari kamu kecil untuk jadikan kamu seorang ahli musik. Kenapa prestasi kamu sangat teruk?"
Encik Khairul memegang kedua bahu Khai sambil menggoncangkan tubuhnya berulang kali agar anaknya ini sedar bahawa takdirnya adalah bersama musik.
"Seperti yang saya cakap tadi,saya tak layak untuk main musik. Saya tak sukakan musik!"
"Uthman,sedarlah. Kamu memang layak untuk dunia musik. Kamu memang layak untuk jadi pemain terbaik dan sertai pesta musik itu."
"Tak ayah! Saya tetap tak layak. Malah...ada orang lain yang lebih layak bermain musik dengan sangat baik berbanding saya." Khai mengigit bibirnya. Dia sangat berharap agar ayahnya mengerti akan perasaannya. Encik Khairul terkejut dengan kata kata Khai. Mana ada orang lain yang mampu bermain musik lebih bagus daripada Khai. Tidak mungkin!
"Siapa yang lebih hebat dari kamu tu,Uthman? Beritahu ayah sekarang! Tak ada siapa yang mampu kalahkan kamu dan lawan kehebatan kamu."
"Tak ayah! Ayah salah! Dia malah lebih hebat dari saya. Dia selayaknya menjadi ahli musik yang hebat macam ayah. Bukan saya...,"
Khai menundukkan pandangannya memandang jalan tar. Kedua tangannya digengam penumbuk. Semakin kuat bibirnya digigit.
"Malah dia juga sudah berjaya tawan hati saya. Saya serahkan dunia musik ini sepenuhnya pada dia dan saya percaya bahawa dia akan kembali semula ke high school ni untuk capai impiannya."
Encik Khairul terpana. Lidahnya kelu dengan kata kata Khai tadi. Semakin menggelegak darahnya menahan marah. Tangannya diangkat keudara.
Pang!
Khai memegang pipi kirinya yang terasa pedih ditampar oleh Encik Khairul tadi. Matanya merenung Encik Khairul.
"Adakah dia seorang perempuan?! Kamu kena ingat Uthaman,ayah buat semua ni kerana sayangkan kamu. Ayah tak nak nasib kamu sama seperti ayah. Mak kamu tinggalkan kita!! Kamu tak sepatutnya percayakan perempuan tu. Dia penipu!! Dia sengaja nak jatuhkan kamu."
"Tak ayah! Alynn tak macam tu! Alynn tu sungguh istimewa bagi saya. Ayah tak akan faham. Saya serahkan dunia musik pada dia agar dia mampu memahami setiap perasaan dengan musik. Saya tak mampu buat macam tu ayah. Dan...saya sukakan Alynn. Saya sukakan Sharifah Nur Shazlyna!!"
"Takdir kamu adalah musik,Uthman."
"Siapa ayah mahu tentukan takdir saya? Biar saya tentukan sendiri jalan hidup saya! Saya tak mahu jadi ahli musik! Saya hanya mahu jadi seorang detektif!!"
Ucap Khai lalu dia berjalan pergi meninggalkan kawasan itu. Dia berjalan meninggalkan ayahnya tanpa menoleh ke belakang lagi. Dia harap bahawa ayahnya mampu memahami akan impiannya. Jiwanya bukan pada musik. Tapi jiwanya pada dunia penyiasatan. Encik Khairul meraup mukanya sambil melihat kelibat anaknya yang semakin menghilang dari pandangan mata.
Alyna hanya menutup matanya ketika Dato'Ghazali melemparkan kertas keputusan peperiksaan pertengahan tahun jurusan perniagaan tepat kemukanya.
Keputusan peperiksaan pertengahan tahun
Jurusan: Perniagaan
Nama: Sharifah Nur Shazlyna Binti Dato' Syed Ghazali
Gred: 12
Keputusan: GAGAL
Peratusan keseluruhan: 1.45"Kenapa teruk sangat keputusan kamu ni?!! Biasanya kamu boleh capai 3.00 pointer dalam ujian!! Tapi kenapa kali ni teruk sangat jatuhnya!!" Tengking Dato'Ghazali kepada Alyna. Alyna hanya menundukkan pandangan memandang lantai tidak mahu memandang muka bengis ayahnya itu. Dia takut.
"Sebab Alynn tak....," belum sempat dia menghabiskan bicara,ayahnya sudah memotong.
"Kamu tak suka perniagaan? Mahu jadi ahli musik? Kamu rasa apa yang akan kamu dapat jika kamu jadi ahli musik? Boleh buat duit untuk kesenangan masa depan kamu??" Duga Dato' Ghazali.
Alyna mengetap giginya. Geramnya rasa hati mahu keluar dari rumah itu. Dia mahu mencari mamanya dan memilih untuk tinggal bersama mamanya yang pasti lebih memahami keadaan dirinya.
"Ayah tak layak untuk jadi ayah Alynn!!"
Terkedu Dato' Ghazali ketika dia mendengar jeritan daripada anak perempuannya itu. Alyna bangkit dari duduknya di sofa. Kertas laporan ujiannya digengam erat sehingga kertas itu konyok.
"Alynn nak duduk dengan mama! Ayah tak layak untuk jaga Alynn!! Apa yang ayah tahu keinginan ayah dipenuhi saja. Habis? Macam mana dengan keinginan dan kebahagiaan Alynn sebagai anak ayah?" Suara serak Alyna mula kedengaran.
"Alynn selalu tanya diri Alynn sendiri,sebenarnya ayah Alynn ni sayang Alynn dengan Ali ke tak? Atau kata kata sayang tu hanya di mulut bukan dari hati? Kalau ayah sayangkan Alynn,biarkanlah Alynn tentukan jalan hidup Alynn sendiri. Mama tak pernah halang Alynn dengan Ali nak buat apa. Pastikan perkara itu baik. Tapi ayah? Ayah selalu paksa kami untuk buat semua kehendak ayah!"
Dato' Ghazali terdiam mendengar luahan daripada anak sulungnya ini. Tidak tahu apa yang harus dia jawab untuk Alyna.
"Alynn nak jumpa Ali dengan mama,tapi ayah selalu tak bagi. Ayah kata Alynn kena belajar dan terus belajar. Sampai bila ayah nak bebankan Alynn dengan benda yang Alynn tak suka? Sampai kami mati?"
Dato' Ghazali melihat tepat ke arah anak mata Alyna. Buat pertama kalinya sejak 18 tahun lalu,inilah kali pertama dia melihat tangisan Alyna.
"Alynn dah cakap dengan Cikgu Li Ji dan dia kata tak kisah malah dia sokong keputusan Alynn."
"Kamu nak buat apa?"
"Alynn nak berhenti belajar tentang dunia perniagaan dan Alynn nak pergi tinggal dengan mama. Dan...," kata kata itu tergantung. Alyna menghela nafasnya lama.
"Alynn nak belajar semula dekat Northwind High School." Sambung Alyna setelah beberapa detik dia jeda. Dia berjalan mendaki anak tangga dan menuju ke biliknya.
Dato' Ghazali bagai hilang kata kata ketika dia mendengar keputusan daripada anak perempuannya itu. Dia meraup mukanya dengan kedua tapak tangan lalu dia duduk disofa.
Bersambung....
Alynn nak pindah ke Northwind High School?
Dia nak duduk dengan mama dia??
Okey...mungkin dah jadi lebih menarik sekarang ni..
Okey ini chapter yang akan meninggalkan 1001 persoalan untuk korang.
Sebab apa.....
Sebab korang kena tunggu masalah author sattle dulu baru boleh update balik.
Harap korang sabar menunggu ya,Guys.
Love you all
❤
Insanbiasa_99
YOU ARE READING
Northwind High School II : Our Future
RandomKesinambungn dari Northwind High School : The Birth Of The New Group. Ikuti kisah Ali bersama kakak kembarnya serta kawan kawan mereka dalam mencapai dan merealisasikan impian mereka menjadi realiti. Tapi adakah manisndi dalam setiap perjalanan mer...