Chris memerhati lama pi ntu pagar dihadapannya. Rasa berat hati mahu meninggalkan sekolah serta segala kenangan yang telah dia cipta sepanjang dia berada di sekolah itu. Namun apa kuasa yang dia ada? Ada sebuah tanggungjawab yang menantinya dinegara asal tempat kelahirannya.
"CHRIS!!!!"
Suara manusia yang memanggilanya itu diabaikan. Dianggap sebagai angin lalu. Dia tidak mahu menoleh lagi. Dia takut dia akan ragu ragu dengan keputusan yang telah dia ambil ini.
Sepasang tangan menjalar lalu memeluknya dari belakang. Terasa ada kepala sedang bersandar dibelakang tubuhnya. Dia tidak mahu menoleh bagi memandang gadis itu. Hatinya tidak kuat.
"Please,Chris. Don't go. Don't leave me alone."
Dia menggigit bibir bawahnya menahan rasa. Tangan yang masih erat memeluk pinggangnya dibiarkan. Tidak dileraikan atau apa.
"You're not alone at here,Abil. You have our friends."
Suara lembut itu memujuk. Berharap agar gadis ini mengerti bahawa dia tiada pilihan.
"No,Chris! Though I have our friends at here but..."
Semakin erat tangannya memeluk lelaki kacukan ini. Berharap agar lelaki ini mengerti isi hatinya.
"....I lost you."
Chris terkedu. Semakin buntu saat ini. Dia merasakan bahawa pergi pada malam hari ini adalah idea yang terbaik,namun dia salah. Tidak semena mena,hujan mulai turun membasahai bumi mengingatkan mereka berdua pada kisah yang ingin dilupakan.
"Kau tak sepatutnya jumpa,Abil. Kerana ayah akulah pemusnah hidup kau. Ayah aku dah bunuh ayah kau. Ayah aku terlalu kejam,Abil. Aku tak layak untuk kau." Kzta Chris perlahan. Pelukan yang semakin dieratkan itu dileraikan. Nabila melangkah kehadapan Chris yang masih berdiri kaku dihadapan pintu pagar ini.
"Aku dah lama tahu,Chris. Aku dah lupakan soal tu. Aku dah tak rasa kosong seperti dulu lagi selepas aku jumpa kau. Kau buat aku rasa bahagia. Tolonglah jangan pergi." Ujar Nabila. Hakikat yang memang sudah lama dia tahu. Sejak dari hari pertama dia tiba di Malaysia dia memang sudah tahu.
Pada kali pertama melihat Chris,memang tidak dinafikan bahawa dia memang marah dan benci pada lelaki ini kerana ayahnya telah memusnahkan hidupnya. Namun setelah sekian lama mengenali Chris,baru dia sedar bahawa Chris jauh berbeza dengan ayahnya.
"Kalau kau sayang aku Chris,tolonglah jangan pergi." Rayunya lagi.
Chris memegang kedua bahu Nabila. Senyuman nipis diberikan buat gadis itu. Walaupun hujan semakin lebat,mereja tidak peduli. Seketika kemudian,Chris menggeleng kepala.
"Maafkan aku,Abil. Sejujurnya memang aku sayang kau. Tapi...ada tanggungjawab yang sedang menanti aku di London." Chris sedaya upaya menguatkan keputusannya biar pun dia terasa begitu sakit. Nabila menundukkan wajahnya. Berusaha memastikan bahawa air matanya tidak jatuh.
"Sejujurnya dari lubuk hati aku yang paling dalam,Abil. Memang aku sayang kau. Boleh kau tunggu aku. Aku janji aku akan kembali." Chris dengan yakin menabur janji.
Sepantas bagaikan kilat menyambar,Nabila memeluk Chris. Dia sudah tidak percaya pada janji itu lagi. Itulah janji yang pernah dikatakan oleh ayahnya dulu saat dia bersama pak ciknya tinggalkan rumah. Namun pengakhirannya dia kehilangan seorang ayah.
Chris membalas pelukan Nabila. Kepala gadis ini diusap perlahan. "Kau tipu aku,Chris. Kau tak mungkin akan kembali." Katanya.
Chris meleraikan pelukan mereka. Dia memegang muka Nabila memaksa gadis ini memandang mukanya. Air mata yang sudah bercampur dengan air hujan ini diseka perlahan.
"Aku janji aku akan kembali. Kau boleh benci aku seumur hidup kau kalau aku tipu." Katanya lagi. Dia berusaha meyakinkan Nabila. Harapan yang tinggi diberikan.
"Janji kau akan kembali ke sini?"
Chris hanya mengangguk. Dia tersemyum lagi. Nabila hanya tersenyum paksa. Dia benar benar mengharapkan agar Chris menepati janjinya.
YOU ARE READING
Northwind High School II : Our Future
De TodoKesinambungn dari Northwind High School : The Birth Of The New Group. Ikuti kisah Ali bersama kakak kembarnya serta kawan kawan mereka dalam mencapai dan merealisasikan impian mereka menjadi realiti. Tapi adakah manisndi dalam setiap perjalanan mer...