NHS-31

281 18 2
                                    

Tiga bulan kemudian...

Suasana riuh di pentas teater. Masing masing sibuk dengan urusan masing masing. Ada yang macam budak kecil berlari lari diatas pentas macam tak pernah jumpa pentas teater. Siapa lagi kalau bukan si Ali yang melarikan diri dari Jet.

Tiga gadis yang menjadi pemerhati dari bawah pentas dari tadi hanya menggeleng kepala. Roza bercelak pinggang sambil menahan geram dengan dua budak ni. Alyna dan Alicia saling berpandangan lalu mereka Menggeleng kepala.

"Aku rasa baik kau pergi sebelum Roza mengamuk dua dua sekali kena." Bisik Alicia ke telinga Alyna. Alyna hanya tersenyum memandang Alicia. Senyuman penuh makna lalu dia berbisik ke telinga Alicia.

"Kenapa tak awak saja yang pergi. Saya rasa itu lebih baik." Alyna mengenyetkan matanya pada Alicia. Alicia yang memahami makna isyarat Alyna itu hanya tersenyum malu. Alyna tersenyum kecil.

"Baik korang berdua berhenti sebelum kepala korang berdua botak aku sekeh!" Amaran Roza kepada dua lelaki ini. Larian Ali dan Jet terhenti saat mereka mendapat sergahan daripada Roza.

"Cepatlah! Kita tak ada masa nak main main persembahan itu minggu ni." Rudy mengingatkan mereka bahawa mereka sedang kesuntukkan masa.

"Kita akan buat seperti yang kau cadangkan,Ali. Tapi kau yang kena jadi watak utamanya dengan Alicia." Dua manusia ini terpana saat nama mereka disebut.

"Aku?" Kata mereka berdua serentak lalu menunjuk ke arah masing masing. Mereka yang lain hanya mengangguk.

"Kenapa bukan Alyna saja? Lagi pun memang dah sah yang dia kembar betul Ali." Kata Alicia membantah.

"Habis,kalau Alyna yang berlakon siapa yang akan jadi support musikal Khai?" Duga Zass pula menyokong pendapat mereka yang lain. Sebenarnya mereka ada rancangan lain. Khai boleh je main musik latar belakang solo tapi kerana rancangan ini dia berpura pura perlukan Alyna.

"Fine!" Jawab Alicia pasrah.

"Tak payahlah nak marah. Lagi pun watak yang kena bunuh tu bukan kau tapi aku." Selamba Ali menjawab. Alicia hanya memusingkan bola matanya malas melayan Ali.

▫▫▫

Chris berjalan selamba diruangan istana. Setiap orang yang menunduk hormat padanya pasti akan ditegah. Dia tidak mahu merasakan bahawa dia seperti seorang putera mahkota. Bunyi getaran dipoket seluar Chris membuatkan langkahnya terhenti. Terus sahaja dia mengeluarkan telefon itu.

My future💓
Chris,kau sihat? Kau datang tak tengok persembahan akhir sekolah kita nanti. Kitaorang tengah sibuk buat latihan ni.

Chris hanya tersenyum dengan kata kata yang dikirimkan dari Nabila.

My future💓
Chris,kau nak tahu tak? Alynn tak jadi kembar Ali dlm drama tu. Tapi Alicia. Aku dan yang lain tahu sebab apa Alynn tak nak. Tapi Alicia d tak tahu.

Aku rindu kau Chris. Aku rindu nak gaduh dengan kau. Aku rindu nak manja manja dengan kau. Cepatlah sikit kembali ke sini. Aku akan sentiasa tunggu kau. Jangan hampakan aku tau,Chris. Sebab....

Senyum Chris mati saat membaca pesanan terakhir dari Nabila itu. Tapi Nabila masih menaip,dia tidak sabar menanti sambungannya.

My future💓
Sebab...aku tak rasa yang aku boleh benci kau seandainya kau mungkir janji. But the way,I still wait you Chris Danial Ilham. 💖

Chris menutup telefon setelah dia selesai membaca mesej yang dihantar oleh Nabila kepadanya. Telefon yang berskrin hitam itu  dipandang lama. Entah kenapa dia terasa rindu pada gadis itu dan semua kawan kawannya. Dia tidak pernah sangka persahabatan mereka akan berakhir seperti ini.

"Maafkan aku semua. Tapi aku akan pastikan yang aku akan kembali. Tunggulah aku,Abil." Nekad Chris lalu dia berjalan menuju ke bilik menghadap.

Ali terduduk diatas pentas sambil terbaring lesu. Latihan teater sehari suntuk memang sangat meletihkan baginya berbanding latihan bola keranjang. Tidak seperti Roza dan Jet yang sudah biasa dengan tarian seperti ini.

"Apasal kau kaku sangat ni,Ali. Nampak sangat kau tengah kekok." Rungut Jet ketika dia sedang mengajar Ali tarian solonya.

"Memang aku tengah kekoklah,banggang! Aku mana pandai menari macam kau. Tak ada tarian lain yang lebih sesuai ke dengan aku." Amuk Ali. Jet hanya tersengih sambil mengusap belakang tengkoknya.

"Ini dikira senang daripada aku dengan Roza kena ajar kau menari duet dengan Alicia." Balas Jet selamba. Ali hanya menghela nafasnya lalu masih meneruskan latihan tariannya.

"Engkaulah sang puteri....akulah sang pelayan...takdir memisahkan sang kembar yang malang....jika semuanya demi melindungimu...apa pun akan ku lakukan demi itu." Nyanyi Khai yang diiringi oleh musik instrument piano daripada Alyna.

"Bagus sekali nyanyian awak,Khai. Tak sangka pula awak ni pandai menyanyi." Puji Alyna setelah musik instrumen itu ditamatkan. Khai hanya tersengih kerana malu dengan pujian itu. Crush dah puji siapa tak malu.

"Tak adalah bagus sangat jika nak dibandingkan dengan adik kau tu." Kahi cuba merendah diri. Alyna tersenyum kecil.

"Kalau awak nak tahu, Ali tu dulu pernah masuk kelas vokal masa kami kecil dulu. Dia tu memang suka benda benda yang mencabar macam ni. Kalau boleh tu semua kelab dia nak masuk." Ujar Alyna.

Khai hanya terdiam saat mendengar Alyna bercerita soal kembarnya. Khai tahu bahawa Alyna sangat menyanyangi Ali.

"Janganlah pijak kaki aku!"

"Siapa yang pijak kaki kau? Kau yang salah langkah!"

Semua mata memandang ke arah punca suara itu. Rupanya suara Ali dan Alicia yang sedang bergaduh semasa mereka berlatih tarian duet. Mereka hanya menggeleng kepala dengan tingkah teman mereka ini.

Northwind High School II : Our FutureWhere stories live. Discover now