Chris merenung lama surat beserta tiket penerbangan ke London yang baru saja dihantar kepadanya beberapa jam lalu. Dia menghela nafas panjang. Rambut perangnya diramas.
"Kenapalah si tua tu selalu buat aku macam ni?" Tanyanya sendiri. Dia memanjat katil Zass agar dia boleh pergi ke arah katilnya lalu tubuh direbahkan atas tilam empuk tu. Matanya memandang syiling bilik yang dihuni oleh tujuh lelaki itu.
Apa yang aku nak jawab kalau diorang tanya nanti?
Macam mana aku nak jelaskan semua perkara ni pada Abil nanti?
Dia akan okeykah kalau aku tak ada?
Patutkah aku balik?
Ting!
Lamunannya terhenti ketika dia mendengar bunyi notifikasi whatsAppnya yang masuk. Terus sahaja dia memasukkan tangan ke dalam poket seluar lalu mesej itu dibuka.
Abil💘
Kalau kau tak keberatan...boleh kita berjumpa dekat kolam taman sains? Ada satu perkara yang aku nak beritahu kau.Chris membaca mesej itu lantas jari jemarinya menaip mesej balasan.
Okey👌. Tunggu aku. Kurang dari lima minit aku datang. Dan...aku ada sesuatu nak beritahu kau.
Abil💘
Okey. Jumpa kau sekejap lagi.Entah kenapa Chris tersenyum sendiri saat membaca mesej itu. Ya! Dia sudah jatuh hati pada Nabila yang baginya unik. Biarpun kadang kala mulut gadis kacukan ini agak celupar mengalahkan babun,tapi entah kenapa itu yang membuatkan Chris tak kering gusi melayannya.
Aku harap...
Kau akan jadi milik aku...
Abil!
Chris mencari cari seseorang disekitar kolam taman sains itu. Matanya masih melilau mencari kemudian...
"Cari aku ke?" Dia menyapa Chris dari belakang.
Chris memusing lalu kepalanya laju menunduk ke bawah. Senyuman terukir spontan diwajah lelaki ini. Tapak tangannya diletakkan diatas kepala Nabila. Dia tertawa kecil.
"Walaupun dah 18 tahun,tak sangka kau masih jauh lagi pendek dari aku. Sama macam kali pertama kita jumpa disekolah ni." Usik Chris. Pantas tangannya yang berada diatas kepala Nabila tadi ditepis kasar. Muka cemberut dipasang gadis ini.
"Dasar dungu! Memang lumrahlah perempuan lagi pendeka dari lelaki! Kau nak ejek aku pula." Marah Nabila. Chris tertawa lepas.
"Yeke? Ali dengan Alicia tak pun. Dulu Alicia lebih tinggi dari Ali. Alynn pun lebih tinggi dari Ali." Jawab Chris selamba.
Sekali lagi lengannya ditampar.
"Itu dulu. Tapi sekarang kau tengok,Ali dah lagi tinggi dari Alicia dengan Alynn walaupun hanya beberapa cm je. Sekurang kurangnya jelas Ali lagi tinggi dari diorang berdua." Ujar Nabila.
Chris mengangguk setuju. Malas mahu dia bergaduh lama lama dengan Nabila ni. Dia tahu,walaupun kata katanya benar,tapi Nabila tetap tidak akan mengaku kalah.
"Ha! Lupa pula aku nak bagi kau ini." Kata Nabila sambil menunjukkan sepucuk surat kepada Chris. Chris memandang lama kearah surat itu lalu dia mencapainya. Surat yang terlipat kemas itu dibuka.
Surat tawaran kemasukan kolej dengan biasiswa penuh kerajaan
Mata Chris terbuntang luas. Dia memandang Nabila seakan tidak percaya. Nabila hanya mengangguk mengiayakan bahawa ianya bukan gurauan.
"Aku baru dapat surat tu hari ni. Satu bilik aku seronok tengok aku dapat tawaran tu. Dimasa yang sama aku sedih sebab aku akan tinggalkan sekolah ni lepas tamat belajar. Aku akan tinggalkan kawan kawan aku dan..." kata kata itu terhenti. Nabila memandang tanah.
"Aku akan tinggalkan kau."
Chris memandang Nabila dari tepi. Entah kenapa jantungnya berdetak tidak keruan ketika ini. Apakah Nabila juga merasakan apa yang dia rasakan.
"Aku harap persembahan terakhir kita nanti akan jadi sesuatu yang sangat bermakna untuk aku dan kita semua. Aku sayang sekolah ni. Aku sayang kawan kawan yang aku dah anggap seperti keluarga aku sendiri dan..." Nabila memaling lalu kepalanya didonggakan sedikit agar dia dapat memandang Chris dengan lebih jelas.
"Aku pun sayangkan kau Chris Danial Ilham!" Kata Nabila sambil mengukur senyuman manis.
Chris terkedu ditempatnya berdiri. Kakinya kaku seolah sudah digam. Lidhnya kelu untuk berkata kata. Hanya senyuman spontan sahaja yang mampu diberikan kepada Nabila.
"Cuma itu saja aku nak beritahu kau. Jumpa dekat sekolah esok!" Kata Nabila lalu dia mengucup pipi kiri Chris sebelum dia berjalan pergi meninggalkan kawasan itu. Chris masih pegun disitu. Hatinya memberontak dengan tindakannya sebentar tadi.
Kenapa dengan kau Chris?
Kenapa kau tak beritahu dia?
Apa yang kau fikirkan sebenarnya?
Kau dungu Chris!!
Kau dungu!
Aku tak nak kecewakan dia.
Kalau dia tahu aku akan kembali ke London dan jadi seorang pemerintah...adakah dia boleh terima semua itu?
Sedangkan keluarga akulah yang dah musnahkan kehidupannya selama ini?
Aku tak sanggup nak lihat semua tu?
Bersambung...
YOU ARE READING
Northwind High School II : Our Future
RandomKesinambungn dari Northwind High School : The Birth Of The New Group. Ikuti kisah Ali bersama kakak kembarnya serta kawan kawan mereka dalam mencapai dan merealisasikan impian mereka menjadi realiti. Tapi adakah manisndi dalam setiap perjalanan mer...