10 tahun kemudian...
Alicia memandu keretanya cermat menuju ke satu tempat. Setelah dia tiba di tempat yang dituju,dia menghentikan kereta lalu keluar dari kereta. Dia memandang lama banggunan yang menjadi kenangan besar baginya. Setelah lama berdiri di hadapan banggunan itu,dia melangkah masuk ke dalamnya.
"Lambatnya kau." Tegur Mika ketika melihat kelibat Alicia disana. Alicia hanya tersengih kerana sudah terlambat daripada yang waktu yang dijanjikan mereka.
"Bukan sengaja lambat. Cuma kau tahu jelah syarikat aku tu memang susah nak bagi aku keluar awal." Jelas Alicia bersahaja.
"Bukan awak cuti ke hari ni?" Tanya Iman seakan tidak percaya dengan alasan yang baru saja diberikan Alicia.
"Aku dipanggil masuk pejabat atas sebab kecemasan. Mereka perlukan pendapat aku dengan penyelidikan baru tu." Jujur Alicia. Iman dan Mika hanya mengangguk mengerti. Seperti yang sudah diimpikan,Alicia kini sudah menjadi profesor dalam bidang sains dan teknologi dan bekerja di jabatan kajian Cyberaya.
Iman juga seperti yang dihajatkan,dia menjadi guru dan juga master dalam seni bela diri. Dia menjadi wanita pertama yang mendapat gelaran seperti itu dan juga telah berjaya membuka sekolah seni bela diri atas namanya sendiri.
Mika pula,waalupun tidaklah bekerjaya seperti rakannya yang lain,namun dia menjadi salah seorang manusia yang berguna. Dia salah seorang pegawai terhirmat dijabatan kebajikan masyarakat. Setiap kesusahan dan kesengsaraan masyarakat telah hampir berjaya dibantu. Sama seperti yang diimpikan.
"Sampai pun kau. Aku ingatkan kau depress sampai tak nak datang reunion kita ni." Seloroh Jet yang sudah bergelar suami Roza ini mengusik. Roza pula dengan selambanya mencubit kuat perut Jet bersama muka yang tidak bersalah.
"Kau ni bukan depresslah. Tapi aku sibuk." Jawab Alicia bersahaja. Maklumlah dalam kalangan tujuh orang gadis ini hanya dia saja yang masih membujang. Mereka yang lain sudah berumah tangga dan ada yang sudah menimang cahaya mata.
Bukannya dia tidak mahu berumahtangga,cuma...dia masih menanti seseorang. Walaupun sejak 10 tahun lalu merupakan kali terakhir dia melihat jejaka itu. Tangan kanannya pantas merentap secawan air mangga di atas meja lalu diteguknya.
Senyap. Tiada apa yang ingin dia bualkan bersama rakan rakannya ini. Maklumlah masing masing sibuk melayan karenah anak anak masing masing. Hanya dia saja yang terasa sunyi. Namun,dia terasa bagai ada seseorang duduk disampingnya.
Saat dia menoleh,dia terkejut kerana melihat seorang anak kecil berusia 5 tahun sedang tersenyum manis padanya. Dari raut wajahnya jelas sekali bagaikan wajah seseorang yang dia rindukan.
"Mama Icha..," panggil anak kecil itu. Alicia hanya tersenyum simpul. Dia mengenali anak kecil ini lalu kepalanya diusap lembut.
"Ina nak teman mama Icha dekat sini boleh?" Tanyanya manja. Alicia hanya mengangguk lalu membiarkan anak ini duduk disampingnya. Suasana antara mereka sunyi ketika ini sehingga Alicia membuka mulut.
"Ina ada contact ayah Ali?"
Ina atau nama penuhnya Nur Khairina Binti Khairil Uthman itu memandang Alicia pelik. Namun dia memahami makna soalan Alicia tadi.
"Ada. Tapi ayah Ali langsung tak balas teks Ina. Teks papa dan ibu pun dia tak balas." Jawab Khairina.
"Oh,begitu...," sayu jawapan Alicia bagaikan kecewa.
Manalah kau hilang Ali? 10 tahun terlalu lama. Kau dah lupakan aku ke?
Bang!
Para tetamu yang hadir terkejut dengan bunyi pintu yang kuat itu lalu mereka memandang ke arah punca bunyi itu. Seorang lelaki sedang berdiri terpacak dengan wajah yang cemberut seribu. Tetamu lelaki hanya memandang dengan wajah terkejut dan...
YOU ARE READING
Northwind High School II : Our Future
RandomKesinambungn dari Northwind High School : The Birth Of The New Group. Ikuti kisah Ali bersama kakak kembarnya serta kawan kawan mereka dalam mencapai dan merealisasikan impian mereka menjadi realiti. Tapi adakah manisndi dalam setiap perjalanan mer...