NHS-22

385 32 8
                                    

"Nah,ini hadiah yang ke-12 adik."

Alyna menerima huluran kotak bersaiz sederhana yang diberikan oleh penjaga tempat memanah itu. Khai yang memerhati terkejut sampai mukut ternganga.

"Hebat gila kau! Aku tak sangka kau boleh menang challenge ni." Puji Khai sambil mengangkat kedua ibu jarinya kepada Alyna.

"Terima kasih." Ucap Alyna lalu dia berjalan ke arah Khai yng masih terpegun disitu. Kakinya dijengketkan sedikit. Kemudian dia kembali berdiri dengan sempurna. Khai memandangnya pelik.

"Kenapa?"

"Bokeh tak kalau awak tunduk sikit? Ada something atas kepala awak tu?" Dalih Alyna. Khai hanya menurut. Dia menurunkan sedikit badannya agar menyamai ketinggian Alyna. Tiba tiba...

Cup!

Bulat mata Khai setelah Alyna memberikan sebuah ciuman di pipi kanannya. Demi menahan malu,Alyna terus berlalu meninggalkan Khai yang masih dalam keadaan mematung bersama 12 kotak hadiah yang diterimanya tadi.

Khai memegang pipi kanannya yang baru saja dicium oleh Alyna tadi. Dia tersenyum. Jantungnya kini bagaikan hendak terkeluar dari soket.

'Sharifah Nur Syazlyna Binti Dato' Syed Ghazali,kenapa kau suka buat aku jadi tak keruan macam ni?' Bisik hati Khai.

Ketika itu,Alyna tersenyum simpul. Dia juga sedang menahan malunya. Mujurlah ketika itu tiada sesiapa yang melihat situasi dia dengan Kahi tadi. Dia juga merasakan debaran yang sama seperti apa yang Khai rasakan.

'Khairil Uthman Bin Khairul,saya harap awaklah masa depan saya.' Alyna menghentikan langkahnya lalu dia menoleh ke arah Khao yang masih dibelakangnya.

"Bolwh awak tolong saya bawa kotak kotak ni ke tempat simpan barang tak,Khai?" Pinta Alyna bersahaja. Bagaikan tidak ada apa apa yang berlaku kepada mereka sebentar tadi.

Khai juga beriak biasa. Dia membalas senyuman Alyna yang sememangnya mampu mengugat imannya. Tidak dia nafikan,Alyna memang cantik malah sungguh cantik walaupun mukanya hampir seiras adik kembarnya,Ali. Namun di mata Khai,dia tetap cantik seperti bidadari.

Khai terus sahaja berjalan pantas mendapatkan Alyna lalu dia mencapai kotak kotak yang sedang dibawa oleh Alyna tadi. Kini 12 kotak itu kini bertukar tangan. Lalu mereka berjalan menuju ke tempat penyimpanan barang.

"Kau serius ke nak masuk dalam ni?" Tanya Chris seolah tidak percaya dengan pelawaan Nabila untuk memasuki sebuah banggunan yang tertulis 'ghost house'. Nabila hanya mengangguk sebagai jawapan kepada Chris.

"Baiklah. Tapi kau jangan menyesal sebab rumah hantu dekat sini tak sama macam rumah hantu dekat tempat lain. Boleh dikatakan hantunya nampak real." Jelas Chris. Maklumlah dia sudah mendapatkan maklumat asas tentang taman tema ini terlebih dahulu.

"Tak apa asalkan kita bersama,kan?" Selamba Nabila menjawab lalu dia menarik tangan Chris mengikutinya berjalan masuk ke dalam rumah hantu itu.

Perjalanan masih diteruskan namun tidak satu pun hantu yang ditemui oleh mereka berdua. Malah situasinya tidaklah seseram sepeeti yang dibayangkan.

"Mana hantunya? Kau kata tak sama macam dekat tempat lain. Aku sangka seramlah juga tapi sama je rupanya." Rungut Nabila. Chris mencuit hidung Nabila geram. Budak ni memang tak reti sabar ke?

"Kau ni memang tak reti sabarlah, Cik Wan Nabila Nasuha." Ujar Chris perlahan.

Huuuuu....

Huuuuuu....

Huuuuu....

Huuuu...

Bunyi angin itu mengejutkan mereka berdua. Nabila semakin merapatkan dirinya dengan Chris lalu lengan sasa Chris dipeluk. Chris seolah dapat rasakan ketakutan Nabilacuba menenangkan dirinya.

"Jangan takut,aku ada ni. Kita jalan cari jalan keluar dulu." Mereka masih terus melangkah ke hadapan mencari jalan keluar.

Jet sedang membantu Roza mengimbangkan badannya diatas kasut luncur ais yang dipakai mereka. Kedua tangan Roza dipegangnya.

"Aku tak yakin aku bolehlah,Jet."

"Yakinlah dengan diri kau. Aku percaya kau boleh. Cuma bayangkan yang kau sedang ada diatas pentas tarian. Ramai orang sedang tengok kau menari. Tak mungkin kau akan kecewakan penonton kau,kan?"

Roza menutup matanya lalu dia cuba bertenang. Kakinya mula megelunsur diatas ais. Tangannya masih dipegang oleh Jet. Kata kata semangat Jet tadi benar benar berhasil.

"Sekarang aku akan lepaskan tangan kau." Beritahu Jet lalu dia melepaskan pegangan tangannya kepada Roza. Roza membuka matanya dan dia terkejut. Dia sedang meluncur di atas ais. Kakinya secara spontan mula menari diatas ais itu.

Jet memerhati Roza yang sedang menari di atas ais. Dia tersenyum sendiri. Dia juga terus meluncur menghampiri Roza lalu mereja menari bersama bagaikan pasangan yang sedang mengadakan persembahan tarian ais.

Rudy memeluk lutunya sambil matanya leka memerhati Iman yang sedang tersenyum riang sambil membelai tikus mondok jinak yang baru berusia lima bulan itu.

Iman memang pencinta binatang. Tidak dinafikan dirumahnya banyak kucing. Dari pelbagai jenis pun sudah dia temuinya. Iman sangat suka membela haiwan. Menurut Iman,haiwan lebih memahami berbanding manusia. Lebih baik bercakap dengan haiwan berbanding manusia. Ia juga tidak menyakitkan hati,tidak seperti manusia.

"Kamu nak cuba berinya susu?" Tanya penjaga tikus mondok itu kepada Iman. Pantas Iman mengangguk lalu dia serahkan tikus mondok itu.

Iman menyambutnya berhati hati dan mula memberinya susu yang dibancuh dalam botol.

Rudy berjalan menghampiri Iman lalu dia membantu Iman memberikan tikus mondok ini susu.

"Namanya Brave. Dia tikus mondok jantan." Beritahu Iman walaupun Rudy tidak bertanya. Rudy pula hanya mendengar.

"Menurut penjaga tu,Brave ditemui hampir mati dalam hutan. Seluruh ahli keluarga Brave sudah mati sebelum sempat diselamatkan. Kaki Brave juga mengalami kecederaan kekal." Cerita Iman.

Rudy mengusap kepala Iman. Dia tahu dari nada suara Iman juga sudah menunjukkan bahawa gadis itu bersedih dengan keadaan yang menimpa haiwan kecil seperti Brave ini.

"Tak apa. Brave kuat. Dia mampu dan sanggup hadapi situasi ini walau pun dia sendirian. Dia berani. Sesuai namanya 'Brave'." Ujar Rudy memuju Iman. Iman hanya tersenyum lalu dia mengangguk setuju dengan kata kata Rudy tadi.

Ali dan Alicia hanya berjalan jalan disekeliling akuarium gergasi. Mata mereka menatap setiap jenis haiwan laut yang ada ditaman tema itu.  Alicia memandang ke arah Ali yang tidak lekang dengan senyuman sejak dari Alyna kembali semula ke high school.

Dia tahu Ali sangat gembira kakaknya itu sudah kembali malah dia bersyukur Alyna sudah kembali. Tidaklah dia terlaku risaukan Ali yang sentiasa dalam keadaan murung dan tidak ceria seperti Ali yang dia kenal.

"Sejak Alynn dah balik ni,kau asyik senyum je. Kau dah jadi macam Ali yang aku kenal dulu." Kata Alicia mematikan suasana hening antara mereka.

Ali menoleh ke arah Alicia dan selaki lagi dia menghadiahkan senyuman buat Alicia.

"Biasalah. Diakan kakak aku. Separuh hidup aku adalah hidup dia." Jawab Ali selamba tanpa memikirkan apa apa. Riak tenang Alicia semakin lama semakin kendur namun diancuba mengawalnya agar tidak disedari oleh Ali.

Namun Ali lebih licik. Dia dapat menghidu perubahan Alicia. Dia tersenyum."walaupun macam tu,tapi dalam hati aku sudah terisi nama seseorang yang lebih istimewa selepas mama dan kakak." Kata Ali.

"Walaupun mama dan kakak sangat penting bagi aku sebab diorang sebahagian dari hidup aku,aku tetap rasa kosong tanpa dia. Ibaratnya dia telah menjadi sebahagian dari jantung aku yang membantu untuk terus bernafas di muka bumi ni."

Alicia menandang Ali pelik. Ali mengangkat sebelah keningnya sambil menerung Alicia lama.

"Kau nak tahu siapa dia yang istimewa tu?" Tanya Ali. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Alicia lalu mula berbisik.

"Orang itu adalah kau,Nur Alicia Binti Abdullah Kheng."

Alicia terpana! Terkejut besar dia dibuatnya.

Northwind High School II : Our FutureWhere stories live. Discover now