NHS-16

385 26 6
                                    

Sesi baru persekolahan bermula. Pelajar pelajar di Northwind High School kembali ke asrama bersiap sedia untuk kesekolah pada esok harinya. Ali berdiri dianjung hadapan biliknya. Angin petang meniup tenang sehingga membuatkan rambutnya turut berterbangan mengikuti arah angin. Telefon bimbit dari poket seluar dikeluarkan lalu dia membuka mesej.

Kakak tersayang💞

Kakak,adik dah sampai high school. Mama pun baru je balik. Esok sekolah akan bermula.

Yeke? Baguslah kalau macam tu😁
Adik belajar rajin rajin tau.

Kakak juga. Jaga diri...

Adik ada apa apa ke nak komgsi dengan kakak?

Untuk semesta kali ni,Puan Fiona sekali lagi jadi guru kelas kita. Kakak masih tak nak kembali ke sini ke? Kelab musik kekurangan ahli.

Kita dah bincang tentang perkara ni,kan? Kenapa adik masih nak tanya kakak soalan yang sama?

Sebab adik tak kuat tanpa kakak disini. Adik tak sanggup berpisah lagi dengan kakak! Semuanya rasa berbeza. Kakak cubalah pujuk ayah untuk benarkan kakak sekolah semula disini dengan adik.

Adik kakak sayang,adik sendiri tahu ayah kita tu macam mana,kan?

Habis? Tak kan ayah tak nak tengok kakak bahagia? Dia tak mungkin ayah tak nampak yang sekarang ni kakak sedang derita. Adik turut merasakannya,kak. Mama sendiri boleh nampak kebahagiaan kakak bila kita jumpa semula dekat kampung dua minggu lepas.

Mama kita seorang yang penyanyang adik. Jangan risau kakak akan tetap seronok walaupun kakak kena belajar di rumah.😊

Perbualan mereka terhenti disitu. Ali meraup mukanya dengan tapak tangan. Dia menghela nafasnya kesal dengan jawapan daripada kakaknya. Adik akan pastikan kakak kembali ke high school dan capai impian kakak. Bicara hati Ali penuh nekad dia menggengam penumbuk dua tangannya cuba menahan geram dihati.

___________

4 tahun kemudian..

Chris berjalan keluar dari kelas bersama Nabila. Entah kenapa sejak malam permainan truth or dare di kampung dulu,hubungan mereka berdua menjadi semakin rapat. Mereka berjalan menuju ke taman dimana terdapat ramai pelajar menghabiskan masa lepak mereka disitu. Mereka diduduk disebuah bangku yang masih kosong di situ.

"Kau dah lama tinggal di Malaysia,Chris?" Nabila bertanya memulakan pertanyaan. Chris hanya mengangguk kepalanya menjawab pertanyaan Nabila.

"Aku membesar dengan atuk aku sejak umur aku lima tahun. Dan...sejak dari itulah aku belajar cakap bahasa malaysia. Kadang kadang kalau keluarga aku datang ke sini,kami jarang bercakap dalam bahasa inggeris."

"Kau pun...dah lama tinggal di sini?" Giliran Chris pula bertanya kepada Nabila. Nabila memandang Chris yang duduk disisinya sekilas lalu kembali memandang ke hadapan.

"Ya. Aku juga dah lama tinggal disini. Aku tinggal dengan mama sejak dari aku kecil. Mama aku kata aku terpaksa dipisahkan dengan papa."

"Tapi kenapa?"

Nabila hanya menggeleng kepala. Bahunya juga terangkat sebagai tanda jawapan.

"Aku sendiri pun tak tahu,Chris."

Iman menendang kepingan kepingan kayu yang dipegang oleh Tuan Fuu. Seluruh pelajar lelaki yang ada di dalam kelas karate itu terkejut kerana Iman berjaya mematahkan kepingan kayu setebal 15cm tu.

"Bagu tu,Iman. Saya bangga dengan prestasi kamu. Malah setiap tahun kamu tak pernah mengecawakan sekolah. Kamu pasti akan membawa pingat emas bagi sekolah kita." Bicara tuan Fuu.

Iman hanya tersenyum malu dengan sambil menunduk hormat kepada jurulatihnya itu. Dia berjalan lalu duduk kembali ditempatnya.

"Baiklah seperti biasa,setiap tahun kita akan menghantar beberapa orang wakil bagi kejohan karate peringkat daerah. Cuma tahun ini,sekolah kita akan menjadi tuan rumah dalam kejohanan sukan kebangsaan itu.

"Wow...,"

"Bagi pelajar kebanggan saya dalam kelab karate ini,saya mahu kamu semua lakukan yang terbaik bagi meraih pinggat emas sekali lagi." Ujar Tuan Fuu mengakhiri taklimatnya yang ringkas itu. Setelah itu kelas kembali bersurai.

Ketika Iman sedang mengemas beg sandangnya,tiba tiba bahunya dilanggar seseorang. Apabila dia menoleh,terlihat Rizqi sedang tersenyum sinis padanya.

"Aku dengar kau adalah pelajar kesayangan Tuan Fuu. Betul ke?"

"Saya tak pasti tentang khabar angin itu. Lagi pun saya masuk ke dalam kelab ini hanya untuk belajar."

"Aku juga dengar kau dah raih semua pingat emas dalam semua kategori yang dipertandingkan." Iman menghentikan langkahnya untuk keluar dari bilik latihan. Beg sandangnya dieratkan. Dia berfikir sejenak. Dia juga sedar bahawa kerana dialah sekolahnya berjaya mendapat gelaran sekolah terbaik dalam acara sukan karate.

"Kau sedar tak yang kau tu perempuan? Apa sebenarnya yang cuba kau tunjukkan? Kau sedar tak yang saingan kau semuanya lelaki? Kau tak mungkin akan berpeluang untuk menang."

"Habis? Awak nak saya buat apa? Berdiam diri tanpa mencuba apa apa? Walau sehebat mana pun saingan saya,saya akan cuba buat yang terbaik. Kerana walau pun saya kalah sekali pun,saya tak akan menyesal kerana saya sudah cuba yang terbaik."

"Kau tahu apa yang kau patut buat?" Rizqi berjalan menghampiri Iman. Apabila menyedari perkara itu,Iman segera menjarakkan diri. Rizqi membisikkan sesuatu je teligan Iman.

"Tarik diri dari pertandingan tu dan keluar dari kelab karate. Kau tak akan ada peluang untuk menang tahun ni. Percaya cakap aku,Iman."

Iman terkedu mendengar kata kata seperti itu daripada rakan sekelabnya,Rizqi. Lelaki itu tersenyum sinis kepada Iman lalu dia melangkah pergi dari bilik latihan. Iman menghela nafasnya lalu dia berjalan keluar dari situ.



Bersambung....

Northwind High School II : Our FutureWhere stories live. Discover now