Alyna PoV
Aku termung sambil bermain main dengan pen yang ada ditangan. Fikiranku kosong. Biar pun cikgu upahan ayah untuk mengajar aku dirumah ini sedang membebel dari tadi,entah kenapa aku rasa aku macam tak dengar walau sebutir pun yang dia ajar. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
"Alyna? Kamu faham tak apa yang cikgu ajar tadi?" Tanyanya saat menyedari aku sepertinya sedang mengelamun. Bukan seperti,malah memang!
"Maaf,cikgu. Tapi boleh tak kira bincangkan tentang pengurusan ekonomi syarikat ni esok? Saya rasa sudah banyak yang saya sudah belajar tentang perniagaan hari ni." Minta aku. Puan Oh hanya tersenyum memandang aku. Aku berharap sangat agar dia memahami aku.
"Baiklah,Alyna. Kita sambung esok,ya. Jangan lupa siapkan tugasan kamu di muka surat 54. Esok kita bincang bersama." Kata Puan Oh sambil mengemas barang barang mengajarnya. Aku hanya mengangguk lemah. Lalu dia berjalan ke muka pintu. Aku sempat menghantarnya.
Setelah kelibatnya hilang dari pandangan mata,aku merenahkan tubuh badan ditemgah tengah rumah. Tudung sarung yang aku sarungkan semasa kelas tadi,aku cabut. Sepit rambut aku tanggalkan dari kepala lalu membiarkan rambut panjang paras pinggangku mengurai ke belakang. Anak mata menumpu ke syiling putih rumah.
Waktu begini,aku biasanya akan tinggal sendiri kerana ayah tiada dirumah. Waktu waktu begini,ayah pastikah ada di pejabatnya. Aku rasa bagai seorang burung yang terperangkap di dalam sangkar. Rumah ini adalah sangkar dan aku adalah burung itu. Merimaskan!
Aku bangkit dari baringan dan berjalan menuju ke dapur. Peti sejuk dibuka lalu air sejuk aku keluarkan lalu dituangkan ke dakam cawan. Air sejuk itu mengalir di dalam anak tekakku. Nikmat sekali!
Ding ding!
Aku terkejut kerana mendengar bunyi loceng rumah. Cawan aku letakkan di atas meja dan berlari ke dapur. Sebelum aku membuka pintu,aku mengintai siapa yang datang supaya aku lebih bersedia. Bibirku menguntum senyum lalu sepantas kilat aku mencapai tombol pintu lalu aku membukanya.
"Assalamualaikum,Alynn!!" Terus sahaja tubuh kecilku ini dipekuk oleh enam manusia dihadapan ku ini.
"Waalaikumsalam. Kenapa korang boleh ada di sini. Tak ada kelas ke?" Aku bertanya polos. Mana mungkin mereka boleh berada di sini pada waktu persekolahan seperti ini.
"Kau ni Alynn. Memang kakak Ali. Sekarang ni high school tengah cuti semesta selama dua minggu lah." Terang Alicia mengusik aku. Aku terpana ketika aku menerima usikan seperti itu daripada Alicia. Ya! Kandang kala aku juga akan jadi polos sama seperti Ali. Memanglah sebab kami kan kembar.
"Eh,masuklah korang!" Aku menjemput mereka masuk ke dalam rumah. Mereka berjalan menuju ke ruang tamu sementara aku berjalan ke dapur bagi menghidangkan mereka minuman dan sedikit juadah.
Tangan aku pantas dirangkul oleh seseorang lalu dibawanya pantas ke dapur. Aku terkejut memandang Alicia. Ingin saja aku ingin memarahinya namun aku sabar. Tak baik marah marah membabi buta.
"Mesti kau terkejut macam mana kami boleh tahu alamat rumah kau. Sebenarnya rumah kau ni dekat dengan rumah Nabila. Nabila kata baru dia baru sampai di rumah dia cakap yang dia ternampak kau tengah siram pokok bunga di deoan rumah. Dia nak tegur dia takut salah orang. Jadi sebab tu kami datang sebab nak comform orang dia nampak tu kau."
Aku mengangguk dengan penjelasannya. Sebenarnya memang aku nak tanya bagaimana mereka boleh tahu akamat rumah aku sedangkan aku tak pernah beritahu sesiapa pun yang aku pindah rumah kerana ikut ayah termasuk Ali.
Tapi dari air muka Alicia,aku dapat rasakan bahawa ada sesuatu yang lebih penting yang ingin dia katakan pada aku. Mungkin perkara yang agak serius.
"Kau tentu nak tahu tentang Ali,kan?"
Kata kata Alicia tadi membuatkan aku tidak terlaku terkejut. Seoerti yang sudah aku duga. Pasti ada sesuatu yang gadis cina ini ingin sampaikan kepada aku.
"Ali dah lain lepas dia dapat tahu yang kau terpaksa pindah sekolah. Keadaan dia jadi lebih parah lepas kau tukar nombor contact kau. Kenapa kau tukar nombor dan tak bagi tahu Ali?"
"Semua tu kerja ayah saya. Dia patahkan kad sim saya dan ganti dengan yang baru. Nak tak nak saya kena tukar nombor juga. Sebab saya clean balik phone saya..habis nombor semua contact saya hilang termasuk nombor Ali dan mama. Jadi,macam mana saya nak berhubung dengan mereka." Aku menjawab.
Alicia menundukkan wajahnya memandang lantai. Sementara tangan aku masih lincah membancuh air oren di dalam jug.
"Ali dah tak nak main bola keranjang."
Kata kata tadi membuatkan aku terpempan. Hampir saja sudu yang aku gunakan untuk membancuh air terlepas dari tangan. Biar betul apa yang Alicia cakap ni?
"Kalau kau tak percaya,kau boleh tanya budak budak lain. Rudy pun dah pening macam mana nak pujuk dia suoaya datang latihan. Khai pon dah lain sekarang. Aku nampak dia seperti tak ada minat nak main musik lagi."
Tak mungkin!! Ini tak boleh terjadi. Ali kena terus bermain bola keranjang bagi mengejar cita citanya. Khai pula...walau pun aku sendiri tak tahu kenapa dia bermain akat musik,tapi aku nampak yang dia sangat gembira bermain akat musik bersama aku. Aku tak boleh biarkan semua itu musnah.
Aku membawa sedulang minuman oren manakala Alicja membantu aku membawa dua pinggan kecil kek batik. Aku tinggal sendiri di rumah,jadi semua makanan ringan ni bagaikan tiada guna. Jika ada Ali,pasti dialah yang akan jadi 'tong sampah'nya.
"Macam mana dengan freedom family?" Aku bertanya sambil menuangkan air oren ke dalam cawan lalu dihidangkan kepada mereka.
"Masih aktif seperti dulu. Cuma..." kata kata Roza terhenti. Entah kenapa dia seperti tidak dapat meneruskan kata katanya. Kemudia Iman menghela nafas panjang.
"Freedom family rasa seperti kekurangan. Ianya tidak lengkap." Sambung Iman. Aku menghela nafas berat. Apa yang terjadi ini begitu berat bagi aku dan juga bagi Ali. Setelah mama dan ayah berpisah,segala galanya bertambah rumit. Aku sangat sukakan musik,tapi ayah membantah untuk aku belajar tentang ilmu keusahawanan agar mudah untuk aku ambil alih syarikat keluarga satu hari nanti.
Sungguh merumitkan!
"Kau tak nak pindah semula ke high school? Sampai bila kau nak belajar di rumah. Nak jadi macam burung yang dikurung dalam sangkar?! Kau perlu bebas dan ayah kau perlu sedar yang kau gembira buat apa yang kau suka!!" Marah Mika. Kami semua terkejut. Ini bukan kali pertama aku dimarahi oleh Mika. Hari pertama aku di high school lagi aku sudah dimarahi olehnya kerana salah faham. Tapi kali ni bukan salah faham.
"Ayah kau tu dah melampau,Alynn. Kau perku sedarkan ayah kau yang kau sukakan high school. Masih belum terlambat lagi." Sambung Moon lagi. Okey,aku cuba bertenang. Melihat dari riak wajah enam manusia dihadapanku ini,aku lihat sepertinya mereka sangat marah.
"Saya akan cuba bincang dengan ayah saya nanti." Bakas aku bersahaja. Sebenarnya bukan sekali aku berbincang dengan ayah. Sudah acap kali sebenarnya. Tapi entah kenapa aku rasa seperti ayah memang tak faham.
Atau...
Dia sengaja berpura pura tidak mahu faham.
Haish!
Aku buntu!
Bersambung...
YOU ARE READING
Northwind High School II : Our Future
RandomKesinambungn dari Northwind High School : The Birth Of The New Group. Ikuti kisah Ali bersama kakak kembarnya serta kawan kawan mereka dalam mencapai dan merealisasikan impian mereka menjadi realiti. Tapi adakah manisndi dalam setiap perjalanan mer...