NHS-24

338 20 1
                                    

Bulat memerhati lama ke arah lukisannya yang telah siap sepenuhnya. Dia menghela nafas kesal. Mungkin penghayatannya tidak cukup untuk menampakkan lukisan ini sangat istimewa. Penumbuk digenggam. Giginya diketap. Tidak semena mena kertas lukisan tadi dicampak ke tanah.

"ARGHHHH! Aku benci seni lukisan!! Aku tak nak lah jadi pelukis!!!" Teriaknya memarahi diri sendiri. Namun dia tidak sedar bahawa ada sepasang mata yang sedang memerhati tindakannya.

"Mika?" Gumam Bulat perlahan.

Mika mengutip kembali lukisan yang dibuang oleh Bukat itu lalu dilihatnya. Bulat hanya memerhati dalam diam. Di hatinya mula mengerutu marah. Kenapalah lukisan buruk dan tak ada makna tu ditengoknya? Desis hati Bulat.

Mika tidak memberi sebarang reaksi sambil menatap hasil lukisan Bulat. Lama kelamaan dia mengukir senyuman. Dia berjalan menghampiri Bulat yang masih berdiri di tepi tasik kawasan taman sains sekolah mereka.

"Bagi aku,lukisan kau ni unik. Ada maksud tersendiri yang hanya kau je yang faham." Komen Mika. Bulat masih diam tanpa memberi sebarang reaksi.

"Memanglah lukisan ni agak pelik,tapi kepelikkan lukisan ni yang membuatkan ianya nampak istimewa dan unik. Jujur aku cakap lukisan kau ni memang unik walaupun Mr.Roy kata ianya cakar ayam dan tak memberi sebarang makna." Sambung Mika lagi.

"Bagi aku,kau ada cara tersendiri bagaimana kau nak olah perasaan kau dalam bentuk sebuah lukisan. Aku faham benda tu memang tak mudah. Tapi kau ada cara tersendiri yang lain dari orang lain. Kau pandai buat lukisan abstrak."

"Tak semua orang pandai buat lukisan abstrak yang sempurna dan mempunyai makna yang tersendiri. Ada sesetengah orang buat lukisan abstrak hanya untuk sekadar lengkapkan lukisan mereka dan hanya sebagai satu 'contengan'. Tapi kau lain. Lukisan abstrak kau ada makna kehidupan yang sungguh mendalam. Dan...itu yang membuatkan kau jauh lebih istimewa daripada orang lain."

"Ya. Tapi semua tu tak berguna." Jawab Bulat tanpa memandang ke arah Mika. Mika tertawa kecil. Lukisan Bukat masih berada di tangannya.

"Kau dah menyerah kalah ke? Kau dah berputus asa ke? Kau dh tak sanggup nak hadapi ujian ni ke?" Duga Mika.

"Kau dan orang lain tak rasa apa yang aku rasa,Mika."

"Memang. Aku dan yang lain tak rasa apa yang kau rasa. Kami tak akan faham apa yang kau rasa. Aku dan yng lain tak ada di tempat kau. Aku faham tu." Balas Mika.

"Tapi kau kena ingat,cabaran ni membuatkan kita jadi lebih kuat. Bukan lemah dan berputus asa. Hidup kita ni macam roda. Ada masa kita dekat bawah dan ada masa kita dekat atas. Itulah lumrah hidup. Kau tak boleh putus asa." Sambung Mika.

"Kau faham tak apa yang Ali dan Alyna rasa? Kau faham tak perasaan diorang bila mak ayah berpisah lepas tu diorang dua beradik kena berpisah? Bukan setahun dua,tapi bertahun. Ada ayah tapi tak pernah nak faham anak sendiri. Kau rasa apa diorang berdua tu rasa?"

"Kau rasa kena tindas macam Iman? Dianggap perempuan ni tak kuat. Lemah!! Kau tak rasa semua tu,Haris."

"Tapi apa yang jadi. Kau tengok diorang berputus asa tak. Ali dengan Alyna jadi lebih rapat dari sebelum ni. Saling memerlukan antara satu sama lain. Iman pula,dia jadi lebih gigih berlatih dari sebelum ni. Dia nak buktikan bahawa orang yang cakap macam tu salah."

"Kau pun sama. Kau kena buktikan yang Mr.Roy salah. Kau boleh berjaya sebagai seorang pelukis. Jadikan ujian kau ni sebagai batu loncatan untuk kau lebih maju ke depan. Bukan sebagai tembok tebal yang membuatkan kau berputus asa." Sambil memandang ke arah Bulat. Mila menghadiahkan senyuman manis untuknya.

"Aku bukan seorang yang mudah senyum macam Alynn,Moon dan Abil. Tapi sebab aku nak tengok kau terus bangkit dan aku sayang kau lebih dari seorang kawan,aku berikan senyum ni pada kau." Sekali lagi Mika bersuara. Dia menghulurkan lukisan Bukat itu ketangan Bukat dan lukisan itu bertukar tangan.

"Jumpa kau dekat surau malam ni. Roza nak beritahu kita something. Kau jangan solat dekat asrama pula." Sambung Mika sebelum dia berlalu pergi. Bulat menoleh sekilas ke arah lukisan yang dihulurkan Mika tadi. Kata kata Mika bermain diruang mindanya.

"MIKA!!!"

Mika menoleh saat mendengar bahawa Bulat memanggil namanya. "Terima kasih. Aku akan ingat pesan kau dan...aku tak akan putus asa lagi." Ucap Bulat sambil memberi senyuman kepada Mika. Mika tersenyum lega. Senyuman Bukat dibalas.

"Macma tulah Mr.Fatty yang aku kenal. Jumpa kau nanti." Balas Mika lalu dia berjalan beredar dari situ. Bulat tertawa kecil mengingatkan gelaran baru yang sudah lama dia tidak dengari keluar dari mulut gadis idamannya itu.

Mr.Fatty? Aku dah kuruslah Mikayla Qaisara. But the way, aku bersyukur kau boleh ada dengan aku bila aku susah. Dan...aku harap kau akan terus bersma aku sampai bila bila. Bisik hati Bulat.

▫▫▫

Mika masuk ke dalam bilik dan meletakkan beg sandangnya diatas meja belajar. Dia melihat seorang gadis sedang lena beradu di katil. Dia melihat jam ditangan sudah menunjukkan jam 6:30 petang. Tidak lama lagi mereka perlu bersiap untuk ke surau. Ingin dia kejutkan gadis itu namun dihalang oleh Roza.

"Kalau kau terfikir nak kejutkan dia,baik tak payah." Katanya.

"Kenapa pula? Dah petang kot. Kejap lagi kita kena ke surau."

"Kalau kau nak tahu si Iman tu baru lepas putus cinta." Ujar Moon dan Nabila serentak. Kata kata mereka itu membuatkan kepala mereka disekeh oleh Alyna dan Alicia.

"Korang berdua ni kalau nak bergurau tu agak agaklah." Kata Alicia sedikit marah.

"Rudy tu jaga Iman kita ni dengan baiklah." Sambung Alyna lagi. Mika menggaru kepalanya yang tidak gatal. Apalah yang kawan kawan aku ni merepek ni.

"Iman tu cuma penat je. Perlawanan karate dia tak lama lagi. Iman pesan suruh kejutkan dia bila dah sampai waktu maghrib sebab dia tak larat sangat nak bangun. Badan dia sakit sakit." Pesan Alicia lagi sebelum menghilang masuk ke dalam bilik air untuk bersiap.

Seperti biasa jika tiada kuliah agama antara maghrib dan isyak,semua pelajar muslim sibuk membuat haluan masing masing. Lain pula dengan 12 orang manusia ini. Mereka sedang berkumpul di koridor surau kerana ingin membincangkan sesuatu.

Suasana antara mereka sunyi seketika sambil menanti kedatangan orang yang ditunggu tunggu. Lain pula dengan kumpulan lelaki yang sibuk bermain permainan free fire salmbil menunggu. Kumpulan perempuan yang melihat hanya menggeleng kepala mereka.

"Haish!!! Apasal kau tembak aku?!" Marah Ali sambil merenung tajam ke arah Jet. Jet hanya mengukir senyuman penuh makna.

"Aku dah cakap yang aku ni power. So...sorry,adik." Ucap Jet sambil meneruskan permainannya. Ali hanya mengembungkan pipinya sambil memyimpan kembali telefon pintarnya kedalam poket seluar tracknya. Beberapa saat kemudian,dia terdengar jeritan dari Jet.

Ali hanya tersenyum mengejek sambil keningnya diangkat sebelah.

"Tadi kata power. Tapi kenapa kau mati secepat ni,Ziyad?" Tanya Ali sinis.

Jet hanya merenung Ali tajam. Jika diikutkan hati mahu saja dia luku kepala budak ni. Tapi dia takut kepalanya akan diluku pula oleh Roza. Rambutnya yang akan ditarik oleh Alicia dan kakinya yang akan dipijak oleh Alyna.

Bersambung....

Northwind High School II : Our FutureWhere stories live. Discover now