Mahkamah Syariah Cyberaya,
Ali dan Alyna berdiri pegun ditengah tengah tempat letak kereta mahkamah syariah ini. Mereka berdua saling berpandangan lalu masing masing menghela nafas. Risau dengan apa keputusan yang akan berlaku. Tapi yang pasti mereka berdua tak mahu berpisah antara satu sama lain.
Kelibat Dato' Ghazali dan Puan Aliya membuatkan detak jantung mereka semakin laju berdegup. Entah apa yang akan jadi selepas ini,biarlah hanya Allah saja yang tentukannya.
Dato' Ghazali berjalan menghampiri kereta mewahnya. Dia tidak menghiraukan dua anak kembarnya ini. Ali dan Alyna sudah sedikit lega,mungkin hak penjagaan mereka jatuh kepada mama mereka. Aliya berjalan menghampiri dua anak kembarnya itu. Tubuh Alyna dipeluk erat. Tidak mahu dia lepaskan anak sulungnya ini. Tapi,apa kuasa yang dia ada untuk melawan keputusan mahkamah?
"Kakak,maafkan mama,sayang. Tapi kakak kena ikut ayah. Mama tak dapat nak jaga kakak sekali dengan adik. Hak penjagaan anak perempuan akan dapat pada ayah jika anak itu masih belum capai usia 18 tahun." Aliya memujuk sambil dia mengusap kepala dan pipi Alyna.
Alyna dan Ali terpaku! Mereka hilang kata kata. Jadi maknanya...mereka berdua akan berpisah? Ali akan mengikut mama mereka sedangkan kakaknya akan bersama dengan ayah mereka!
"Mama..kakak tak nak! Kakak nak ikut mama! Biar pun mama berpisah dengan ayah,kakak tetap nak ikut mama dan adik. Jangan pisahkan kakak dengan adik lagi mama." Tanpa dia sedari,air matanya sudah pun menitis. Pantas Aliya memeluk anak gadisnya itu. Dipujuknya anak gadis yang sedang berduka lara itu.
"Tak apa sayang. Kita masih boleh jumpa. Kakak masih boleh chat dan VC dengan mama. Kakak masih boleh jumpa adik di high school. Jangan risau ya. Sebab mama selalu ada dihati kakak." Aliya memujuk. Dia berusaha membuatkan Alyna tersenyum.
Ali meraih tangan Alyna lalu tangan itu dikucup. Tubuh kakak kembarnya itu dipeluk erat. Dia berusaha untuk menahan tangisnya kerana terpaksa berpisah dengan kakak kesayangannya ini.
"Kita jumpa di high school ya,kakak." Kata Ali bersama senyuman yang cuba dimaniskan. Alyna hanya mengangguk lemah lalu dia terus berjalan menuju ke arah kereta Dato' Ghazali dimana lelaki itu sedang menunggunya. Setelah Alyna masuk kedalam perut kereta,kereta itu bergerak pergi meninggalkan perkarangan mahkamah.
Aliya memegang bahu Ali lembut. Ali memandang ke arah ibunya sambil tersenyum tawar.
"Mari kita balik." Ajak Aliya lalu mereka masuk kedalam perut kereta milik Aliya.
▫
▫
▫
▫
▫
▫
Setahun kemudian...
Ali duduk termenung. Dihadapannya terdapat sebuah piano yang biasa dimainkan oleh kakak kembarnya,Alyna. Jari jemarinya menyentuh kekunci piano itu lalu dia mula memainkan lagu kegemaran Alyna,perfect.
Bunyi alunan piano itu bergema di seluruh bilik musik. Tanpa dia sedari dia sedang bermain dengan begitu asyik sekali tanpa sedar bahawa air matanya sudah menitis. Ali begitu rindukan Alyna. Sudah hampir setahun mereka tidak bertemu. Kali terakhir mereka berjumpa adalah ketika mereka di mahkamah syariah sebelum mereka mengikut haluan masing masing.Poket seragam sekolahnya diseluk lalu aplikasi whatsApp dibuka. Mesej daripada Alyna yang terdahulu dibacanya semula.
Kakak sayang💓
Adik,cepat turun dining hall dan jangan tanya kakak banyak soalan. Turun je cepat dan jangan adik terkejut pula nanti.
Adik,mana selipar kami yang dah dicuri semalam? Janji tetap janji! Kakak dan yang lain tunggu adik dekat common room sebelah dining hall. Kami bagi masa lima minit je kalau tak nak rasa kena terajang atau ditarik telinga.
Adik,ujian akhir gred tujuh ni buat betul betul tau. Kakak nak challenge adik. Lagi satu kakak nak tengok adik boleh kalahkan Alicia tak😏
Jangan risau,adik. Rahsia adik selamat dengan kakak. Kakak tak akan bagi tahu Alicia yang adik suka dia melainkan adik juga simpan rahsia kakak dengan baik. Kakak percayakan adik. Sayang adik.😙
Ali menekan kekunci. Dia menaip mesej balas kepada Alyna walau pun dia sudah tahu bahawa Alyna tidak lagi menggunakan nombor itu. Tapi entah kenapa,walau pun kakaknya tidak akan membalas mesejnya,dia terasa bahawa Alyna dekat dengannya.
Kakak sayang💓
Kakak,adil rindu kakak. Adik rindu kakak tarik telinga adik. Rindu nak manja manja dengan kakak.
Kakak sihat? Kenapa ayah pindahkan kakak dari high school? Kenapa ayah pisahkan kita berdua? Ayah tahukan yang kita berdua ni perlukan antara satu sama lain.
Kakak,kakak dekat mana sekarang? Adik nak jumpa dengan kakak. Kenapa ayah sanggup buat kita macam ni? Kenapa ayah tukarkan nombor contact kakak?
Kakak,adik perkukan kakak di high school. Walaupun adik ada kawan kawan dan orang yang adik suka dekat sini,tapi adik rasa hidup adik sepertinya kurang. Kosong!! Adik rindu sangat dengan kakak ni.
Khai pun rindukan kakak. Dia cakap dia sunyi dalam kelab musik sebab tak ada siapa yang boleh dia jadikan kawan rapat dekat dalam kelab musik. Sebab diorang semua tak sama macam kakak.
Bagi Khai,kakak istimewa.
Air matanya menitis lagi. Kali ini menitis setiap kali dia menaip mesej itu didalam chat kakaknya. Dari jauh,terlihat seorang gadis bertudung sedang memerhati Ali. Hatinya juga turut terasa sakit. Dia rindukan Ali yang lucu dan riang. Kerana masalah yang mereka hadapi sekarang,adik terus berubah menjadi seorang yang sering menyendiri dan murung.
"Ali...kami rindu kau yang dulu."
"Aku...rindu kau yang dulu."
Bersambung....
Amacam? Korang nangis tak macam Ali dalam chapter ni?
Tapi ini baru permulaan.
Ingat...semua ini baru permulaan.
![](https://img.wattpad.com/cover/228339396-288-k509676.jpg)
YOU ARE READING
Northwind High School II : Our Future
De TodoKesinambungn dari Northwind High School : The Birth Of The New Group. Ikuti kisah Ali bersama kakak kembarnya serta kawan kawan mereka dalam mencapai dan merealisasikan impian mereka menjadi realiti. Tapi adakah manisndi dalam setiap perjalanan mer...