NHS-36

295 19 3
                                    

Bilik yang dihuni oleh tujuh gadis ini keluhatan agak tenang. Masing masing bersiap seadanya. Mesej pesanan daripada Ali yang telah diterima banyak kali oleh Alyna membautkan gadis ini rasa terjengkel. Apa sajalah adiknya ini sehingga meminta mereka bertujuh bersiap untuk keluar.

Ting!

Alyna terus sahaja membuka mesej dari telefon pintarnya setelah mendengar bunyi notifikasi itu.pesana ringkas dan cukup padat itu terus dibaca.

My Beloved Twin

Kakak,tuggu je dekat depan pintu pagar utama sekolah sebab ada orang sedang tunggu dengan sebuah van akan bawa korang semua pergi satu tempat. Jangan tanya di mana,just follow him,right?

Alyna sekali lagi mengeluh berat. Adik dia ni macam macam betullah. Mika yang menyedari keluhan Alyna itu terus menegur.

"Ali ke?" Anggukan sahaja yang menjadi jawapan.

"Apa lagi yang adik manja kau tu nak?" Duga Moon pula.

"Ada orang dah tunggu kita. Dia pesan jangan tanya apa apa,just ikut je." Ujar Alyna lalu berjalan keluar dari bilik itu dan diikuti oleh enam gadis lain. Suasana sunyi antara mereka sehinggalah mereka tiba di hadapan pintu utama sekolah.

Memang seperti yang Ali sudah katakan! Memang ada sebuah van yang cukup memuatkan tujuh mereka sedang menunggu. Tapi perkara yang mengejutkan mereka adalah insan yang sedang menunggu itu adalah...

Bakar!

"Uncle? Apa yang uncle buat dekat sini? Dengan pakai macam ni pula tu?" Tanya Alyna yang terkejut tahap gaban bila lihat pak ciknya itu dengan pakaian tuxedo bagai. Bakar hanya tertawa dengan soalan Alyna tadi.

"Buat apa lagi? Tunggu koranglah. Cepat naik." Arah Bakar lalu dia membuka pintu masuk van itu untuk para gadis ini. Tanpa banyak bunyi,mereja semua masuk ke dalam van lalu dipandu cermat oleh Bakar menuju ke satu tempat.

Hampir setengah jam perjalanan,van yang membawa mereka tiba disebuah tempat yang cukup dikenali oleh Roza. Matanya terpaku memandang banggunan dihadapnnya ini.

"Roza? Kau okey?" Tanya Mika risau.

"Ini...dewan pementasan musikal terbesar dibandar ni. Dulu,Jet selalu ceritakan tentang tempat ni dekat aku." Jawab Roza.

"Saya dengar ramai penari,pelakon teater dan juga pemusik jalanan akan diserap bekerja di sini." Ujar Iman. Roza mengangguk.

"Memang pun. Jet pernah janji dia akan bawa aku kesini satu hari nanti dan dia akan juga cakap...," kata kata Roza tergantung membuatkan mereka yang lain tertanya tanya.

"Dia cakap?" Tanya Mika ingin tahu.

"Dia cakap dia akan lamar aku dekat tempat ni." Sambung Roza perlahan namun masih dapat didengari oleh enam gadis ini. Mereka yang mendengar kata kata itu sudah menjerit macam orang gila.

"Korang ni dah kenapa?" Tanya Roza jengkel dengan sikap kawan kawannya ini. Mereka hanya tersengih tidak bersalah. Mereka melangkah masuk ke dalam banggunan itu.

Bakar yang melihatnya hanya tersenyum penuh makna. Dia tertawa kecil. "Tak sangka aku pula terjebak sekali dengan rancangan gila anak anak buah aku ni." Ujarnya sendiri.

Boys situation...

"Wei,aku nampak diorang masuk!" Zass yang memerhati dari satu sudut yang tinggi itu menjerit dalam kadar berbisik. Mendengar sahaja kata kata Zass itu mereka terus bersedia di tempat masing masing.

"Adik! Korang!" Jerit Alyna saat dia masuk ke dalam dewan yang gelap gelita itu. Beberapa detik kemudian,lampu yang menyuluh terus ke arah pentas lalu memperlihatkan enam orang lelaki yang sedang memegang mikrofon dan akat musik seperti sebuah kugiran.

"Hey,everybody!" Ujar Chris lalu mereka mula memainkan musik yang diketuai oleh Khai. Musik menyelubungi seluruh dewan dan mereka mula menyanyikan lagu 'anygrah yang terindah'.

Gadis gadis yang mendengar lelaki idaman mereka ini menyanyikan lagu itu merasa terharu. Alyna dalam diam memerhati Alicia. Riak wajahnya biasa sahaja. Beberapa minit kemudian,mereka menghabisjan nyanyian dan lampu terpadam. Seluruh dewan itu tiba sahaja menjadi gelap gelita.

Musik petikan gitar kedengaran. Harmoni dan merdu bunyi petikan gitar itu membuatkan mereka tercari cari punca datangnya bunyi itu.

"Aku tahu kau sedih,sayang. Tapi aku tak akan biarkan kau sedoh lama lama. Sebab itu akan membuatkan aku sakit." Suara halus itu bergema pula. Namun mereka cukup mengenali pemilik suara itu.

Alicia terkedu kerana Ali menyanyikan lagu itu dalam versi kegemarannya. Dia menutup mulutnya kerana terlalu terharu. Tanpa dia sedar,air matanya mengalir.


Bersambung.....

Northwind High School II : Our FutureWhere stories live. Discover now