Pejam celik pejam celik,sudah dua minggu mereka berada di Kampung Teratai ini bagi menghabiskan dua minggu cuti semesta mereka. Esok mereka perlu pulang ke high school bagi memulakan semesta baru sekolah dan Alyna...
Dia perlu kembali ke dalam 'sangkarnya'.
Mereka mengambil keputusan untuk duduk melepak di dalam bilik Alyna. Bilik bercat warna unggu lavander itu memberioan ketenangan kepada sesiapa sahaja yang memandang atau pun masuk ke dalam bilik itu. Berbeza dengan cat di bilik Ali yang berwarna biru berjalur putih yang membawa kegembiraan dan kebahagiaan.
"Tak sangka,malam ni malam terakhir kita duduk di kampung ni." Ujar Nabila dengan suara sedihnya. Matanya merenung hamparan permaidani berbulu di bilik Alyna itu.
"Aku tak sangka cuti kita dah habis. Aku rasa macam baru semalam aku sampai kamoung ni." Sambung Moon pula. Alahai dua budak ni. Nak sedih sedih pula. Chill jela.
"Korang berdua ni! Janganlah sedih sedih. Macamlah kita tak boleh datang ke kampung ni lagi!" Mika memujuk kasar. Hakikatnya dia juga sedang menahan kesedihannya.
"Mungkin kita boleh datang balik ke kampung ni. Tapi bolehkah kita semua berkumpul macam ni? Kita semua ada. Kita lengkap macam ni. 14 orang." Mereka semua terdiam. Kata kata sayu Khai tadi membuatkan jiwa mereka kembali runtuh. Mereka lemah!
Mungkin mereka masih bokeh berjumpa semula di high school,tpi keadaan itu tidak sama seperti di kampung ini. Di kampung mereka lengkap. 14 orang. Tapi di high school,mereka hanya 13 orang sahaja.
"Korang ni,janganlah sedih sedih. Tak bestlah macam ni. Jom kita buat aktiviti." Pelawa Iman menghindarkan suasana mereka di dalam bilik itu semakin sedih dan pilu. Iman menarik botol kaca kosong yang berada di tengah tengah hamparan itu lalu dipusingnya.
"Kau buat apa,Iman?" Rudy bertanya kerana pelik dengan tindak tanduk Iman.
"Kita semua dah setahun berkawan. Dari kita gred 7 lagi sekarang kita dah naik gred 8. Tapi saya masih tak kenal dengan awak semua lagi." Iman bersuara.
"Aku pun tak kenal dengan korang. Aku cuma tahu nama panggilan korang je. Tapi aku tak tahu korang walau pun dah lama berkawan." Jet pula turut bersuara.
"Bila difikirkan semula,kenapa muka Alicia macam orang cina dan aku tak pernah tahu pula yang kau sebenarnya boleh berbahasa mandarin dan kenapa muka Abil ada iras kacukan England?" Chris bertanya. Mereka mula sedar hakikat sebenar yang antara mereka semua,mereka masih belum kenal antara satu sama lain lagi.
"Sebab itulah saya cadang kita main satu permainan ni. Saya namakan ainya sebagai 'mari kenal saya'. Permainan ni saya cipta untuk kita berkenalan dengan lebih rapat antara satu sama lain. Dengan itu barulah hubungan persahabatan kita semua akan jadi lebih erat,kan?" Duga Iman.
Mereka yang lain saling berpandangan lalu mereka tersenyum. Setuju dengan permainan santai yang dicipta oleh Iman.
"Macam mana cara permainan tu?" Ali bertanya. Nampanya dia sepertinya teruja dengan permainan itu.
"Senang je. Pusingkan botol dan orang yang terkena mesti kenalkan diri dia kepada kita semua." Jelas Iman ringkas. Mereka mengangguk mengerti. Mereka mula membuat sebuah bulatan dan Iman menjadi orang pertama yang menusingkan botol. Mulut botol itu berpusing dan berhenti dihadapan....
Nabila.
Nabila tersenyum. Dia menandang kawan kawannya. Merekamjuga ingin tahu tentang gadis ini.
"Okey! Nama sebenar aku ialah Wan Nabila Nasuha. Korang semua panggila aku Abil sebab itu memang nama manja aku. Kenapa muka aku ni macam kacukan? Sebenarnya aku memang kacukan pun. Aku kacukan Britain-England." Mereka semua mengangguk dengan kata kata Nabila.
"Aku ada impian. Impian aku ialah untuk menjadi seorang pakar psikologi kanak kanak sebab aku suka dengan budak budak." Sambing Nabila.
"Patutlah perangai kau pun macam budak budak." Ejek Chris sambil tertawa. Mereka juga turut tertawa. Nabila hanya memusingkan bola matanya malas. Setelah itu dia memusingkan botol lalu ianya berhenti dihadapan...
Khai!
"Nama sebenar aku ialah Khairil Uthman. Aku adalah anak kepada seorang pakar musik yang berkerja di syarikat rakaman di Cyberaya utara."
"Patutlah kau sukakan musik." Sahut Moon. Khai hanya menggeleng kepala. Mereka semua pelik.
"Sebenarnya aku tak pandai main alat musik. Malah aku tak berminat padanya. Aku lebih berminat untuk menjadi seorang detaktif. Aku nak jadi seorang ahli forensik." Sambung Khai. Mereka semua hanya menggangguk. Gilirn Khai pula memusing botol.
Alicia tersenyum. Masa untuk dia bongkarkan siapa sebenarnya dirinya.
"Nama asal aku Alicia Kheng. Aku berbangsa cina. Jadi tak nafilah kenapa aku boleh berbahasa mandarin. Tapi aku dibesarkan boleh orang berbangsa tamil seperti papa angkat aku dan uncle uncle aku. Sekarang aku masih cuba untuk menguasai bahasa tamil." Alicia tersengih.
"Aku mula kenal islam bila aku kenal dengan Ali dan Alyna. Sejak dari itu aku mula belajar tentang agama islam dan akhirnya korang jumpa aku seperti sekarang. Sekarang nama islam aku hanya Nur Alicia. Dan cita cita aku ialah aku nak jadi seorang profesor dalam bidang sains dan teknologi di Cyberaya."
Mereka mengangguk mengerti. Jadi tidak dinafikanlah mengapa Alicia sungguh cekap berbahasa mandarin walaupun dibesarkan dari kelompok bangsa tamil. Permainan diteruskan.
"Nama saya Nurul Hafizatul Iman. Saya satu satunya akan perempuan dalam keluarga dan ayah saya ialah seorang guru wushu. Saya bercita cita mahu buka sebuah sekolah seni mempertahankan diri bagi kanak kanak kerana saya tak mahu lihat mereka yang lemah dibuli lagi."
"Nama aku Chris Danial Ilham. Aku keturunan England-London. Aku juga adalah keturunan diraja London. Jika di London mereka akan panggil aku sebagai Darwish Chris. Cita cita aku ialah aku nak jadi seorang ahli akreologi dan sejarah. Aku nak kaji sejarah dengan lebih mendalam supaya aku lebih menghargai sejarah itu sendiri."
"Aku Siti Emylia Roza. Tiada apa apa yang istimewa pun tentang aku cuma aku pandai menari. Satu hari nanti aku akan menjadi seorang guru tarian dan membuka kelas tarian aku sendiri."
"Aku pula Abdul Ziyad Arif. Nama panggilan aku Jet sebab waktu kecil aku suka main dengan Jet pejuang. Menari adalah minat aku. Aku akan jadi lebih bahagia dan gembira bila aku menari. Rasa seperti aku dapat kongsikan emosi aku dalam tarian tali cita cita aku bukanlah dalam dunia koreografi. Tapi aku bercita cita menjadi seorang juruterbang."
"Aku pula Izzat Fitri Afiq. Nama panggilan aku Zass sebab aku lari laju. Aku bercita cita untuk menjadi chef. Aku mahu jadi chef yang terhebat bertaraf dunia."
"Aku Mawwaddah Insyirah. Korang panggil aku Moon sebab senang nak sebut. Cita cita aku ialah aku nak jadi seorang wartawan. Aku berharap dengan cita cita aku ni aku mamou untuk sebarkan perkara yang baik kepada orang lain."
"Aku pula Haris Hussin. Nama panggilan aku Bulat sebab aku suka sangat dengan benda bulat macam bola atau sphera rubik. Aku bercita cita nak jadi seorang lelukis. Aku nak buka sebuah galeri yang di dalamnya menceritakan tentang pelbagai jenis hakikat sebuah kehidupan."
"Nama aku Mikayla Qaisara. Aku bercita cita mahu buka satu pusat kebajikan bagi orang kurang upaya dan membantu mereka."
"Aku Ahmad Rushdy Fahmi. Aku bercita cita nak jadi pemain bola keranjang yang terhebat di Malaysia dan sumbangkan emas. Satu hari nanti aku akan bawa nama Malaysia dalam kejohanan bola keranjang bertaraf dunia."
Mereka semua memandang kearah Ali dan Alyna. Hanya pasangan kembar ini saja yang masih belum memperkenalkan diri mereka. Ali dan Alyna saling berpandang lalu mereka kembali memandang rakan rakan mereka.
Bersambung...
Itu dia guys. Dirang dah kenalkan diri diorang siap sekali dengan cita cita lagi. Cita cita diorang semua hebat hebat belaka. Tapi apa cita cita Ali dan Alyna?
Kalau nak tahu apa cita cita diorang,kenalah tunggu chapter seterusnya.
YOU ARE READING
Northwind High School II : Our Future
De TodoKesinambungn dari Northwind High School : The Birth Of The New Group. Ikuti kisah Ali bersama kakak kembarnya serta kawan kawan mereka dalam mencapai dan merealisasikan impian mereka menjadi realiti. Tapi adakah manisndi dalam setiap perjalanan mer...