NHS-9

361 27 3
                                    

Keesokkan harinya,
Jam 0510 a.m

"Lari laju lagi!!" Suara jeritan Bakar itu memecahkan keheninggan pagi di Kampung Teratai itu. 14 orang remaja berlari lebih laju saat mendengar teriakan Bajar yang berdiri di tengah tengah padang itu.

Setelah cukup lima pusingan padang mereka berjaya selesaikannya dengan baik,terus sahaja mereka menuju ke arah Bakar. Bakar pula hanya tersenyum melihat stamina mereka yang sudah semakin meningkat.

"Baik,seperti yang kamu semua sudah tahu,esok adalah hari yang dijanjikan! Kamu semua akan melawan pasukan Zack."

"Ya! Mari kalahkan Zack!!"

Bakar tersenyum melihat semangat mereka. Dia memeluk tubuhnya.

"Jangan pandang rendah pada pasukan Zack. Dia seorang picther. Balingannya mampu memecut selaju 200km/jam. Dan....,"

"Tak semua orang berjaya memukul bolanya." Sambung Bakar lagi.

"Walau pun selaju mana pun balingan dia,kami akan pastikan kami berjaya pukul bola dia." Nekad Khai sambil memandang wajah Akyn yang tenang itu. Terus sahaja merah padam mukanya.

'Ya Allah,kenapa ayu sangat wajah ciptaan Mu itu?'

▫▫▫

Latihan diawal pagi itu diteruskan. Biar pun masing masing mata tak larat nak celik,namun mereka gagahkan juga untuk buka mata demi latihan terakhir sebelum perlawanan mereka esok hari. 

الله اكبر الله اكبر!!
Suara azan subuh berkumandang itulah yang menghentikan latihan mereka buat seketika. Segera mereka membuat persiapan untuk melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim itu ditengah tengah padang solfball itu. Mereka solat subuh berjemaah berimamkan Bakar.

Setelah selesai,mereka kembali menyambung latihan sehingga jam 8 pagi. Wisel dibunyikan sebagai tanda bahawa latihan mereka berhenti setakat itu sahaja dulu.

"Baiklah. Latihan kita dah habis. Kamu semua dah tunjukkan bakat kamu semuandalam sukan yang paling ulung di kampung ni. Tentang posisi dalam perlawanan nanti,kamu boleh tentukan sendiri. Uncle yakin kamu boleh tentukan posisi apa yang paling sesuai untuk kamu sekiranya pasukan kita jadi pasukan pemadang."

Dalam keadaan Bakar yang sedang sibuk berbicara itu,tanpa dia sedar bahawa hampir kesemua manusia manusia dihadapannya ini sudah tersengguk sengguk menahan kantuk yang teramat. Difikiran mereka sekarang hanya terbayangkan katil,tilam empuk dan juga selimut lembut.

Namun tidak bagi Ali. Sebagai pemain yang paling lemah dan tidak berpotensi,dia harus mendengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh Bakar. Mana tahu info itu sangat berguna se,asa perlawanan mereka nanti.

Namun keadaan itu disedari seseorang yang juga sedang menahan kantuknya. Dia lama memerhati Ali. Ali begitu khusyuk mendengar setiap bebelan Bakar yang baginya seumpana lagu dodoi.

"Hey! Kamu semua boleh tidur dekat sini!!!" Tempik Bakar membuatkan mereka yang sudah benar benar terlena itu terjaga. Ada yang terjatuh ke belakang lagi. Siapa lagi jika bukan si galah,Zass dengan Bulat. Bakar menepuk dahinya sambil menggeleng kepala.

"Korang semua mengantuk ke?"

Hanya anggukan sahaja yang dia terima dari mereka semua. Terus sahaja dia tertawa kecil bagaikan melihat anak kecil berusia 5 tahun sedangkan anak muda dihadapannya ini sudah berusia 14 tahun.

Northwind High School II : Our FutureWhere stories live. Discover now