Prologue

70 1 0
                                    

Bunyi musik yang sangat bising itu menjadi penemannya. Ada yang sedang sibuk menari-nari dengan ghairahnya dan ada juga yang sudah tidak waras akibat minum terlalu banyak air haram itu ataupun orang sebut 'air kencing syaitan'. Dia rasa dia seorang sahaja disitu yang masih seratus peratus waras.

" Ell, jomlah dance. Kau ni asyik duduk je. "

Kawan baiknya itu cuba mengajaknya ke tengah-tengah kelab malam itu tetapi dia hanya menggeleng kecil. Dia datang ke sini hanya untuk menghilangkan stresnya, dia bahkan tak pernah pun minum atau makan disitu. Dia hanya duduk sambil cuba menghilangkan segala tekanannya dengan mendengar musik yang terlalu kuat itu. " Alah kau ni Ell, tak funlah. "

Sarah kembali ke tengah kelab malam itu untuk menari meninggalkan dia seorang diri. Orang mesti tanya, kenapa nak hilangkan stres tak pergi tempat lain ? Kenapa nak ke kelab ? Jawapannya, suka hati dialah. Hidup dia, kenapa nak diaturkan pula ? " Sarah, dahlah jom balik. Kau dah mabuk sangat ni. " Terhuyung-hayang badan wanita itu membuatkan dia terpaksa memapah wanita itu. Dah jadi lumrah hidupnya.

Keluar sahaja dari kelab malam itu, telinganya jadi lega. Tiada lagi bunyi bising, hanya angin malam yang menyapanya. Dah pukul satu pagi kut. " Eh, abang teksi ke ? Tolong hantarkan kawan saya ni balik boleh ? " Lelaki yang berdiri di hadapan sebuah kereta itu memandangnya dengan pandangan yang pelik. Oh damn, handsome bodowwww.

" Eh say– "

Tanpa membuang masa, dia membuka pintu belakang kereta itu lalu mendudukkan rakannya ditempat duduk itu. " Hantar dia eh ? Hantar dekat alamat ni. " Ellyna menghulurkan satu kertas kecil yang bertuliskan alamat rumah rakannya itu. Belum sempat dia memulakan langkahnya, lelaki itu memanggilnya semula. " Cik ikut kami sekalilah, saya mana tahu rumah kawan cik. " Dia berkerut. Dah kenapa tak tahu pula ? Lelaki itu memandu teksi dan dia dah bagi alamat detail lagi, baru first time bawa teksi ke apa ni ? " Phone saya habis battery, cable semua lupa. Alang-alang tu saya hantar cik sekali. Tak perlu bayar. "

Dia mengangguk kecil dan terus dia masuk ke dalam kereta itu. Orang dah offer terima jelahkan ? Rezeki dapat naik kereta orang handsome.

" Bismillah. "














©nonamestoryline| 2020

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


©nonamestoryline| 2020

MS : Cinta penuh halanganWhere stories live. Discover now