2

14 1 0
                                    

Ellyna berkerut-berkerut melihat skrin telefonnya, lama dia begitu. " Macam mana aku nak lepas level ni ? Siapa yang buat game brain out ni ?! " Dia dah lama tersangkut dekat level itu, nak gunakan hint membazir pula nanti. " Ah malaslah. " Dia menutup telefonnya lalu kembali fokus pada kerjanya. Ingatkan nak tengok telefon sekejap untuk rehatkan otak, last-last termain game. Addicted betullah.

" Hi, I nak duduk sini boleh ? "

Kehadiran seorang lelaki yang tidak dia kenal di situ buatkan dia pelik. Buat pengetahuan semua, dia sedang buat kerja dikafe ye. Dia sewa meja itu untuk dirinya. Diulangi, dia SEWA meja itu untuk DIRINYA malam itu. " Sorry but no. " Walaupun dia sudah berkata tidak, lelaki itu tetap duduk dikerusi kosong di depannya itu. Terngangga mulutnya melihat perkara itu. Dia memandang pekerja kafe itu lalu memberi tanda yang dia tak suka lelaki itu di situ.

Dengan segeranya pekerja itu berjalan ke arahnya. " Uhm encik, saya harap encik tak ganggulah ketenteraman pelanggan kami. Saya mohon encik duduk dimeja lain. " Lelaki itu memandang pekerja itu dari atas ke bawah. " You siapa, I siapa ? You kuli, I customer. Suka hati akulah nak buat apa ! " Tengkingan lelaki itu buatkan pekerja itu menundukkan kepalanya. 

" Tak, apa masalah kau sekarang ? Aku kata kau tak boleh duduk sini, kenapa kau nak duduk juga ? Lepas tu nak tengking-tengking orang pula ! " Tinggi suaranya. Tak fasal-fasal nak tengking orang yang tak bersalah tu.

" I dah katakan, I nak duduk mana ikut suka I. Lagipun bukan ada sesiapa nak duduk sinikan ? You single, I single. I nak berkenalan dengan you pun salah ke ? " Hujah lelaki itu buatkan dia semakin marah. Lelaki itu memang tak faham maksud privacy ke apa ? " K– "

" Memang salah. "

Sebelum sempat dia memarahi lelaki itu, satu suara menyampuk pergaduhan mereka. Ellyna memandang sekeliling untuk mencari suara itu. Apabila dia melihat seorang lelaki mendekati mejanya, matanya membulat. " Kau siapa bro ? Jangan masuk campur hal oranglah bro. " Abang teksi itu berdiri betul-betul di sebelahnya membuatkan lututnya lemah. Bau minyak wangi lelaki itu sungguh menusuk dalam hidungnya.

" Siapa saya ? Saya suami dia yang sah, kenapa ? Ada masalah ke ? "

" Alah bro, tak payah nak kencing akulah bro. Dia tak cakap pun dia ada suami. " Entah kenapa Ellyna rasa mulutnya terus terkunci bila abang teksi itu berada di sebelahnya. Lelaki itu tertawa kecil. " So setiap kali dia pergi mana-mana dia kena cakap dululah dengan setiap orang yang dia dah ada suami ? Awak ni kenapa sebenarnya nak kacau isteri saya ? Ke awak nak saya report awak ke polis dulu baru awak pergi dari sini ? Ramai saksi dekat sini tau. "

Lembut sahaja bicara abang teksi itu tapi berjaya membuatkan lelaki itu pergi. Selepas memastikan yang lelaki itu sudah pergi, dia memandang ke arah abang teksi itu. " Thanks sebab tolong I. I terhutang budi sangat, you nak apa cakap je I bagi. " Dia mahu mencapai tangan lelaki itu untuk tunjukkan dia benar-benar menghargai pertolongan lelaki itu tetapi lelaki itu terlebih dahulu mengundur diri.

" Takda apa sangat pun, saya bantu siapa yang perlu. Saya taknak minta apa pun, saya ikhlas. " Dah offer nak bagi apa sahaja pun lelaki itu tolak ? Hm unik. " But thanks sangat tau. Kalau tak keberatan, datanglah kedai I. I ada buka kedai baju, kalau you datang I bagi free je. And I've to go now, bye. "

MS : Cinta penuh halanganWhere stories live. Discover now