" Ya Allah, cantiknya kak long !!! Jadi tak sabar pula nak kahwin. " Kata-kata Rina itu membuatnya tersenyum lebar. Seronok dia lihat ada orang yang gembira untuknya. Kehadiran umi suaminya disitu buatkan senyumannya perlahan pudar. Entah apa lagi hinaan yang wanita itu mahu beri padanya. " Umi, s– " Belum sempat dia mahu mencapai tangan wanita itu untuk bersalaman, wanita itu terlebih dahulu mengelak.
" Tak payah nak salam aku sangatlah, pura-pura baik konon. "
Sabar Ellyna, sabar. Setakat dugaan macam ni tak akan buat dia goyah. " Mana mak kau ? Dari akad nikah tadi tak ada pun. Entah-entah mak kau pun tak nak kau sebab tu tak datang tengok kau kahwin. Mak kau pun tak suka kau. " Dia cuba sedaya upaya menahan air matanya, dia tak mahu merosakkan hari bahagianya ini. Entah kenapa wanita itu nak kena menyentuh hal mamanya pula. " Tak pun mak kau dalam lokap tak. Kalau anak jahat tak peliklah kalau mak pu– "
Mendengar kutukan wanita itu pada mamanya semakin teruk buatkan dia terbangun. " Umi dahlah tu. Umi tak suka saya, umi kutuk saya. Jangan libatkan mama saya. " Dia sudah mengepal penumbuknya kerana menahan marahnya. Siapa tak marah kalau ada orang kutuk mamanya sendiri ? " Umi dahlah tu, hari nikan kita nak happy-happy. " Adik iparnya itu menarik wanita itu menjauhi dirinya. Sebelum ada pertumpahan darah lebih baik wanita itu pergi jauh dari dirinya.
" Kau dengar sini eh, aku tak pernah suka pun kau nak kahwin dengan anak aku. Sampai mati pun aku tak akan restu ! "
Wanita itu keluar selepas menghabiskan bicaranya. Dia cuba menahan air matanya, dia cuba. Dia tahu wanita itu tak sukakannya dari awal pertemuan mereka. " Kak long sabar ye, umi tu lama-lama okaylah. Umi memang macam tu. Rina pergi tengok umi dulu ye ? " Adik iparnya itu keluar dengan segeranya. Ellyna memusingkan badan menghadap almari pakaian yang besar itu. " Berapa lama lagi kau nak sorok dalam almari tu ? "
Tak lama selepas dia berbicara, Sarah keluar dari almari yang agak kosong itu. Sebelum umi lelaki itu datang, sebenarnya Sarah sedang mencari kasutnya. Bila wanita itu datang, entah kenapa secara automatik Sarah masuk ke dalam almari itu. " Wey, toxic gila mak mertua kau. Kesian kau babe. Dahlah mama kau– " Belum sempat wanita itu menghabiskan bicaranya, dia menggeleng kecil. Biarlah apa umi lelaki itu mahu katakan padanya, dia terima. " Kalau mak mertua kau tu buat apa-apa dekat kau, kau bagitahu aku terus. Kalau kau takut nak bagitahu suami kau, bagitahu aku. "
YOU ARE READING
MS : Cinta penuh halangan
Romance" Abang sedar tak abang tengah cakap fasal siapa ni ?! " Pertemuan diluar sebuah kelab malam akhirnya membuatkan kedua-duanya jatuh cinta. Yang sorangnya liar, yang seorang lagi bukan main alim. Walaupun masih belum berkahwin, pelbagai masalah telah...