19

7 1 0
                                    

" Assal– "

Baru sahaja dia mahu memberi salam sebelum masuk ke dalam rumah itu, telinganya menangkap satu perbualan. " Umi dah agak dah, dia tu bukan perempuan yang baik. Zik tak pernah nak dengar cakap umi. Dah tengah malam macam ni tak balik-balik lagi. " Ellyna mengeluh kecil. Apa lagilah yang mertuanya itu mahu dari dirinya.

" Eh apa pula umi cakap macam tu fasal isteri Zik. Ell dah minta izin Zik tadi, dia kata dia lambat balik sebab nak kira stock dekat kedai. " Mendengar ucapan suaminya itu membuatkan dia tersenyum kecil. Hilang sedikit bebannya bila mengetahui yang lelaki itu benar-benar membela dirinya. " Assalamualaikum. " Dia melangkah masuk ke dalam rumah itu dengan berat hati. Entah kenapa dia rasa semua yang berlaku ini tidak benar. Ia tak sepatutnya berlaku.

" Wa'alaikumusalam. Hah sayang, dah sampai pun. Jom kita naik atas, awak mandi dulu lepastu kita makan. " Ellyna bersalaman dengan suaminya, bapa mertuanya dan yang terakhir ibu mertuanya. Dapat dia lihat wanita itu menghulur tangan dengan wajah terpaksa. Sebab ada anak dan suaminya disitu, wanita itu memanglah perlu berpura-pura melayannya dengan baik. Takpa, dia terima semua itu. " Umi, abah. Zik dengan Ell naik dulu. Assalamualaikum. " Zikri memimpin isterinya menuju ke arah bilik mereka perlahan-lahan.

" Sayang penatkan ? Sayang pergi mandi dulu, abang tunggu. " Dia memandang isterinya itu lama sambil bibirnya mengukir senyuman lebar. " Kenapa pandang Ell macam tu ? Ada apa-apa dekat muka Ell ke ? " Wanita itu mulai meraba-raba muka sendiri dengan wajah cuak. " Ada something tu dekat muka sayang. " Makin cuak wajah wanita itu selepas mendengar bicaranya. Mahu dia tertawa tapi dia rasa bersalah.

" Ada keindahan diwajah sayang. " Mendengar bicaranya membuatkan tangan wanita itu automatik mencubit lembut lengannya. Tawanya akhirnya terlepas kerana kelakuan isterinya itu terlalu comel padanya. " Alolo comel betul isteri abang ni. Dahlah, pergi mandi. Ke nak abang teman ? " Satu senyuman jahat muncul dibibirnya sambil keningnya diangkat berkali-kali. Niat hatinya sengaja mahu mengusik isterinya itu.

" Kalau you belum mandi, boleh je kita mandi sekali. Tapi malangnya, you dah mandikan ? How sad. " Ellyna mengenyitkan mata padaya.

Wanita itu sengaja mengusap pipinya sambil berbicara. Niatnya mahu mengusik tapi akhirnya terkena batang hidungnya sendiri. " Eh abang boleh je mandi lagi. Untuk sayang, abang sanggup mandi 100 kali sehari. Jom jom mandi sama-sama. " Isterinya itu berjalan perlahan-lahan masuk ke dalam bilik mandi sambil tersenyum sinis. " Sayang ? Sayang ? Abang nak mandi juga. " Wanita itu masih tidak mengendahkannya membuatkan dia menggigit bibir bawahnya menahan geram.

" Lain kali jangan mandi dulu, baru kita boleh mandi sekali. "

MS : Cinta penuh halanganWhere stories live. Discover now