17

9 1 0
                                    

" Sayang. "

Ellyna mengalihkan pandangannya dari skrin telefon bimbit ke arah suaminya yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik tidur mereka itu. " Ye ? You nak apa-apa ke ? " Melihat lelaki itu melabuhkan punggung di sebelahnya di atas katil itu membuatkan dia yang sedang berbaring itu mendudukkan diri. " Abang nak cakap ni. " Bukan setakat lelaki itu memandang matanya tetapi siap mengusap-usap lembut tangannya.

Wangian lelaki itu membuatkan dia tak mampu memandang tepat pada mata lelaki itu. Dia malu. " Sayang, pandang abang. " Lelaki itu tidak memaksanya dengan percakapan tapi memaksanya dengan mata lelaki itu. Kan dia jadi cair. " Abang nak cakap yang sayang jangan terasa hati sangat dengan apa yang umi cakap ya. Abang tahu umi tak maksudkan pun apa yang dia cakap tu. " Hatinya yang tadi teruja kerana memikirkan lelaki itu mahu melakukan 'sesuatu' pada dirinya terus kecewa.

Itu yang mahu dibahas ?

" Apa pun yang umi cakap, sayang jangan ambil kesah. Abang tetap akan ada untuk back up sayang. "

Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya yang sedari tadi menunduk. Air matanya mulai bergenang walaupun sudah beribu kali dia mengingatkan dirinya supaya jangan menangis di depan orang lain. Sudah dia latih dirinya untuk pandai berpura-pura kuat didepan orang lain tapi entah kenapa begitu mudah dirinya menjadi lemah dihadapan lelaki itu.

Lelaki itu menariknya ke dalam dakapan membuatkan air matanya mengalir membasahi pipinya. " Abang tahu sayang kuat. Ada hikmah disebalik semua ni, kita sama-sama sabar ye sayang. " Suaminya memegang lembut kedua-dua belah pipinya lalu mengucup dahinya. Air matanya dihapus lembut oleh lelaki itu. Semakin lelaki itu lembut melayannya, semakin itulah air matanya mengalir deras.

" I love you. " Ucapnya sambil mencebik.

" I love you too sayang. " Lelaki itu membalas kata-katanya sambil menghapus air matanya yang tersisa. " Makan aiskrim nak ? " Segera Ellyna mengangguk sambil bibirnya mengukir senyuman lebar. Walaupun dia terpaksa terluka kerana mertuanya, tetapi sekurang-kurangnya dia ada penemankan ? Peneman yang akan sentiasa menguatkan dirinyakan ? Benarkan...?

MS : Cinta penuh halanganWhere stories live. Discover now