18

8 1 0
                                    

" Kak Long nak pergi kerja ke ? "

Pertanyaan adik iparnya itu membuatkan langkah kakinya terhenti lalu dia segera memusingkan badan menghadap wanita itu. " Ha'ah,  Rina nak pesan baju apa-apa ke ? Kak Long boleh bawa balik nanti. " Wanita itu hanya menggeleng kecil sambil melambai-lambai ke arahnya. Baru sahaja dia mahu memulakan langkahnya, satu suara membuatkan dia membuang niatnya itu.

" Jadi isteri orang tu, bagusnya duduk rumah. Jadi suri rumah, bukan sibuk kerja dekat luar. Tah apa kerja dia buat tah dekat luar sana tu. " Mak mertuanya itu duduk di sebelah adik iparnya tanpa ada rasa bersalah telah menghina dirinya. Takpa, dia sabar. " Umi, Ell ker– " Belum sempat dia menerangkan apa-apa, wanita itu terlebih dahulu memotong bicaranya. " Kau takpayah nak panggil aku umi boleh tak ? Aku jijik. Kau keluarlah cepat, menyampah aku. "

Berkecai hati kecilnya itu saat mendengar kata-kata wanita itu. Dia sabar dengan segala kerenah wanita itu kerana dia anggap wanita itu akan berbaik dengannya dalam masa terdekat ini tapi makin teruk jadinya. " Umi, apa cakap macam tu dekat kak Long. Kak Long dah tak– "

" Takpa Rina, akak okay je. " Matanya berkaca, mukanya memanas. Ellyna masih memandang ke arah mertuanya itu sedangkan wanita itu langsung tak mahu melihatnya. Berdosa sangatkah dirinya sampai dilayan sebegini ? Dia tahu dia tak sempurna tapi tapi mereka sepatutnya bimbing dia sama-sama untuk berubah, bukannya menghina dirinya lagi. " Kak Long gerak dululah Rina. " Perlahan-lahan dia memulakan langkahnya sehinggalah dia berhenti semula dimuka pintu.

" Ell pergi kerja dulu, Puan Zainab. Assalamualaikum. " Seformal itukah dia perlu jadi baru wanita itu gembira ? Kalau begitu, dia akan lakukannya.

MS : Cinta penuh halanganWhere stories live. Discover now