12

15 1 0
                                    

" Sah ! "

Dengan sekali lafaz, Nur Ellyna sah menjadi isterinya. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Saat yang dia tunggu telah tiba. " Pengantin lelaki dah boleh sarung cincin dekat pengantin perempuan. Zik, apa yang termenung tu. " Zikri tersedar dari lamunannya. Tak sangka dia akhirnya dapat memperisterikan wanita yang dia mahukan. " Ya Allah, cantiknya isteri saya ni. " Dia memegang cincin itu sambil cuba menenangkan dirinya.

Dia tak pernah memegang tangan wanita lain selain mahramnya. Dia jadi berdebar. " Bismillah. " Dia memegang lembut tangan wanita itu lalu menyarungkan cincin itu perlahan. Wanita itu juga menyarungkan cincin dijarinya membuatkan dia tersenyum lebar. Dia menghulurkan tangannya untuk disalami oleh wanita itu dan disambut baik oleh Ellyna. Dia tak boleh kira hari ini berapa banyak kali dia tersenyum kerana terlalu banyak.

" Saya tak janji tapi saya akan cuba sebaik mungkin untuk jadi suami yang baik. Saya akan jaga awak sampai akhir hayat saya. " Dikucup lembut dahi isterinya itu sambil dia cuba menahan air matanya. Siapa kata lelaki tiada perasaan ? Lelaki yang tak menangis itu lelaki yang lemah. " Korang nak balik rumah siapa ni ? Rumah papa ke rumah Zik ? Nak tukar baju semua. " Soalan lelaki itu buatkan dia memandang ke arah isterinya itu.

" Rumah papalah, bajukan semua ada dekat sana. "

Zikri mengangguk kecil. Dia ikut sahaja keputusan isterinya. Yang penting sekarang mereka dah sah. Mereka berjalan ke arah keretanya sambil berpegangan tangan. Memang tak pernah-pernah dia terlalu obses memegang tangan seseorang tapi entah kenapa dengan wanita itu, dia sentiasa mahu berpegangan tangan. " Yang you asyik pegang tangan I ni kenapa ? I tak larinya. " Dia hanya mengangkat bahunya tanda dia tak tahu. Tiada sebab, cuma mahu berpegangan tangan.

" I nak tanya somethinglah. Dari dulu I nak tanya sebenarnya. " Dia mengangkat keningnya menandakan wanita itu boleh meneruskan bicaranya. Dia membukakan pintu kereta untuk wanita itu dan menutupnya selepas wanita itu sudah masuk ke dalam kereta. Dia pun segera masuk ke dalam kereta untuk mendengar soalan wanita itu. " Apa yang nak ditanyanya ? "

" Takdalah hal penting pun, I just pelik. Kenapa sebelum ni you tak pernah pandang I ? Maksudnya betul-betul pandang I masa bercakap ke apa. "

Zikri tersenyum sekaligus duduk menghadap wanita itu. " Awakkan bukan mahram saya, mana boleh saya tengok awak terus macam tu. Lagipun kalau saya tengok awak, nanti saya makin-makin jatuh cinta macam mana ? Awak dahlah macam tak suka saya je, karang saya je jatuh cinta sorang-sorang. Ni dah jadi suami isteri, baru saya boleh pandang awak puas-puas. Nak pandang awak je. " Ellyna menolak lembut pipi lelaki itu apabila lelaki itu mulai mendekatkan diri pada dirinya.

" Drive now, nanti lambat siap. Mengada betul you ni. "

MS : Cinta penuh halanganWhere stories live. Discover now