" So macam mana ? "
Zikri memandang ke arah adik perempuannya itu dengan penuh harapan. Wanita itu boleh pula membuatnya tertunggu-tunggu, dia tengah berdebar ni. " Adik tak naklah cakap panjang tapi.. " Mendengar keluhan berat adiknya membuatkan dia menundukkan kepalanya, pasrah. " Tapi dia memang PERFECT bang long ! " Terangkat kembali kepalanya memandang adiknya itu.
" Dia memang tiptop. Cara dia handle segalanya memang number one. Adik suka. " Zikri tersenyum lebar. Dia tahu pilihannya tak salah. Tak sia-sia dia solat untuk minta petunjuk dari Allah, tak sia-sia juga dia meminta adiknya untuk menjadi mata-matanya. Saja dia suruh adiknya ke kedai wanita itu untuk melihat perangai wanita itu. Kalau adiknya boleh sukakan wanita itu maknya wanita itu memang bagus sebab adiknya jarang suka wanita yang dia suka.
" Tapi mana bang long jumpa dia ? Dekat masjid ke ? " Mendengar soalan itu membuatkan fikirannya mula menanyangkan peristiwa yang buatkan dia tersenyum lebar. " Hah ni senggih-senggih kenapa ? Betul dah anggau dah bang long ni. Cepatlah story. "
" Takda apalah, dahlah adik pergi balik. Siapa pula nak teman umi dekat rumah tu. " Dia bukan niat menghalau adiknya itu tetapi adiknya itu memang suka mengenakannya. Malu pula dia jadinya. " Tapikan bang long, adik bukan nak judge orang tapi betul ke pilihan bang long ni ? Dia tak bertudung tahu, umi boleh terima ke rasanya ? "
" Ish apa pula kata macam tu, tak baiklah. Bang long yakin umi akan terima sebab umi bukan jenis yang..adik taulah macam apakan ? Kalau fasal tak bertudung tu, bang long boleh je bimbing dia. " Adik perempuannya itu hanya mengangguk kecil bagi mengiakan sahaja kata-katanya. " Bang long ustaz tahu, Imam masjid lagi. " Dia tertawa kecil mendengar pernyataan adiknya itu.
" Jadi ? Memang bang long kena jatuh cinta dengan perempuan bertudung labuh je ke ? Peraturannya memang macam tu ke ? Lagipun, ada je yang bertudung labuh lepas tu berpurda tapi perangai lagi teruk dari yang free hair ni. Kita tak boleh cepat sangat judge orang hanya dari segi penampilan dia. "
" Okaylah macam tu. Bang long nak adik cakapkan dekat umi ke bang long nak cakap sendiri ? " Adiknya itu bertanya sebelum keluar dari ruang kerjanya itu. " Bang long cakap nanti, adik diam-diam je eh ? "
Adiknya itu hanya membuat tanda okay lalu berlalu pergi dari situ. Dia sendiri pun pelik macam mana dia boleh jatuh cinta pada wanita itu secepat itu. Semasa dia dipaksa menghantar kawan wanita itu pulang, dia rasa seperti dia sudah jatuh cinta pandang pertama. Tapi dia rasa dia pernah nampak wajah wanita itu sebelum mereka berjumpa dihadapan kelab malam itu. " Nur Ellyna, mana aku jumpa kau sebelum ni. "
Kad yang diberi oleh wanita itu tempoh hari ditenung lama. Dia sangat pasti mereka pernah bertemu sebelum ini tapi dimana ?
YOU ARE READING
MS : Cinta penuh halangan
Romance" Abang sedar tak abang tengah cakap fasal siapa ni ?! " Pertemuan diluar sebuah kelab malam akhirnya membuatkan kedua-duanya jatuh cinta. Yang sorangnya liar, yang seorang lagi bukan main alim. Walaupun masih belum berkahwin, pelbagai masalah telah...