7

13 1 0
                                    

" Alhamdulillah selesai solat berjemaah kita malam ni. " Sebaik sahaja abahnya berbicara begitu Zikri terus memusingkan badannya menghadap uminya. " Adik dengan angah pergi masuk bilik, abang long nak cakap dengan umi abah sekejap. Pergi cepat. " Melihat muka masam mencuka adik-adiknya membuatkan dia tertawa kecil. Selepas memastikan mereka berdua sudah masuk ke bilik masing-masing, dia menghadap kedua-dua orang tuanya itu.

" Umi, abah. Macam Zik cakap sebelum ni Zik nak masuk meminang Ellyna, bertunang sekejap lepastu terus nikah. " Kerana terlalu berdebar dia hanya menundukkan kepalanya semasa berbicara sambil bibirnya mengukir senyuman. Tidak mahu dia melambat-lambatkan perkara yang baik ini. " Abah okay je. Kalau itulah jodoh Zik, abah tak kesah. " Mendengar kata-kata abahnya membuatkan kepalanya terangkat. Alhamdulillah.

" Abang sedar tak abang cakap fasal apa ni ? Perempuan yang anak awak ni nak tu perempuan yang tak bertudung, rambut berwarna, baju seksi. Abang nak menantu macam tu ? Abang sedar tak ni ? "

Kata-kata uminya itu membuatkan senyumannya pudar serta merta. Jadi sebab itulah uminya macam nak tak nak sahaja layan Ellyna tadi. Kerana uminya tak sukakan Ellyna. Dia sangkakan uminya bukan jenis yang menghukum orang sebegitu rupa. " Ya Allah Nab, kenapa awak jadi macam ni ? Awak siapa nak hukum dia macam tu ? Awak jangan sebabkan mulut awak ni, awak kena merangkak cari budak tu dekat akhirat. " Sekarang uminya dimarahi abahnya.

Zikri segera memasang senyuman dibibirnya semula lalu mencapai tangan uminya. Tangan itu dia salam sambil cuba menahan air matanya dari jatuh. " Umi.. " Dia menutup matanya sambil cuba mengawal segala perasaannya sekarang. " Umi, Zik minta restu dari umi untuk Zik jadikan Ellyna sebagai isteri Zik yang sah. Zik takkan kahwin kalau umi tak beri restu. Zik naik bilik dulu. " Dia segera menyalami abahnya lalu terus naik ke atas tanpa memandang mereka berdua. Air matanya sudah mulai membasahi pipinya.

" Awak tengok tu, awak dah buat anak awak sedih. " Encik Ahmad memandang isterinya yang berpura-pura seperti tidak bersalah itu. " Apa ? Saya cakap benda betulkan ? Kalau nak cari calon isteri carilah yang bertudung labuh, berpurda, sopan santun macam Tasya tu. " Melihat muka bangga isterinya itu buatkan dia mengeluh berat. Geram sungguh dia dengan wanita itu, dah tua pun perangai macam budak-budak.

" Tasya tu awak yang suka nak dijadikan menantu. Dah berapa banyak kali Zik tolak untuk jadikan dia isteri ? Banyak kali ! Tapi bila dia bawa Ellyna tu datang rumah, maknanya dia nak Ellyna tu yang jadi isteri dia. Awak ni– dahlah malas saya layan awak. Buat saya kopi satu. "

MS : Cinta penuh halanganWhere stories live. Discover now