" Jom turun makan sayang. Umi dah masak tu. "
Ellyna jadi ragu-ragu untuk turun. Apa lagilah dugaan perlu dia lalui selama duduk satu bumbung dengan mertuanya itu. Kuatkah dia untuk menghadapi dugaan ini ? " Sayang ? Jom. " Lelaki itu menarik lembut tangannya ke arah dapur. Lelaki itu tak tahu betapa lajunya degupan jantungnya saat perjalanan mereka ke dapur itu.
Rumah lelaki itu tidaklah besar mana, hanya rumah teres satu tingkat yang biasa. Tapi bukan itu yang dia hiraukan, yang dia kesah sekarang bagaimana untuk buat mertuanya itu sukakan dirinya. Memanglah dia dah terbiasa hidup dalam kemewahan tapi setiap kali dia ingin memenuhi kehendaknya sendiri, pasti duit itu akan dicari sendiri.
" Assalamualaikum umi, abah. " Jumpa mertuanya itu pun suaminya beri salam. Dia ? Hari-hari dia 'good morning'kan papanya sahaja. Perbezaan cara kehidupannya dengan lelaki itu sangatlah jelas, dia jadi malu. " Wa'alaikumusalam Zik. Ajak isteri duduk, berdiri kenapa ? Ellyna makan banyak-banyak ye. " Kemesraan bapa mertuanya itu buatkan dia tersenyum lebar. Rasa...
...dihargai.
" Kak Long, ni umi masak khas untuk kak long. Makanlah. " Ellyna memandang nasi goreng dihadapannya itu lama. Entah adik iparnya itu jujur ataupun hanya mahu menyedapkan hatinya. Dia hanya tersenyum kecil pada wanita itu. " Kalau datang dapur untuk makan je baik tak payah jadi perempuan. " Kata-kata ibu mertuanya itu buatkan senyumannya perlahan-lahan pudar.
Berapa banyak luka yang mahu ibu mertuanya itu toreh dihatinya ini ? Dia dah cukup terluka walaupun dia baru duduk dirumah ini. " Apa cakap macam tu, Nab. Awak juga yang tak minta tolong menantu kita ni, kalau awak minta tolong mesti dia tolong. Dah-dah mari makan sini. " Suaminya tiba-tiba memegang tangannya membuatkan dia memusingkan kepala ke arah lelaki itu. Zikri hanya tersenyum kecil sambil mengusap-usap lembut tangannya. Dia tahu suaminya itu menyuruhnya untuk bersabar.
" Adik, kalau dah jadi isteri orang nanti jangan menyusahkan mertua pula. Bangun awal, tolong masak, kemas rumah semua. Baru boleh jadi menantu kesayangan. "
Kata-kata ibu mertuanya itu buatkan dia menggenggam kuat tangan suaminya sambil menahan geram. Andai sahaja dia boleh melepaskan amarahnya, sudah dia lepaskan. Tapi mengingatkan dosa, dia bersabar. Kalau membunuh itu tidak berdosa sudah lama dia lakukannya. " Umi abah, lepas sarapan ni Zik ingat nak bawa isteri Zik jalan-jalan sekejap. " Perlahan-lahan genggaman yang kuat tadi terlerai. Hatinya sakit tapi dia perlu bertahankan ?
![](https://img.wattpad.com/cover/230118268-288-k309178.jpg)
YOU ARE READING
MS : Cinta penuh halangan
Romansa" Abang sedar tak abang tengah cakap fasal siapa ni ?! " Pertemuan diluar sebuah kelab malam akhirnya membuatkan kedua-duanya jatuh cinta. Yang sorangnya liar, yang seorang lagi bukan main alim. Walaupun masih belum berkahwin, pelbagai masalah telah...