8

13 1 0
                                    

" Assalamualaikum. "

Zikri memberi senyuman paling manis pada wanita yang sedang sibuk menyusun baju-baju itu. " Wa'alaikumusalam, masuklah. Rina sihat ? " Dia memandang ke arah adik perempuannya yang berada dibelakangnya itu. Dia yang berada paling hadapan ni memang tunggul ke ? " Sihat, akak sihat ? " Wanita itu mengangguk kecil bagi menjawab soalan adiknya itu dan selepas itu wanita itu memandang ke arahnya seketika.

" Faris sihat ? "

Are you being serious right now ? Dia kini memandang ke arah adik lelakinya yang berada paling belakang itu. Dia cemburu. " Sihat alhamdulillah kak long. " Mendengar perkataan 'kak long' itu buatkan dia tersenyum lebar. Sedapnya bunyi perkataan itu. " Janganlah panggil saya macam tu, janggallah rasanya. " Zikri memandang ke arah wanita itu lama sebelum dia menundukkan kepalanya. Ya Allah, tak elok tengok anak dara orang lama-lama macam tu. Jaga pandangan mata tu Zikri.

" Kitaorang ada bawakan kak long makanan, jom makan sama-sama. " Ellyna mengajak semua yang berada disitu ke arah ruang makan mereka. Memang sekarang masa rehat, dia akan tutup kedai sekejap untuk biarkan pekerjanya rehat. " Ya Allah banyaknya makanan. Ada asam pedas lagi, favorite saya ni. " Dah lama tak merasa makan makanan macam ni. Selama ni sibuk kerja, makan pun makan segera je.

" Makanlah banyak-banyak kak long, ni memang khas untuk kak long. " Kata-kata Faris itu membuatkan dia tertawa kecil dan terharu dalam masa yang sama.

" Wah untuk kak long je ke ? Untuk kawan kak long takda ke ? " Kehadiran Sarah disitu membuatkan semua mata memandang ke arahnya. " Eh jemputlah, kawan kak long ke adik kak long ke jiran kak long pun dijemput makan sekali. Sila. " Sarah segera duduk disebelahnya selepas diberi kebenaran untuk makan sekali. Melihat kemesraan mereka buatkan dia gembira. Baru berjumpa tapi mereka semua dah mesra.

" Lain kali tak perlu dah rasanya datang sini. " Zikri memandang wanita itu pelik. " Kenapa ya ? Saya datang bukan sorang, kita tak berdua-dua pun dekat sini. Saya datang bawa adik-adik saya, bukan saya nak buat jahat dekat awak pun. "

Mendengar keluhan wanita itu buatkan dia semakin pelik. " Niat you nak kahwin dengan I tu pun boleh lupakan kot, umi you nampak macam tak suka I je. Lagipun I memang macam tak sesuai je dengan keluarga tu. I tahu I perangai teruk, pakaian macan apa, tak bertudung. I tahu semua tu. Jadi lebih baik you cari perempuan lain untuk dijadikan isteri. Tak perlu susah-susah nak ambil hati saya macam ni. "

Panjang hujahnya. Dia terpaksa katakan begitu walaupun jujur dia katakan yang dia dah mula sukakan lelaki itu. Kira macam love at first sight begitu tetapi kalau nak dibandingkan dirinya dengan keluarga lelaki itu ibarat menyuruh tikus masuk ke keluarga harimau. Tak sesuai. " Kita memang hanya ditakdirkan untuk berjumpa, bukan untuk mendirikan masjid. " Kata-kata umi lelaki itu masih terngiang-ngiang lagi dalam fikirannya.

" Kalau jadi perempuan tapi tak reti nak jaga maruah sendiri, baik tak payah hidup. Tudung takda, baju seksi. Malang betul siapa yang kahwin dengan kau ni. "

It hurts. A lot.

MS : Cinta penuh halanganWhere stories live. Discover now