11

13 1 0
                                    

" Nikah 12 desember, petang tu terus buat majlislah. Sanding-sanding pun tak perlu rasanya sebab tak elok juga buat sanding nikan ? "

Mendengar kata-kata papanya membuatkan dia sedikit muram. Dia tahu memang papanya tak akan benarkan dia bersanding sebab katanya bersanding tu tak elok. Bersanding tu macam menanyang pengantin yang bersolek dan bergaya pada semua orang dan benda tukan macam tak elok. Lagipun kalau bersanding nanti ada orang cemburulah apalah. Sepatutnya bersanding tak boleh tapi masyarakat melayu buat je.

" Boleh je bang, kami ikut pihak perempuan. Mas kahwin semua settle, tarikh pun settle. Alhamdulillah, tunggu masa je. Hal baik ni tak baik dilambat-lambatkan. "

Ellyna menatang dulang yang sudah diletakkan teko dan cawan-cawan itu untuk dihidangkan pada para tetamunya. Senyumannya pudar selepas dia tidak lihat pun kelibat umi lelaki itu. Dia tak mahu merosakkan suasana ceria ini, jadi dia diamkan sahaja hal itu. Baru sahaja dia mahu ke dapur semula, ayah lelaki itu memanggilnya. " Ellyna, umi tak dapat datang hari ni sebab umi sakit. Umi kirim salam dekat Ellyna dengan papa Ellyna. "

" Wa..wa'alaikumusalam. "

Dia meneruskan langkah sambil menahan air matanya. Dia tahu kebenarannya. Wanita itu memang tidak mahu datang pun sebenarnya, lelaki itu sengaja kata begitu bagi menyedapkan hatinya. Bukan dia tidak tahu wanita itu bencikan dirinya. " Kak long, kenapa tak duduk minum sekali ? " Kehadiran Rina disitu membuatkan dia segera mengesat air matanya. " Umi tak sakit punkan ? " Senyuman wanita itu tiba-tiba pudar membuatkan dia tahu bahawa tekaannya betul.

" Bukan macam tu kak long, umi– " Sebelum sempat wanita itu menjelaskannya lagi, Ellyna hanya menggeleng kecil menandakan wanita itu tak perlu melanjutkan bicaranya. Dia faham, umi lelaki itu tidak sukakannya. " Orang dah tak suka, kita nak buat apa lagikan ? " Dia cuba menutup kesedihannya dengan mengukir senyuman dibibirnya. Sedih, memang sedih. Tapi apa dia boleh buat ?

" Alah umi tu sekejap je buat perangai, lama-lama okaylah tu. InsyaAllah semua berjalan lancar, kita doa je okay ? " Ellyna mengangguk kecil. Yelah, yang dia boleh buat sekarang doa jelah.

MS : Cinta penuh halanganWhere stories live. Discover now