6

12 1 0
                                    

Okay apa dia buat dekat sini sekarang ? Dahlah dia hanya ada baju tshirt biasa, itu pun baju untuk tukar selepas habis waktu bekerja. Datang rumah orang macam tu je ? Pembetulan, orang yang tidak dia kenal. " Masuklah, kenapa berdiri dekat luar tu ? Ke nak saya bentangkan tikar, kita makan ramai-ramai dekat luar ni nak ? " Ellyna hanya mampu pura-pura tergelak. Sekarang dia berada di rumah lelaki itu tahu, dia nak menangis sekarang ni !

" Assalamualaikum, Zik dah sampai ni. "

" Assalamualaikum.." Perlahan suaranya memberi salam. Takut weyh. Dia kenal lelaki ini pun tidak, tiba-tiba sahaja diajak berjumpa dengan keluarga lelaki itu. " Masuklah akak, jangan malu-malu. " Adik perempuan lelaki itu memegang tangannya lalu memimpinnya masuk ke dalam rumah. Nak bagitahu, yang dia datang ke sini bersama lelaki itu dan adiknya. Lelaki itu kata, lebih baik bertiga dari berdua. Okay ?

And guys, adik dia berpurda semua. Tutup dari atas sampai bawa. Kalau adik lelaki itu sudah begitu apatah lagi ibu lelaki itu. Ellyna rasa tak layak berada di sini. Dia dahlah free hair, rambut pun karat. Ya Allah. Kalau dia tahu keluarga lelaki itu sebegitu rupa, memang dia singgah beli jubah tadi. Malunya sekarang. Malu dengan orang tapi selama ni tak malu dengan Allah ? Jawablah Ell, jawab.

" Umi, abah. Nilah orang yang Zik cakap tu. "

Semua mata memandang ke arahnya membuatkan dia kekok tapi dia segera melangkah mendekati wanita yang digelar umi itu untuk menyalaminya. " Assalamualaikum aunty. " Baru sahaja tangan wanita itu mahu menyentuh bibirnya, wanita itu terlebih dahulu menarik tangannya. Okay. Dia memandang ke arah lelaki yang berdiri disebelah wanita itu. Jadi lelaki itu abah Zikri. Perlu ke dia salam ? Salam jelah.

" Uncle, assalamualaikum. " Belum sempat dia mahu mencapai tangan lelaki itu, lelaki itu terlebih dahulu mengelak. Lelaki itu mengukirkan senyuman lebar sambil menggeleng-gelengkan kepala. Malunya ya Allah. " Marilah makan, lama dah pakcik tunggu korang. Tak sabar nak jumpa bakal menantu pakcik. " Mendengar kata-kata ayah Zikri itu membuatkan dia tersenyum lega. Tak sangka dia disambut baik dalam keluarga ni.








You wish - author

MS : Cinta penuh halanganWhere stories live. Discover now