13

17 1 0
                                    

" So this is my room. Simple je cause I mostly tidur dekat kedai. " Ellyna lebih banyak menghabiskan masanya mengurus hal dikedainya berbanding tidur. Papanya pun sudah memahami pekerjaannya itu. Lelaki itu pun tahu kalau dia tidak pulang ke rumah pasti dia ada dikedainya. Tetapi papanya tidak tahu anaknya ini sering ke kelab malam. Apalah nak jadi dengan kau ni Ellyna. " Okaylah, selesa je untuk duduk berdua. " Mendengar kata-kata lelaki itu membuatkan dia berpaling menghadap lelaki itu. " Apa ? "

" We're not going to stay here, I ada rumah sendiri. "

Lelaki itu hanya mengangguk kecil mendengar kata-katanya. " You pergilah mandi dulu, I nak call Sarah. Everything ada dalam bilik air tu, new toothbrush ada dekat dalam laci dalam bilik air juga. " Dia mencapai telefon bimbit yang sedari tadi tersimpan di dalam begnya. Nombor Sarah dicari lalu ditekan untuk membuat panggilan. " Tak nak mandi sekali ke ? " Kata-kata lelaki itu membuatkan dia menggigit bibirnya sambil menahan rasa malu.

" Before I gigit you, baik you pergi mandi dulu. " Melihat senggihan lelaki itu buatkan wajahnya membahang. Boleh gila kalau hari-hari dia macam ni. Sebelum ni tiada pula lelaki itu berkelakuan seperti itu. " Hello pengantin baru, apa cerita dekat dalam bilik berduaan ? Kau naughty naughty tak ? " Ni lagi sekor. Ya Allah, otaknya kotor amat.

" Kalau kau ada dekat sini memang aku cincang-cincang kau. Boleh tak jangan tanya benda bukan-bukan ? Aku nak tanya fasal make-up, kau yang datang make-up akukan ? " Walaupun dia tak akan bersanding, dia tetap mahu melawa. Walaupun dia hanya akan ditonton oleh para wanita, dia tetap nak nampak cantik. Sekali seumur hidup dia kahwin, mestilah nak cantik. " Yelah nanti aku datanglah rumah kau, kau dekat rumah papa kaukan ? "

" Yelah, nak pergi mana lagi ? "

Dia tiada tempat nak pergi dah. Nak ke rumah lelaki itu, faham-faham jelah. Umi lelaki itu bukan sukakan dirinya. " Dah duduk berdua dalam bilik tu jangan buat bukan-bukan pula. Nanti aku datang, ternampak benda yang tak sepatutnya pula. " Mukanya terasa bahang selepas rakannya itu berkata begitu manakala Sarah pula sudah tertawa besar dihujung talian. " K– " Belum sempat dia mula memaki rakannya itu, seseorang memanggilnya.

" Ell ? "

Sebelum Ellyna menjawab sahutan suaminya itu, dia terlebih dahulu menamatkan panggilan telefonnya itu tanpa berkata apa-apa. " Y– " Bicaranya terpotong sekali lagi selepas melihat lelaki itu keluar dari bilik mandi cuma bertuala. Memanglah orang lepas mandi macam tu tapi ini pertama kali dia lihat pemandangan itu. Segala otot dibadan lelaki itu dia lihat. Biasanya lelaki itu memakai kurta, tshirt. Dia tak tahu yang lelaki itu sebegitu berotot.

" Sayang ? Kenapa termenung tu ? " Ellyna segera mengalihkan pandangannya dari lelaki itu kerana dia boleh rasa yang wajahnya semakin memerah. " Awak saya nak tanya something ni tapi awak jangan marah pula. " Dia berhenti sebelum masuk ke dalam bilik air lalu menghadap lelaki itu. " Mama awak mana ? Dia tak datang pun akad nikah kita. "

MS : Cinta penuh halanganWhere stories live. Discover now