" Aik lain rasa nasi goreng awak hari ni Maznah, sedap dia luar biasa. " Mendengar kata-kata bapa mertuanya itu membuatkan Ellyna tersenyum lebar. " Hari ni bukan saya masak tuan, hari ni Puan Ellyna yang masak. " Kata-kata wanita itu membuatkan semua mata menumpu padanya. Dia hanya mampu tersenyum kekok. Tapi matanya pula hanya tertumpu pada seorang manusia iaitu ibu mertuanya. Wajah wanita itu langsung muram mendengar kebenaran itu.
" Ada makanan lain tak Maznah ? Saya rasa nak makan benda lainlah. "
Luluh hatinya mendengar kata-kata wanita itu. Makcik Maznah, pembantu rumah itu memandangnya dengan pandangan ragu-ragu tapi dia hanya mengganggu sambil tersenyum tanda wanita itu lebih baik mengikut arahan ibu mertuanya itu. " Awak ni kenapa Nab ? Bila menantu kita tak masak, awak bising. Bila dia masak untuk kita, awak tak nak makan. Saya tak faham dengan awak ni kadang-kadang. " Ellyna hanya mampu berdiam diri. Dia sendiri tidak tahu apa salah dirinya sehingga ibu mertuanya itu benci padanya.
" Maznah bawalah apa-apa dekat dapur tu, tak selera saya nak makan makanan ni. " Jujur dia katakan, hatinya terluka. Siapa je tak terluka kalau diperlakukan sebegitu rupa ? Dia tahu dia tak sempurna tapi dia cuba bermacam cara untuk menambat hati ibu mertuanya itu. Tapi apa yang dia dapat ? Hinaan. " Ell pergi kerja dululah, dah lambat ni. Assalamualaikum. " Dia menyalami tangan suaminya sebelum segera melangkah keluar dari rumah itu.
" Zik pun nak gerak dah, assalamualaikum. " Zikri berjalan laju supaya dapat mengejar dirinya. " Sayang. " Lembut suara lelaki itu memanggilnya. Dia yang sedang menyarung kasut dikakinya itu hanya mengangkat kening menandakan lelaki itu boleh meneruskan bicaranya. " Abang tahu sayang terasa dengan apa yang umi cakap tu tapi abang tahu umi tak maksudkan apa-apa pun. Sayang marah ? " Ellyna tersenyum kecil.
" Apa hak Ell nak marah umi ? Ell sedar Ell ni menantu je, orang luar. Kalau umi tak sudi nak makan masakan Ell, takpalah. Itu pilihan umi, Ell tak boleh nak marahkan ? Dahlah tu, Ell pergi kerja dulu ye. Assalamualaikum. " Perlahan dia mencapai tangan suaminya itu dan menyalami lelaki itu sekali lagi. Walaupun hatinya sakit, dia takkan beritahu suaminya itu. Biarlah dia yang rasakan perkara itu seorang diri, dia tak mahu bebankan suaminya. Ellyna berjalan ke arah keretanya sambil diperhatikan oleh suaminya.
" Sayang. "
Dia menghentikan langkahnya lalu memandang ke arah suaminya itu. " I love you ! " Tanpa dia sedar, bibirnya mengukir senyuman yang lebar. Betullah orang kata, kebahagian itu tak perlu ada duit banyak pun. Cukup dengan perkara-perkara kecil sebegitu pun mampu buat kita bahagia. " I love you too. "
YOU ARE READING
MS : Cinta penuh halangan
Romance" Abang sedar tak abang tengah cakap fasal siapa ni ?! " Pertemuan diluar sebuah kelab malam akhirnya membuatkan kedua-duanya jatuh cinta. Yang sorangnya liar, yang seorang lagi bukan main alim. Walaupun masih belum berkahwin, pelbagai masalah telah...