" Assalamualaikum Ell, papa nak cakap something ni. " Telefon bimbitnya dikepit antara telinga dan bahunya kerana kedua-dua tangannya sedang sibuk bekerja. Agak pelik bila lelaki itu menghubunginya seawal itu. " Wa'alaikumusalam pa, apa tu ? Papa nak suruh Ell beli apa-apa ke ? " Dia masih meneruskan kerjanya dengan fokus sambil menantikan kata-kata dari papanya itu. Lama lelaki itu berdiam diri membuatkan tangannya terhenti.
" Pa ? Papa nak ca– "
" Tadi ada orang masuk meminang Ell dan papa terima. " Terjatuh bungkusan baju yang sedang dia pegang selepas mendengar kata-kata papanya. " Pa..papa kata apa ? Papa terima pinangan orang untuk Ell tanpa berbincang dengan Ell pun ? " Mendengar keluhan kecil papanya dari hujung talian membuatkan dia mengurut-urut kepalanya perlahan. Papanya tak pernah lakukan sesuatu tanpa berbincang dengan dirinya tapi kenapa sekarang jadi macam ni ?
" Elok orangnya papa tengok, keluarga dia pun baik-baik orangnya. Dia kata dia kenal Ell, nama lelaki tu Muhammad Zikri. " Mendengar nama itu buatkan dia semakin tertekan. Boleh tak dia nak baling telefonnya itu ? Dia geram. " Even worse, pa. Omg, papa patut bincang dengan Ell dulu. Papa dah tak suka Ell duduk dengan papa ke ? " Dia nak menangis sekarang ni. Dia dah halang lelaki itu dari mendekati dirinya tapi lelaki itu bahkan pergi datang ke rumahnya tanpa pengetahuan dirinya untuk masuk meminang.
" Bukan macam tu, sayang. Ell tahu papa sayang sangat dekat Ell, papa nak tengok anak papa bahagia dengan lelaki yang baik. " Matanya terpaku pada orang yang berdiri diluar kedainya itu. Ujian apa yang sedang dia hadapi ni. " Nantilah balik rumah kita bincang hal ni, Ell pun banyak kerja. Assalamualaikum. " Telefon itu diletakkan ke tepi sementara lelaki itu berjalan ke arahnya.
" Papa awak dah bagitahu ke yang family saya masuk meminang awak ? Dah ke ? " Soalan lelaki itu buatkan dia geram.
" Apa yang you tak faham bila I kata kita takda jodoh ?! You tak faham ke bila I kata umi you tak suka I ?! Mata you memang tak nampak ke betapa bencinya umi you pada I ?! " Amarahnya meletus. Tahu tidak betapa pentingnya restu orang tua dalam perkahwinan. Penting sangat. " Apa yang you buat sampai umi you setuju nak masuk meminang I ? I bet yang umi you tak datang pun rumah I. Am I right ? " Zikri menundukkan kepalanya.
Uminya memang tak pergi semasa keluarganya yang lain pergi meminang wanita itu. Uminya beri keizinan tetapi uminya tak mahu turut serta. " Takdalah, umi suka je awak. Kalau tak umi takkan bagi saya masuk meminang awakkan ? " Hatinya sakit. Kenapa kisah cintanya tak selancar kisah cinta orang lain ? Tapi dia perlu kuat. " Awak jujur dengan saya, awak tak nak saya kahwin dengan awak sebab awak benci saya or sebab umi saya ? "
" I freaking like you ! Umi you yang tak boleh terima I, you faham tak ?! I tak nak kahwin kalau mertua I tak suka I. Tolong cari perempuan yang sama pakaian dengan keluarga you, I'm not one of you. I go to club while all of you go to mosque. We are different. "
YOU ARE READING
MS : Cinta penuh halangan
Romance" Abang sedar tak abang tengah cakap fasal siapa ni ?! " Pertemuan diluar sebuah kelab malam akhirnya membuatkan kedua-duanya jatuh cinta. Yang sorangnya liar, yang seorang lagi bukan main alim. Walaupun masih belum berkahwin, pelbagai masalah telah...