Mendengar pintu kedainya ditolak membuatkan bibirnya automatik mengukir senyuman. " Selamat datang. " Wanita dalam lingkungan umur 20an itu tersenyum kembali padanya. Tanpa membuang masa, dia segera mengatur langkah menuju ke arah wanita itu. " Cik nak cari baju macam mana ? Baju biasa ke muslimah ke ? Kain yang macam mana cik nak ? " Dia sedia membantu pelanggannya.
" Takpa, saya tengok-tengok dulu. "
Ellyna mengangguk ceria. Kalau pelanggan nak masa, kita beri masa. Bukannya merenung pelanggan tu macam nak makan sehingga pelanggan berasa tidak selesa. No no, we don't do it here. " Mamaaaaaaa nak mainannnnnn. " Mendengar jeritan budak kecil itu buatkan dia memejam matanya seketika sebelum menghadap budak itu. " Adik, mamakan tengah shopping tu. Adik mesti bosankan sebenarnya ? Macam nilah, adik suka apa ? "
Budak itu berhenti menangis apabila dia mula bercakap dengan budak itu. Dia siap membongkokkan badannya untuk berbicara dengan budak itu. " Fa..Fara suka patung. " Mendengar jawapan budak itu membuatkan Ellyna tersenyum kecil. " Nama adik Fara ke ? Biasanya nama Fara ni semua budak yang baik, cantik. Fara pun mesti macam tukan ? " Laju gadis mengangguk sambil bibirnya mengukir senyuman.
" Fara suka patungkan ? Fara tunggu sini sekejap, akak bawa sesuatu untuk Fara. Tunggu tau. "
Dia segera ke bilik stafnya lalu kembali ke gadis itu selepas mendapat barang yang dia mahu. " Akak ada surprise untuk Fara ni. Tadaaa~ " Dia menunjuk patung beruang yang saiznya agak besar itu kepada gadis kecil itu. Melihat senyuman lebar gadis itu membuatkan dia tahu gadis itu menyukai hadiah darinya itu. " Wah, comelnya ! Terima kasih kakak ! Kakak cantik ni baiklah, Fara suka ! "
" Terima kasih, Fara pun cantik dan baik sebab tu akak hadiahkan Fara tu. Jangan nakal-nakal tau, akak nak sambung kerja. " Dia memandang ke arah wanita yang memeluk budak itu lalu tersenyum kecil. Dia dapat lihat dari mata wanita itu yang wanita itu berterima kasih pada dirinya. Dia gembira dapat menolong.
Selepas beberapa minit, wanita itu datang ke kaunter dengan membawa bakul yang penuh dengan baju itu. " Akak nak cakap terima kasih sangat pada adik sebab tolong tenangkan anak akak ni. Akak dah tak tahu nak buat apa dah. Sebab adik bagi patung ni dekat anak akak, akak nak beli baju dekat kedai adik ni banyak-banyak and akak nak promote kedai ni dekat kawan-kawan akak. " Mendengar kata-kata wanita itu buatkan dia terharu. Betullah orang kata bila kita buat baik, orang lain akan balas kita dengan kebaikan juga.
" Saya berterima kasih sangat pada akak dan saya sedia membantu sesiapa pun. " Selesai segala pembayaran wanita itu pun mula berjalan ke arah pintu keluar. Baru sahaja pelanggan lain mahu mendekati kaunter bayaran, gadis kecil tadi kembali menghampiri dirinya. " Kakak cantik, ni ada gelang persahabatan yang Fara buat sendiri. Kakak pakailah. "
Gelang yang dihulurkan itu disambut dengan senyuman. " Terima kasih, awak. "
YOU ARE READING
MS : Cinta penuh halangan
Romance" Abang sedar tak abang tengah cakap fasal siapa ni ?! " Pertemuan diluar sebuah kelab malam akhirnya membuatkan kedua-duanya jatuh cinta. Yang sorangnya liar, yang seorang lagi bukan main alim. Walaupun masih belum berkahwin, pelbagai masalah telah...