5

17 1 0
                                    

" Hi, selamat datang. "

Kepalanya terangkat sewaktu mendengar pintu kedainya ditolak. Melihat seorang lelaki membawa satu jambak besar bunga ke arahnya membuatkan dia berkerut. " Cik Nur Ellyna ke ? " Dia mengangguk lemah. Kenapa pula ada mat bunga datang kedai dia ni ? " Ni ada orang pesan supaya bagi bunga ni dekat cik. Saya pergi dulu ye ? " Lelaki itu pergi tanpa sempat dia membahas perkara itu.

Dia cuba mencari sebarang nota kecil dibunga itu untuk mengetahui siapa yang memberinya bunga itu. Setelah menjumpai sehelai kertas yang terselit antara bunga-bunga itu, dia terus membacanya. " Untuk awak, from abang teksi ?! "

" APA TU APA TU ?! " Kehadiran Sarah di situ membuatkan dia menyembunyikan kertas itu dan hanya menunjukkan bunga itu pada rakannya. " Papa aku hantar bunga ni, katanya congrats sebab dapat buka kedai ni. " Dihulurkan bunga itu pada Sarah secepat mungkin supaya wanita itu tidak bertanya pelbagai jenis soalan padanya. " Pergilah cari pasu ke apa, letaklah bunga ni. Bukan bunga plastik tu, bunga betul. "

Sarah hanya mengikut kata-katanya tanpa banyak bicara. Tanpa dia sedar, bibirnya mengukir senyuman. Entah kebetulan atau apa, lelaki itu memberinya bunga kegemarannya iaitu bunga matahari. Jodoh ke ini ? Ah jadi malukan. Bunyi pintu kedainya ditolak membuatkan dia berhenti berangan lalu fokus kembali pada kerjanya. " Hi, welco– abang teksi ?! "

" Hi yes. "

Senyuman lelaki itu buatkan dia cair. Seketul Ellyna memang cepat cair, lagi-lagi bila dengan lelaki macam abang teksi tu. Damn sexy doh. " What are you doing here ? " Itu sahaja soalan yang mampu dia fikir saat itu. Otaknya sumpah blank. " Awak kata kalau saya free, saya boleh datang sini. So saya datanglah. " Ellyna hanya mengiyakan sahaja kata-kata lelaki itu. Sumpah dia tak pernah sejanggal itu dengan lelaki tapi entah kenapa lelaki itu buatnya rasa begitu.

" You nak baju apa-apa ke ? Pilih je, I belanja. " Lelaki itu menggeleng kecil sambil bibir masih mengukir senyuman. " Saya tak nak baju, saya nak bawa awak pergi makan. Boleh ? Dekat rumah sayalah tapi. " Kalau makan dirumah lelaki itu maknanya keluarga lelaki itu akan ada sekali. So basically lelaki itu mahu bawa dia pergi berkenalan dengan keluarga lelaki itu ke apa ? Mereka kenal antara satu sama lain pun tidak.

" Uhm..not surelah. I pun bukan kenal you sangat, takkanlah tiba-tiba nak datang makan dekat rumah you. Nama you pun I tak tahu. "

" Kalau macam tu.." Lelaki itu memasang senyuman lebar. " Assalamualaikum nama saya Muhammad Zikri bin Ahmad, umur 25 tahun. Alhamdulillah dah habis belajar, kewangan pun stabil. And yes saya nak bawa awak pergi jumpa parents saya sebab saya suka awak dan saya nak masuk meminang awak secepat mungkin. " Damn.

MS : Cinta penuh halanganWhere stories live. Discover now