Kelmarin, bunga.
Semalam, satu plastik penuh dengan coklat.
Hari ni, buku.
" Rina, boleh tak cakap dengan abang long awak tu yang akak dengan dia memang takda jodoh. " Ellyna jadi geram. Lelaki itu buat beri macam-macam pada dia ni buatkan dia lagi jatuh cinta tahu tak ? Dia punya bersusah payah nak move on, lelaki itu pula bersusah payah nak ambil hatinya. " Tapi kak long, abang long memang dah tetapkan hati dia dah yang dia nak kak long jadi isteri dia. Kak long terima jelah. "
Bukan dia tak nak terima tapi umi lelaki itu punca dia jadi ragu-ragu. Wanita itu benar-benar membencinya. " Kak long risau fasal umikan ? " Perlahan dia mengangguk. Risaulah, siapa je tak risau ? Baru pertama kali jumpa dah dihina sebegitu rupa, trauma tahu tak ? " Kak long jangan risau, hal umi tu biar abang long settlekan. Persoalannya sekarang, kak long suka tak dengan abang long ? "
" Sukalah ! "
" Kalau suka, dah boleh bincang fasal mas kahwin ke ni ? " Kehadiran lelaki itu disitu membuatkan dia menggigit lembut bibir bawahnya. Kenapalah masa dia membuat pengakuan begitu, mesti lelaki itu akan dengar. " Tapi um– " Belum sempat Ellyna menghabiskan kata-katanya, lelaki itu terlebih dahulu memotong bicaranya. " Umi tu biar saya selesaikan. Yang perlu awak buat sekarang, mempersiapkan diri untuk jadi isteri saya je. "
Ellyna mengangguk kecil. Dia sebenarnya nak tanya pada lelaki itu. Sejak hari pertama mereka berjumpa, lelaki itu tak pernah betul-betul memandang ke arahnya semasa mereka berbual. Lelaki itu mesti akan menunduk ataupun memandang ke arah lain. Dia jadi pelik. " Nanti you bincang semua dengan papa, I okay je. Asalkan umi you tak kesah I jadi menantu dia. "
" Eii tak sabarnya nak tunggu kak long jadi isteri abang long. Bolehlah pergi shopping sama-sama. Selama ni Rina dekat rumah tu takda kawan perempuan pun, umi pun sibuk dengan abah je. " Mendengar keterujaan wanita itu buatkan dia tersenyum kecil. Ada juga yang gembira untuk dirinya.
" Saya ikhlas tau, awak ikhlas tak ? "
" I ikhlas. "
YOU ARE READING
MS : Cinta penuh halangan
Romance" Abang sedar tak abang tengah cakap fasal siapa ni ?! " Pertemuan diluar sebuah kelab malam akhirnya membuatkan kedua-duanya jatuh cinta. Yang sorangnya liar, yang seorang lagi bukan main alim. Walaupun masih belum berkahwin, pelbagai masalah telah...