" Ah sakitnya kepala aku. "
Sarah duduk disebelahnya lalu mencapai air kopi yang baru sahaja dia buat tadi tanpa rasa bersalah. " Minum tak ingat dunia, mana tak sakit kepala. " Dia hanya menggeleng-geleng kecil melihat kerenah rakannya itu. " Wey semalam housemate aku kata ada sorang mamat handsome ni dengan kau hantar aku balik. Mamat mana kau cekup dari club ni ? Sejak bila kau macam ni ? Tak bagitahu pun. " Dengan terujanya rakannya itu memukul-mukul tangannya.
" Sakitlah bebal. And for your information, mamat tu driver taxi je. " Wanita itu hanya mengiyakan sahaja kata-katanya sambil mengeluh kecil. Sedaya upaya wanita itu mahu mahu mendapatkan informasi tentang lelaki itu dari dirinya. " Takda minta nombor dia ke ? " Mendengar soalan wanita itu buatkan dia teringat semula kisah semalam.
" Uhm, cik. Maaf tanya, kawan cik tu mabuk ke sakit ? " Dia memandang lelaki itu dengan pandangan yang tak percaya. Tak bau ke bau arak ? Punyalah banyak rakannya itu meneguk air kencing syaitan itu dan jelas lagi nyata baunya tapi lelaki itu masih boleh tanya soalan yang boleh dikatakan bodoh. " Mabuklah, mana ada orang sakit macam ni. " Lelaki itu tergelak kecil mendengar jawapan marahnya. " Cik kenapa tak mabuk ? " Soalan lelaki itu buatkan dia terngangga.
" For your information, saya tak pernah sentuh pun arak tu. Saya pergi club just untuk tenangkan fikiran dengan dengar musik kuat-kuat tu je. "
Busybody betullah lelaki ni. Bawa jelah kereta tu. " Oh baguslah macam tu tapikan lagi bagus kalau bila stress tu kita tenangkan diri dengan solat ke baca al-Quran ke, kan ? " Dia hanya membuat muka menyampah. Tak fasal-fasal dapat ceramah free malam ni. " Whatever, just drive. "
" Hello ? Kau okay tak ni ? "
" Hah ? Eh okay, okay. Aku nak keluar sekejap ni, kalau ada orang cari aku kau tolong backup aku eh ? Thank you. " Tanpa memberi peluang pada rakannya itu berbicara, dia terus berjalan ke arah lif untuk ke tingkat bawah. Entah kenapa hari ini dia rasa lif itu terlalu lambat, biasanya dia turun dari tingkat 11 ke lobi menggunakan lif ni cepat je. " Bosanlah, takda lagu ke dekat lif ni ? "
Ting!
Bunyi itu menandakan dia sudah tiba ditingkat yang dia mahukan. Sambil dia menunggu pintu lif terbuka, sambil itu juga dia melihat ke arah jam tangannya. " 10 minit lambat ?! Ellyna, apa kau buat tadi sampai boleh lambat ni ? " Langkahnya semakin dicepatkan, sangat cepat. Dia terlalu mahu sampai ke tempat itu cepat sehinggakan dia terlupa dia ada kereta.
Perjalanan yang boleh jadi 5 minit kalau naik kereta sekarang jadi 10 minit sebab dia jalan kaki. Dengan dia pakai kasut tingginya. Kerana matanya terlalu fokus pada jam tangannya, dia terlanggar bahu seseorang. Great, now what ? Dia dah lambat dan sekarang dia terlanggar orang. " I'm real– " Kata-katanya terhenti apabila matanya melihat siapa orang yang dia langgar itu.
" Abang teksi ? "
Ellyna memandang lelaki itu dari atas ke bawah. Entah matanya yang rosak ataupun lelaki itu bertambah-tambah kacak diwaktu pagi. " Okay whatever, I'm so sorry sebab langgar you tadi. But I've to go now. " Belum sempat dia melangkah pergi, lelaki itu memanggilnya. " Awak tunggu. " Dia memandang lelaki itu sambil menunggu bicaranya. Comel je berawak-awak.
" Kalau tak keberatan saya nak ajak awak minum kopi ke apa. " Ellyna memandang lelaki itu pelik. " Eh bukan kita berdua je, jangan risau. Saya bawa adik perempuan saya. Tak elok lelaki dengan perempuan keluar berdua. " Mamat tu tak nampak ke dia berpakaian macam mana ? Dia punyalah berpakaian macam tak cukup kain ni, lelaki itu ingat dia risau ke keluar berdua dengan lelaki ? Duh.
" Thanks for asking but I'm busy. Next time maybe ? I– " Sekali lagi kata-katanya terhenti kerana ada yang memanggilnya.
" Ell ! Baby ! " Dia tak perlu menoleh untuk tahu siapa yang memanggilnya, dengar suara pun dah tahu siapa. " Siapa tu ? Buah hati ke ? " Lelaki itu mengangkat keningnya sambil tersenyum kecil. Sumpah cair ! Perlahan dia menggeleng. " Here's my business card, anything call me. Okay bye. " Kad yang dihulurkan disambut oleh lelaki itu dengan senyuman yang masih terukir dibibir.
Tapi kenapa hatinya rasa berat nak tinggalkan lelaki tu ?
YOU ARE READING
MS : Cinta penuh halangan
Romance" Abang sedar tak abang tengah cakap fasal siapa ni ?! " Pertemuan diluar sebuah kelab malam akhirnya membuatkan kedua-duanya jatuh cinta. Yang sorangnya liar, yang seorang lagi bukan main alim. Walaupun masih belum berkahwin, pelbagai masalah telah...