BAB 1

28.3K 747 18
                                    

"Sayang.... Jangan buat kerja berat sangat nanti penat. Tak ingat pesan Doktor?." Kata Adrian Alexander kepada Hairah Arisa merupakan isterinya.

Hairah Arisa yang baru sahaja ingin menyapu itu berhenti seketika dan mengeluh lemah bila ada suami terlalu protes.

"Sikit je ni Abang. Abang tak payah risau okey." Hairah Arisa kembali memegang batang penyapu dan ingin menyapu lantai tetapi Adrian Alexnder menghalang

"Ishh, Sayang ni degil betullah nanti Abang gigit baru tahu. Dah Sayang pergi masuk dalam. Ni biar Abang yang buat." Adrian Alexnder menolak perlahan badan Hairah Arisa supaya masuk ke dalam rumah.

PON!

PON!

PON!

Haura Raissa hon keretanya kepada Adrian Alexnder dan ketawa bila Adrian Alexnder terkejut dengan hon nya.

"Kau ni pun satu Aura! Terkejut aku tau." Marah Adrian Alexnder dan menjeling Haura Raissa yang sudah ketawa terbahak-bahak itu.

"Okey-okey... Mana akak?." Soal Haura Raissa dengan sisa ketawanya.

"Dalam." Jawab sepatah dari Adrian Alexnder dan teruskan aktivitinya dengan menyapu lantai.

Haura Raissa mengganguk kepalanya dan terus meloloskan dirinya ke dalam rumah lalu kelibat Hairah Arisa dicari olehnya.

"Dekat sini rupanya akak oii penat Aura cari tau." Ujar Haura Raissa dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Wah! Ni mesti Aura belikan untuk akak kan." Hairah Arisa membuka bungkusan nasi lemak yang dibeli oleh Haura Raissa.

"Hah makan lah. Tadi kemain suruh beli yang tu lah, yang ni la. Nah ambik semua Aura borong satu kedai tau." Kata Haura Raissa sambil ketawa bila terasa jawapannya lucu.

"Amboi borong satu kedai? Tapi dekat sini ada 3 bungkus je. Mana yang lain. Ni mesti ada dalam perut kau kan. HAHAHA." Ujar Adrian Alexnder selepas sahaja selesaikan kerjanya di luar.

"Akak! Tengok Abang tu! Jahat!." Haura Raissa mencebik bibirnya tanda merajuk.

"Betul apa Abang Ian kamu cakap. Mana yang lain? Tadi cakap borong satu kedai HAHAHA." Kini giliran Hairah Arisa pula yang ketawa dirinya.

"Okey fine! Aura balik dululah bye. Assalamulaikum." Haura Raissa bangun dari duduknya dan mengatur langkah ke arah pintu utama.

"Abang ni tak baik tau buat Aura macam tu." Hairah Arisa mencuit lengan Adrian Alexnder.

"Eh kita pulak yang kena wak. Sayang pun sama jugak gelakkan dia." Kata Adrian Alexnder dan menggosok lengannya.

Boleh tahan sakit dia!

•••

KRING!

"Hello, Ya saya sedang bercakap. Ada apa yang boleh saya bantu?"

"Okey nanti saya akan maklumkan kepada Puan"

Haura Raissa mengeluh lemah dan letak kembali telefonnya di atas meja. Matanya melirik melihat setiap kertas yang berselerak di meja itu. Terus tanganya melempar kertas tersebut.

"Arggghhhhh! Serabut betul fikiran aku!." Jerit Haura Raissa keseorangan di dalam pejabatnya.

"Hey... Boleh kau bawa bertenang sikit tak?"

"Kau tahu tak yang staff kita buat masalah? Sekarang ni customer bising!"

Satu keluhan dilepaskan oleh Haura Raissa. Tanganya memicit kepala terasa pening.

"Aku dah dapat tahu siapa punya kerja semua ni. Nah." Ujar Adam Khalish sambil menghulur sekeping surat.

Surat tadi bertukar tangan. Mata Haura Raissa fokus setiap isi yang di tulis di dalam surat tersebut. Tidak lama kemudian dia ketawa sinis dan pandang mata Adam Khalish dengan tajam.

"Aku dah agak ni mesti kerja si tak guna tu! Apa lagi yang dia tak puas hati dengan aku!." Haura Raissa menghentak meja agak kuat dan menahan amarahnya.

"So apa kita nak buat dekat betina sial tu?." Kening dijongket sebelah dan senyum senget.

"Aku nak kau buat dia melutut depan aku! Pastikan dia mengaku semua kesalahan dia dekat customer kita." Arah Haura Raissa kepada Adam Khalish.

Adam Khalish mengangguk faham dan mengatur langkah lalu beredar dari situ.

"Kau nak main sangat dengan aku kan Danisha Aisya? Kau tak kenal aku siapa lagi erk. Kau tunggu hari kau. Tak sabar aku nak malukan kau depan orang." Gumamnya sendiri dan kembali mengutip kertas terabur tadi lalu disusun kemas kembali.

Tuan Adrian Alexander |COMPLETED✓Where stories live. Discover now