BAB 10

13.5K 457 9
                                    

Emir Ziqri dan Danisha Aisya menyorok di sebalik pokok tidak jauh dari rumah Adrian Alexnder.

"Abang macam mana tahu rumah Adrian dekat sini? Dah lah rumah dia sorang dekat sini. Tak takut ke entah-entah ada hantu? Tapi kan besar gila rumah dia kan Abang." Soalnya sambil memanjangkan lehernya ke arah rumah Adrian Alexnder.

Emir Ziqri memutarkan biji bebola matanya ke atas.

Malas mahu layan Danisha Aisya!

"Kau ni tak habis-habis dengan hantu kau tu. Ni mesti suka tengok cerita hantu sangat"

"Dah lama aku intip dia. so aku tahulah dia mesti kurung Aura dekat sini"

Balas Emir Ziqri dan senyum sinis bila mengingati nasib Haura Raissa.

Kesian? Memang kesian tapi tak akan dia mahu mengaku bahawa dirinya yang bunuh isteri kepada Adrian Alexnder.

"Aku nak kau tolong aku dapatkan Aura untuk aku." Katanya tanpa memandang wajah Danisha Aisya.

Danisha Aisya mengerutkan dahinya dan berpaling menoleh Emir Ziqri dengan tidak percaya.

Sudah gila ke apa Abangnya itu?

"What the hell, Abang gila ke apa sekarang ni? Asy tak akan buat macam tu sebab Aura tu musuh Asy! Memang tak lah Asy nak berbaik dengan dia sebab nak serahkan dekat Abang?." Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.

"Kakak dia aku dah tak dapat. So adik dia yang akan aku miliki. Kalau kau tak nak tolong aku untuk dapatkan Aura. Jangan harap lepas ni kau dapat guna kemewahan yang pernah aku bagi dekat kau." Ugut Emir Ziqri.

"Okey fine! Asy akan tolong Abang dapatkan Aura! Puas hati Abang sekarang?." Dia menjeling menyampah dan berpeluk tubuh.

Emir Ziqri tersenyum puas dan anggukan kepalanya.

"Hairah, Walaupun kau aku tak dapat. Tak apa aku terima sebab adik kau kan ada. Cantik pun cantik. Tak sabar aku nak dapatkan dia. Sekali aku dapat selamanya aku tak akan lepaskan" gumam dia di dalam hati.

•••

Adrian Alexnder berjalan ke hulur ke hilir. Sekali sekala matanya melihat Haura Raissa. Takut gadis itu sudah sedar.

Sudah 3 jam gadis itu pengsan tapi masih belum sedar. Hatinya semakin mengelubungi rasa bersalah terhadap perbuatan dia semalam pada Haura Raissa. Sekali dia pandang wajah Haura Raissa. Rasa dendam mula muncul.

"Bangunlah! Jangan buat aku macam ni Aura!." Dia mengusap rambut Haura Raissa dan menghela nafas panjang.

"Tuan... Ada seseorang yang mahu berjumpa dengan tuan." Ujar anak buahnya.

Adrian Alexnder memusingkan badannya ke belakang dan mengerutkan dahinya.

Siapa pulak yang mahu berjumpa dengan dia pada pukul 2:00 pagi macam ni?

Dia anggukan kepalanya dan bangun dari duduknya dan berjalan keluar dari bilik Haura Raissa. Sempat dia mengunci pintu bilik.

Adam Khalish merenung lama ke arah siling bilik. Dia cuba untuk mencari ke mana keberadaan Haura dan siapa yang lakukan semua itu?

"Kenapa semua orang hilang erk? Sejak akak airah meninggal. Semua orang hilang entah ke mana?." Soalnya sendiri.

Fikirannya kembali mengingati kejadian tadi. Di mana dia ingin berjumpa dengan Adrian Alexnder tetapi pekerja dia menyatakan sudah 2 minggu Adrian Alexnder tidak datang ke 'Syarikat' miliknya.

Flashback


Adam Khalish keluar dari kereta dan menuju ke arah syarikat Adrian Alexnder.

Sesampai sahaja dia di hadapan pintu bilik pejabat Adrian Alexnder. Pekerja Adrian Alexnder menghalang dirinya dari memasuki ke dalam bilik ditempatkan oleh Adrian Alexnder.

"Minta maaf Encik. Kalau boleh saya tahu Encik ni siapa ye? Ada apa-apa urusan dengan tuan Adrian?." Tanya P.A Adrian Alexnder.

"Saya tak ada apa-apa urusan dengan tuan Adrian tapi saya nak berjumpa dengan dia sekejap boleh?." Balasnya dengan sopan.

"Tuan Adrian sudah 2 minggu tak masuk pejabat." Kata P.A Adrian Alexnder.

Adam Khalish mengerutkan dahinya.

2minggu tak masuk kerja?

"Kenapa ye kalau boleh saya tahu?." Tanya Adam Khalish lagi.

"Itu saya tak tahu. Tuan Adrian hanya maklumkan kepada saya yang dia mahu cuti." Balas P.A Adrian Alexnder.

"Okey terima kasih." Adam Khalish lalu beredar dari situ.

"Sama-sama." Balas P.A Adrian Alexnder lagi.

Endflashback

Tuan Adrian Alexander |COMPLETED✓Where stories live. Discover now