BAB 23

13.2K 472 16
                                    

Dua pinggan berisi mee goreng itu diletakkan ke atas meja makan bersama dua gelas air sirap limau.

Haura Raissa tersenyum manis bila melihat Adam Khalish melabuhkan punggung ke atas kerusi.

"Makanlah. Sorry, ni je yang boleh aku masakkan untuk kau. Aku tak pandai sangat bab bab masakan ni." Ujar Adam Khalish dan membalas senyuman dari Haura Raissa.

"Eh tak apa, aku okey je. Kau ingat aku ni anak raja ke, nak hidang makanan sedap sedap?." Kata Haura Raissa sambil meneguk air tadi.

Mereka berdua mula makan tanpa bercakap.

•••

Haura Raissa mula menoleh Adam Khalish disebelahnya. Jari jemarinya berlaga satu sama lain.

Dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu kepada Adam Khalish pasal kandungan dia dan juga ingin berpindah.

"Adam..." Panggil Haura Raissa dengan meleret.

"Kenapa?." Kening dijongket sebelah, dan menunggu apa yang ingin diperkatakan oleh Haura Raissa.

"Aku nak pindah. Boleh kau tolong aku?." Ujar Haura Raissa dengan senyum.

Adam Khalish sedikit cuak dengan permintaan Haura Raissa. Namun, dia bukan siapa siapa mahu menghalang kehendak gadis itu.

"Boleh je. Kau nak pindah mana?." Balas Adam Khalish sepatah.

Semenjak Haura Raissa hilang hari itu dan kini muncul kembali membuat dirinya agak janggal bersama dengan Haura Raissa.

"Aku nak pindah dekat London dan, ingin mulakan hidup baru aku dekat sana." Haura Raissa senyum kelat bila memandang air muka Adam Khalish berubah muram.

Adam Khalish anggukan kepalanya beberapa kali dan senyum tawar.

"Pergi jelah kau nak pergi pun. Jangan risau, pejabat kau dekat sini aku akan jaga"

"Aura, sebelum tu aku nak bagi tahu something dekat kau"

Haura Raissa hanya menganggukkan kepalanya dan berdebar debar hatinya ingin mendengar apa yang ingin diperkatakan oleh Adam Khalish.

"Aku suka kau. Aku dah lama simpan perasaan ni dekat kau. Aku cintakan kau. Sejak persahabatan kita mula terjalin. Aku harap hati kau sama macam aku jugak." Jujur Adam Khalish dan mencapai tangan Haura Raissa lalu di tekapkan pada dadanya.

Haura Raissa tercengang dengan luahan Adam Khalish. Dia menarik semula tangannya dan senyum hambar buat Adam Khalish.

Tak mungkin dia akan terima lelaki sebaik itu. Lagi pun dirinya sudah kotor. Tapi perasaan dia pada lelaki itu hanyalah sahabat baik. Tidak lebih tidak kurang dari itu.

"Adam, aku mintak maaf dekat kau. Aku tak boleh terima kau. Aku hanya anggap kau, sahabat dunia akhirat aku je. Aku tak layak untuk kau. Aku dah kotor Adam!"

"Aku sekarang ni, tengah mengandung anak Abang ipar aku Adam! Aku mintak maaf sangat-sangat dekat kau. Aku dah kecewa kau" Haura Raissa tidak dapat tahan emosinya dan juga tinggikan suaranya pada Adam Khalish.

Mulut Adam Khalish menjadi kaku. Betul ke apa yang diperkata oleh Haura Raissa sebentar tadi? Atau telinga dia yang tersalah dengar?

"Kau mengandung anak Abang ipar kau?." Soalnya masih lagi tidak faham apa yang dah berlaku.

"Dia dah rogol aku Adam! Dia pukul aku! Dia kurung aku! Dia buat aku macam aku binatang peliharaan dia! Sebab tu, aku nak pindah dari bumi ni. Aku nak tinggal dekat London untuk mulakan hidup aku yang baru." Ujar Haura Raissa dengan tangisan yang lebat.

Adam Khalish peluk Haura Raissa dan menggosok belakangnya dengan perlahan.

Sungguh perit yang dilalui oleh Haura Raissa.

"Aku dah faham sekarang ni Aura. Aku akan tolong kau. Jangan risau, kau tinggal dengan sahabat aku dekat sana. Nanti aku bagi tahu dia, pasal kau." Kata Adam Khalish sambil mengesat air mata Haura Raissa yang tubir.

Dia tidak sangka begitu sekali Adrian Alexnder melakukan perkara terkutuk itu pada Haura Raissa.

Dia tolak dulu pasal perasaannya. Janji Haura Raissa bahagia, itu pun sudah cukup.

"Terima kasih Adam. Kaulah sahabat aku. Jasa kau akan aku bawa sampai mati." Ucap Haura Raissa dan senyum.

Adam Khalish membalas senyumnya dan anggukan kepala.

•••

Hafiz Rayyan mengeluh lemah bila melihat keadaan Adrian Alexnder tidak ubah seperti seorang pengemis.

Dengan rambutnya serabai keadaan bilik pun sama. Tidak ubah seperti lokang pecah. Baru sehari Haura Raissa tiada di rumah itu.

"Ian, boleh tak kau ubah sikit penampilan kau macam dulu. Kemas, rapi. Bukan macam ni?." Ujar Hafiz Rayyan dan pandang ke arah Danish Aiman pula.

Danish Aiman hanya menggelengkan kepalanya sahaja dan mengangkat kedua belah bahunya. Sudah banyak kali dia memujuk Adrian Alexnder. Namun seperti tadi. Hanya mendiamkan dirinya sahaja. Air matanya sentiasa mengalir.

"Kalau aku penampilan macam dulu, Aura datang balik ke dekat aku?." Soalnya setelah lama berdiam diri. Dia memusingkan badannya dan menghadap kedua orang sahabatnya itu.

"Kau masih banyak lagi masa, untuk cari dia dekat luar sana Ian. Please turun sikit ego kau tu." Danish Aiman pula bersuara.

"Masalahnya dekat mana aku nak cari dia!?." Nada Adrian Alexnder mula meninggi.

"Kalau kau betul betul sayang dia, kau dah pergi cari dia sampai dapat! Bukan berkurung macam ni!." Danish Aiman mendengus geram. Kini tahap kesabaran Danish Aiman sudah ke puncak.

Buat sakit tekak kalau bercakap dengan Adrian Alexnder. Langsung tak faham apa yang orang cuba nak sampaikan dekat dia.

"Dah! Jangan gaduh dekat sini boleh tak? Ian, aku cadangkan kau dengar cakap Aiman. Kalau kau betul betul sayangkan dia. Kau akan cari dia jugak. Ingat, dia tengah mengandung anak kau sekarang ni." Ujar Hafiz Rayyan.

"Kitorang nak balik dulu. Kalau ada apa-apa bagi tahu je dekat kitorang." Kata Danish Aiman dan berlalu pergi.

Adrian Alexnder hanya menghantarkan pemergian mereka dengan ekoran matanya sahaja.

Tuan Adrian Alexander |COMPLETED✓Where stories live. Discover now