BUSH!
Air disimbah pada Haura Raissa yang masih lagi pengsan itu. Dia memutar biji bebola matanya ke atas. Dia mencampak baldi ke tepi dan mendekati Haura Raissa.
"Bangun!" Teriak nya dengan lantang.
"Bangunlah! Kau dah mampus ke hidup lagi, hah!." Bengang Emir Ziqri.
"Woi!" Tanganya menggoncang badan Haura Raissa dengan kuat.
Haura Raissa mengerutkan dahi lalu dengan perlahan membuka mata. Membuntang matanya bila melihat jarak antara Emir Ziqri dan dirinya terlalu rapat.
Dia menolak bidang dada Emir Ziqri dan mengesot dirinya ke belakang. Kain selimut ditarik dan menggelengkan kepala.
Emir Ziqri hanya ketawa sinis dan mendekati Haura Raissa.
"Baby, thank you for...." Dia sengaja menggantung ayat dan senyum ke arah Haura Raissa. Tanganya mengusap kepala Haura Raissa dan tidak lama kemudian, rambut Haura Raissa ditarik kuat olehnya.
"ARGH! Sakit awak!." Matanya pejam bagi menahan rasa sakit pada ubun-ubun kepalanya.
Emir Ziqri kuatkan lagi tarikan pada rambut Haura Raissa. Dia dekatkan wajah ke telinga Haura Raissa dan bisik sesuatu.
"Aku nak kau cakap pada Ian, yang kau tolak pinangan dia dan kau pilih aku sebagai suami kau. Ikut cakap aku, atau kau nak tengok anak kesayangan kau tu mampus." Bisiknya sambil tersenyum puas.
Dia sudah agak gadis itu pasti akan ikut arahan darinya, petik sahaja nama Dayyan Naufal. Pasti segala arahan dituruti oleh gadis itu.
Haura Raissa pandang wajah Emir Ziqri lalu anggukan kepalanya dengan laju tanda setuju.
Walaupun hatinya tidak sanggup mahu melakukan perkara itu semua. Tapi, nyawa anak lebih penting dari pinangan itu semua.
Terketar-ketar tangannya untuk mencapai telefon miliknya. Emir Ziqri meletakkan pisau di bahagian lehernya dan bulatkan matanya bila Haura Raissa pandang ke arahnya.
"He..hello Abang, Aura nak kita batalkan perkahwinan kita. Sebab, Aura nak Emir jadi suami Aura. Tolong hormat keputusan Aura"
"Aura! Apa yang Aura merepek ni? Abang tahu ini semua mesti Emir yang ugut Aura kan? Aura jangan risau, Abang datang ke sana sekarang"
"Jangan Abang! Tolong sangat!"
TIT!
Talian diputuskan. Emir Ziqri merampas telefon Haura Raissa lalu dihempas kuat pada lantai simen itu. Sehingga pecah berderai.
"Tak guna! Tak guna! Tak guna!." Teriak Emir Ziqri sambil menghentak kepalanya sendiri pada dinding, sehingga darah mengalir keluar.
Haura Raissa terkejut dengan
perubahan drastik dari Emir Ziqri itu. Perasaan takut mula menyelubungi dirinya.Ada kalanya dia berasa kasihan juga terhadap Emir Ziqri. Dah serupa orang hilang mental Haura Raissa melihatnya.
Dah memang dia ada penyakit tu.
Dengan perlahan dia turun dari katil lalu mendekati Emir Ziqri yang lagi menghentak kepalanya itu pada dinding.
"Aw..awak, jangan macam ni." Tangannya menggosok belakang Emir Ziqri.
Walaupun perasaan takut itu semakin memuncak namun dia tetap kuatkan semangat untuk hentikan perbuatan Emir Ziqri pada dirinya sendiri.
Kan tak pasal-pasal dia pula yang masuk ke dalam lokap sebab bunuh Emir Ziqri. Lebih baik dia hentikan perbuatan itu segera.
YOU ARE READING
Tuan Adrian Alexander |COMPLETED✓
Romance2 0 2 0 [KARYA 2] Adrian Alexnder × Haura Raissa T A M A T Know as 'Dark World' *Abaikan typo/grammar #Ditulis ketika newbie TUAN ADRIAN ALEXNDER sebaris nama yang agak unik. Dia tidak gila,obses,psycho but dia hanya mahukan gadis itu supaya menjadi...