BAB 15

13.5K 535 16
                                    

Sudah 3 hari Haura Raissa terkurung di dalam bilik penyeksaan itu, tanpa makan minum. Dia cuba untuk meleraikan ikatan, namun sia-sia sahaja. Semakin dia gerakkan tangannya, semakin banyak luka ditangannya.

KREK...

Pintu bilik dibuka lalu ditutup dengan hempasan kuat. Adrian Alexnder duduk di atas kerusi berhadapan dengan Haura Raissa.

"How are you today now? Everything is fine?." Soalnya dengan sengaja.

"Kau memang tak guna Ian. Kau tak layak dengan kakak aku. Kalau kakak aku tahu perangai kau macam ni, adakah dia akan terima kau? HAHAHA." Katanya dan ketawa.

Adrian Alexnder menggengam penumbuk bila mendengar ayat pedas dari Haura Raissa.

"Kau sengaja sakitkan hati aku kan!." Dia bangkit dari duduknya dan membuka tali pinggangnya lalu dilibas badan Haura Raissa.

"Libas lagi Ian! Lagi! Biarkan aku mati hari ni. Aku nak bagi tahu dekat kakak aku, yang kau tu dah gila!." Ujar Haura Raissa dan menahan rasa sakit di tubuhnya.

Sebaik sahaja terdengar kata-kata Haura Raissa, automatik dia berhenti perbuatannya.

"Aku buat semua ni sebab kau Aura! Sebab kau dah bunuh isteri aku!"

Katanya dan meraup wajah dan duduk di atas simen. Dia mengalirkan air mata jantannya.

"Aku dah malas nak jelaskan dekat kau yang aku tak bunuh kakak aku, tapi kau jangan menyesal suatu hari nanti, selepas kau dapat tahu siapa pembunuh isteri kau. Mungkin masa ni kau panggil aku pembunuh, sampai masanya nanti, kau pula dipanggil pendera orang tak salah." Haura Raissa hanya pandang Adrian Alexnder dengan kosong. Sudah tidak tahu dipapar olehnya lagi, kerana dia sudah muak dengan drama dunia yang penuh dengan kedukaan dan derita.

Hati Adrian Alexnder seakan terkena petir bila mendengar kata-kata Haura sebentar tadi. Rasa ingin siasat mula timbul.

"Baik kau siasat dulu kematian isteri kau. Baru kau nak tuduh dia macam-macam kalau dia betul-betul pembunuh. Jangan sampai suatu hari nanti kau menyesal pulak. Nak menyesal pun tiada guna jugak"

Kata-kata Hafiz Rayyan tempoh hari lalu, betul-betul memberi impak di dalam hatinya.

Hati? Hatinya kini dilanda dengan kekeliruan dan juga bersalah.

"Tapi andai kata-kata Rayyan betul, aku nak buat macam mana? Aku dah buat macam-macam dah dekat dia, aku dah rosakkan maruah dia. Apa yang kau dah buat ni Ian? Tapi dia... Tak! Dia pembunuh isteri aku! Ya! Betul! Dia pembunuh isteri aku! Dia cuma nak perangkap kau sahaja tu kan, so kau jangan jadi bodoh!" Desis hati Adrian Alexnder.

Dia mengangkat wajah dan berpaling ke arah Haura Raissa. Dia mengerutkan dahinya bila Haura Raissa pejamkan matanya. Dengan cepat, dia mendekati Haura Raissa.

Kepala Haura Raissa diangkat dan meletakkan di atas pehanya. Tangannya menepuk perlahan pipi Haura Raissa.

"Bangun Aura, bangunlah jangan buat aku macam ni, kau tipu aku kan, bangunlah! Tak perlu nak berlakon pengsan macam ni." Semakin lama semakin kuat dia menepuk pipi Haura Raissa, namun Haura Raissa tidak memberi tindak balas.

Tuan Adrian Alexander |COMPLETED✓Where stories live. Discover now