BAB 9

12.7K 505 23
                                    

Adrian Alexnder menyuruh anak buah untuk melihat keadaan Haura Raissa. Tidak lama kemudian anak buahnya berlari mendapatkannya.

"Tuan! Perempuan tu!"

"Apa! Kenapa dengan dia!?"

"Darah banyak keluar dari pergelangan tangan dia!." Kata anak buah kepada Adrian Alexnder.

Adrian Alexnder terkejut mendengar kata-kata anak buahnya. Dengan cepat dia berlari menuju ke arah bilik ditempatkan oleh Haura Raissa.

Pintu dibuka dengan kasar dan pantas dia mendapatkan Haura Raissa yang sudah terbaring lemah itu.

"Bangunlah! Aku cakap bangunkan! Kau tak faham ke apa aku cakap!." Katanya dengan risau sambil tepuk kan pipi Haura Raissa berkali-kali supaya bangun. Namun hampa Haura Raissa tidak bertindak balas. Dia berpaling kepada anak buahnya.

"Panggil Hafiz Rayyan sekarang! Cepat!." Arahnya.

Anak buahnya mengangguk sekilas dan berlalu pergi.

Dia mengangkat tubuh kecil Haura Raissa dan baringkan ke atas katil. Selimut di tarik hingga ke paras bahu.

Dia memandang wajah polos Haura Raissa. Dia senyum sendiri sambil mengusap kepala Haura Raissa.

"Kau ingat kau boleh mati macam tu je ke? HAHAHA kau silap Aura. Kau dah buat silap besar dalam hidup kau. Kau tak akan mati selain mati di tangan aku. Berehatlah kau seketika kerana tak lama nanti kau akan tahu nasib kau sendiri." Ucap nya dengan penuh makna. Dia mencium sekilas dahi Haura Raissa.

•••

"So macam mana keadaan dia sekarang ni?." Tanya Adrian Alexnder kepada Hafiz Rayyan.

"Nasib baik kau panggil aku cepat. Kalau tak dah lama dia mati. Ian berapa banyak kali lagi aku nak pesan pada kau. Berhentilah buat adik ipar kau macam tu. Kau tak kasihan ke pada dia?." Balas Hafiz Rayyan sambil memegang bahu Adrian Alexnder.

Adrian Alexnder tepiskan tangan Hafiz Rayyan dan memandang tajam ke arahnya.

"Kau tak perlu nak nasihat aku Rayyan. Kau nak nasihat diri kau dulu." Katanya lalu masuk ke dalam bilik Haura Raissa.

Hafiz Rayyan mengeluh lemah dan menggelengkan kepalanya.

Susah betul nak nasihat orang keras kepala macam Adrian Alexnder.

•••

Emir Ziqri mengetuk pintu bilik Danisha Aisya beberapa kali. Dia mendengus geram bila tiada sahutan dari Danisha Aisya. Dia membuat keputusan untuk menerjah masuk ke dalam bilik Danisha Aisya.

Dia mula memulas tombol pintu.

"Tak kunci?"

Dia terus meloloskan diri ke dalam bilik Danisha Aisya.

"Asy... Bangunlah." Dia menggerakkan tubuh Danisha Aisya.

Dia berdecit geram pula bila Danisha Aisya masih lagi dari lenanya.

Mana tidaknya kejut orang pukul 2:00 pagi?

"BANGUN! ASY! kalau kau tak nak bangun. Aku bunuh kau!." Emir Ziqri meninggikan suaranya di tepi telinga Danisha Aisya.

Danisha Aisya terus bangun dari tidur bila suara kasar milik Emir Ziqri menerjah masuk ke dalam gegendang telinga dia.

"Abang! Nak apa? kejut orang pagi-pagi macam ni?." Soalnya dan menjeling maut ke arah Emir Ziqri. Tangannya mengambil jam penggera di atas meja.

"Habis tu aku bukan orang? Dahlah aku nak kau ikut aku keluar." Emir Ziqri menarik lengan Danisha Aisya supaya mengikuti dia.

"Eh Abang! Tak nak Asy. Tengok pukul berapa ni. Pukul 2:00 pagi kut. Abang pergi jelah sorang-sorang." Dia baringkan kembali badannya ke atas katil dan ingin lelapkan kembali.

"Ikut aku pergi rumah Ian! cepat Asy! Jangan buat aku marah!." Dadanya berombak kencang bila Danisha Aisya baringkan kembali badannya ke atas katil.

Sebut sahaja nama Adrian Alexnder. Pantas dia bangun dari tidurnya dan anggukan kepadanya.

"Okey Abang, Asy ikut. Jom"

"Macam mana keadaan kau sekarang ni Aura? mesti dah banyak benda yang berlaku dalam hidup kau kan. HAHAHA padan muka kau. Tulah lain kali jangan cari pasal sangat" gumam Danisha Aisya di dalam hatinya.

Tuan Adrian Alexander |COMPLETED✓Where stories live. Discover now