BAB 31

13.8K 468 10
                                    

"lamanya aku tak jejak kaki dekat sini." Ujar Zara Alya sambil menghenyakkan punggung ke atas sofa.

"Elok sikit duduk tu, nanti pecah dua sofa aku HAHAHA." Usik Adam Khalish.

Zara Alya hanya memekakkan telinga. Lagi layan si Adam tu lagi sakit hatinya.

Cakap rindu nak jumpa dengan buah hati. Bila dah jumpa tak ubah seperti kucing dengan anjing.

"Mana bilik aku? Masih lagi sama ke? Dekat atas erk?." Soal Haura Raissa.

"Yup, dekat atas." Balas Adam Khalish dan menuju ke arah dapur.

"Alya!!! Datang sini jap! Tolong aku kupas bawang kejap!." Teriak Adam Khalish dengan lantang dari dapur.

"Yes! Peluang untuk aku rapatkan lagi hubungan! Ishh tak sabar." Gumamnya sendiri lalu berlari ke arah dapur.

"Nah, tolong kupas kan semua okey Sayang." Kata Adam Khalish sambil meletakkan bahan yang ingin dimasak olehnya.

Zara Alya mengalihkan pandangan ke arah lain. Rasa ingin pengsan bila Adam Khalish memanggil dirinya 'Sayang'.

"Kau asal lak? Kau jangan nak berangan pulak erk." Adam Khalish memutar biji bebola matanya ke atas.

Mengada punya kawan!

Zara Alya memuncungkan mulutnya sambil mengupas bawang.

Nak berangan sikit pun tak boleh! Tak sweet langsung!

•••

"Awak, betul ke Aura dah bersalin? Dia mengandung ke sebelum ni? Anak siapa?." Soal Danisha Aisya. Dia melihat sekilas wajah Danish Aiman dan kembali memandang ke arah skrin telefonnya.

"Anak Ian. Maybe dalam 5 bulan or 6 bulan macam tu la, rasanya umur anak diorang." Balas Danish Aiman.

Danisha Aisya berhentikan seketika bermain dengan telefonnya. Matanya membuntang bila mendengar kata Danish Aiman.

"Seriuslah awak! Tak kan Adrian ro..." Dia menggantungkan ayatnya dan pandang wajah Danish Aiman.

Dia menghembuskan nafas lemah. Selepas mendapat anggukan dari Danish Aiman.

"Ya Allah berdosa nya saya pada Aura. Bila saya dapat bertemu dengan Aura. Saya nak tebus semua kesalahan saya pada dia." Ucap Danisha Aisya sambil meraup wajah berkali-kali.

"Kau jangan rasa bersalah sangat. Bukan salah kau pun. Lagi pun semua ni Emir yang laku kan. Adrian tu yang bodoh sangat, buat perkara terkutuk tu pada Aura." Kata Danish Aiman.

"Tapi masalahnya, tu Abang saya, kalau salah dia, salah saya jugak." Danisha Aisya menghembuskan nafas kasar dan mengalihkan pandangan ke arah luar.

Danish Aiman hanya diam dan menyambung bermain dengan telefonnya.

"Eh, Aura kau nak pergi mana?." Tanya Adam Khalish bila melihat Haura Raissa mengambil kunci keretanya.

"Aku nak pergi lawat kubur akak aku jap. Aku pinjam kejap kereta kau okey." Jawab Haura Raissa.

"Tapi, baru je semalam kau sampai kan. Tak penat ke? Esok boleh pergi kan." Kata Adam Khalish lagi.

Zara Alya hanya mendengar dan tidak niat ingin menyampuk.

"Tak apa aku dah biasa. Don't worry about me." Ujar Haura Raissa sambil kenyit sebelah matanya lalu keluar dari rumah.

"Ishh, degil betul budak nama Aura ni." Gumam Adam Khalish dengan menggelengkan kepala.

"Tak apa, aku kan ada." Kata Zara Alya lalu memuncungkan mulutnya sambil kerdipkan matanya beberapa kali.

"Werkk... tak nak aku layan kau gila." Balas Adam Khalish sambil menjelir lidah pada Zara Alya.

"Hm, yelah." Zara Alya menyambung melihat tv.

•••

Haura Raissa hentikan kereta di hadapan tanah perkuburan Islam. Dia berjalan mendekati kubur Hairah Arisa.

Dia menghamparkan tikar yang dibawa olehnya tadi. Dia duduk bersila sambil membaca surah Yassin.

Selepas selesai membaca surah Yassin. Dia mencabut rumput di atas kubur Hairah Arisa. Selepas habis sudah mencabut rumput. Dia peluk batu nisan Hairah Arisa pula.

"Assalamulaikum akak. Apa khabar akak sekarang ni? Sihat? Aura mintak maaf sebab dah lama tak datang sini. Aura nak minta maaf jugak, sebab dah khianati  akak"

"Bukan Aura nak semua ni berlaku, tapi Ian yang buat semua ni pada Aura! Aura rindu sangat pada akak, rindu nak borak dengan akak, rindu nak mengadu pada akak, tapi semua itu dah jadi kenangan." Ucap Haura Raissa sambil mengesat air matanya dengan berlinangan.

"Aa..Aura"

Tuan Adrian Alexander |COMPLETED✓Where stories live. Discover now