BAB 33

14.1K 412 16
                                    

Haura Raissa menghenyakkan punggung ke atas sofa dan satu keluhan dilepaskan olehnya. Tanganya memicit kepala terasa pening.

"Aura, kenapa dengan kau? Okey ke tak ni?." Soal Adam Khalish dengan prihatin sambil melabuh punggung di sebelah Haura Raissa.

"Dia cari aku." Balas Haura Raissa dengan sepatah dan melihat  sekilas wajah Adam Khalish.

"Siapa cari kau? Adrian? Dia cakap apa dekat kau?." Teka Adam Khalish sambil senyum hambar.

"Dia cakap mana anak dia? Lepas tu dia cakap, anak aku perlukan kasih sayang dari dia. Gila ke apa? Memang tak lah aku nak bagi dia jumpa dengan anak aku." Ujar Haura Raissa dan menggelengkan kepala.

"Tapi dia ayah kandung kepada anak kau Aura. Ingat, kau tak boleh padam kenyataan dia adalah ayah kandung kepada Dayyan. Tolong turunkan ego kau untuk Dayyan. Fikirkan masa hadapan Dayyan. Nanti dia sekolah, orang akan ejek dia tak ada ayah. Kau tak kesian ke dekat Dayyan nanti?." Panjang lebar Adam Khalish menuntur kata.

Dia sendiri pun tidak tahu mengapa perasaan dia jadi macam ni. Ada kalanya betul juga, Dayyan Naufal perlukan kasih sayang dari ayah kandung.

Sampai bila gadis itu mahu sorok perkara sebenar kepada Dayyan Naufal nanti. Kata kata Danish Aiman tempoh hari, benar- benar memberi kesan kepadanya.

Demi melihat kebahagiaan Haura Raissa, dia harus melepaskan gadis itu untuk Adrian Alexnder.

Yes!

Hanya lelaki itu sahaja yang mampu memberi kebahagiaan sebenar kepadanya.

"Kau kenapa Adam? Kau tahu kan yang dia yang buat aku macam ni! Dia rogol aku Adam! Rogol aku! Kalau dia nak tuduh aku bunuh Akak, aku tak kisah! Tapi jangan sampai rampas dara aku! Aku nak bagi apa dekat suami aku nanti? Cuba kau bagi tahu dekat aku macam mana?! Jawablah aku tanya!." Teriak Haura Raissa sambil air mata mengalir laju.

"Aura, aku ta..."

Belum sempat dia ingin menghabiskan ayatnya, Haura Raissa sudah pintas.

"Kalau kau rasa diorang lebih penting dari aku, silakan pergi pada dia! Kalau kau nak suruh aku keluar dari sini, sekarang jugak aku boleh keluarlah!." Ujar Haura Raissa dan dadanya naik turun menahan amarahnya.

"Aura, aku mintak maaf sangat sangat dekat kau. Tapi, tolong jangan keluar dari rumah ni. Aku janji tak akan sebut lagi hal ni depan kau. Aku janji." Halang Adam Khalish sambil menunjukkan lima jarinya pada Haura Raissa.

Haura Raissa menjeling dan menaik tangga. Disaat dia ingin naik tangga, dia terkejut dengan Zara Alya yang sudah berdiri di situ. Mungkin sudah dengar segalanya. Dia tidak hiraukan Zara Alya memanggil dirinya, dia terus masuk ke dalam bilik dan mengunci.

•••

Emir Ziqri termenung sambil senyum di hadapan kolam renang. Dia terbayang bayang wajah Haura Raissa. Kemudian dia membaling gelas dipegang olehnya tadi ke dalam kolam tersebut, bila teringat wajah anak Haura Raissa. Dayyan Naufal.

Yes! Dia benci Dayyan Naufal, kerana wajah Dayyan Naufal sangat mirip dengan musuhnya, Adrian Alexnder.

"ARGHHHH!!! Tak guna punya kau Ian! Kau dah dapat Hairah, lepas tu kau nak rampas Aura pulak dari aku!!!." Jeritnya dengan lantang lalu meramas ramas rambutnya.

"Dah puas ke tu"

"Kau nak apa setan! Blah kau dari sini"

"HAHAHA bodohnya kau Emir, kau sepatutnya rampas Aura dari Ian secepat mungkin! Jangan sampai mereka bersatu!"

Hasut makhluk menyerupai dirinya.

"Betullah cakap kau tu. Aku kena cepatkan dapat Aura! Yes! Aura milik aku! HAHAHA pandai jugak otak kau eh. Okey thanks sebab tolong aku. Aku nak tidur kejap, nanti kejutkan aku." Katanya dan masuk ke dalam rumahnya semula. Bilik tidur dituju olehnya.

Di dalam kereta, Danisha Aisya menekup mulutnya dan menggeleng tidak percaya dengan apa yang dilihat olehnya itu. Tak mungkin Abangnya bercakap seorang diri.

"Sabar Asy, aku tahu kau kuat hadapi semua ni. Kita mampu hadap bersama. Don't worry, aku sentiasa ada dengan kau." Ucap Danish Aiman dan peluk Danisha Aisya.

"Tak mungkin Abang jadi macam tu. Kalau saya tahu semua ni nak jadi, dah lama saya ajak Abang saya pergi ke luar negara dan tak akan wujud di Malaysia." Balasnya di dalam pelukan Danish Aiman.

"Shuhhh, dah nangis. Esok kita datang balik." Pujuk Danish Aiman dan menghidupkan enjin kereta.

Tuan Adrian Alexander |COMPLETED✓Where stories live. Discover now