Danisha Aisya melangkah masuk ke dalam rumah milik Abangnya. Kelibat Abangnya itu dicari dan naik sedikit senyuman dibibirnya bila melihat figura Abangnya berada di hadapan kolam ikan.
"Abang!." Sapa riang dari Danisha Aisya.
Emir Ziqri merenung ke arah kolam ikan sambil menabur makanan ikan. Sapa dari Danisha Aisya menyentak renungannya.
"Riang betul kau hari ni." Soal Emir Ziqri kepada adiknya tanpa melihat pun wajah adiknya itu.
"Mestilah Abang! Kakak Aura kan dah mati. Kalau Abang nak tahu si Aura tu dah kena heret dengan Abang ipar jahanam dia tu. HAHAHA padan muka dia! Thanks Abang sebab sudi tolong Asy. Sayang Abang." Balas Danisha Aisya dan senyum.
Emir Ziqri ketawa sinis bila mendengar setiap butiran yang keluar dari kata-kata Danisha Aisya kerana lucu dengan jawapan yang diberi olehnya dan menoleh melihat wajah Danisha Aisya yang sudah memandang dirinya dengan pelik.
Apa yang kelakar sangat dengan jawapannya?
"Kau ingat aku tolong kau? HAHAHA kau silap Asy. Aku buat semua tu sebab Hairah. Just simple bila tiada sorang pun yang dapat dia. Aku tak sanggup nak tengok diorang bahagia." Emir Ziqri masih lagi dengan sisa ketawanya.
Danisha Aisya menelan air liur dengan kesat. Rupanya Emir Ziqri bukan menolong dirinya tetapi untuk balas dendam terhadap Adrian Alexnder?
"Asy balik dululah. Bye." Katanya dan dengan tergesa-gesa dia menuju ke arah pintu.
Emir Ziqri hanya menghantar pemergian Danisha Aisya dengan ekoran matanya sahaja dan kembali menghadap kolam ikan dan menabur makanan ikan.
Tahu takut!
•••
Adrian Alexnder merenung di luar balkoni rumahnya dan melihat suasana bukit yang menghijau. Dia mendengus geram bila renungannya dikacau oleh anak buahnya
"Apa?." Soalnya dengan malas.
"Doktor Hafiz Rayyan dah sampai." Balas anak buahnya.
"Suruh dia masuk"
Anak buahnya mengangguk faham dan berlalu pergi.
"Bro! Takziah atas kehilangan isteri kau." Ucap Hafiz Rayyan dan bersalam dengan Adrian Alexnder.
"Terima kasih. Sekarang ni aku nak kau pergi check pembunuh tu hidup ke mati." Arah Adrian Alexnder.
Hafiz Rayyan mengerut dahinya bila Adrian Alexnder menyebut perkataan 'pembunuh'.
"Siapa pulak pembunuh ni? Setahu aku kau tak pernah lagi buat kerja tu semua kan? Jangan cakap kau ...." Sengaja biarkan ayatnya tergantung dan pandang Adrian Alexnder dari atas sampai ke bawah.
"Aku suruh kau datang sini untuk check pembunuh tu bukan suruh kau soal siasat macam ni. Kau pergi je nanti kau akan tahu jugak siapa pembunuh tu." Kata Adrian Alexnder dengan perli.
"Hm... Okey." Balas Hafiz Rayyan dan mengikuti langkah Adrian Alexnder dari belakang.
•••
"So macam mana? Hidup atau mati?." Soal Adrian Alexnder selepas sahaja Hafiz Rayyan keluar dari biliknya.
"Ishhh... Kau ni Ian. Tak baik kau cakap adik ipar kau pembunuh tahu tak?." Balas Hafiz Rayyan dan menutup kembali daun pintu bilik.
"Sekarang ni kau tengok ada aku kesah ke? Aku tak kiralah pembunuh tetap pembunuh!." Dia menjeling tajam ke arah Hafiz Rayyan.
Hafiz Rayyan mengeluh lemah dan menggelengkan kepalanya bila bercakap dengan Adrian Alexnder tidak ubah seperti sedang bercakap dengan bapak singa.
"Dia okey je cuma kena banyakkan rehat. Satu je aku nak pesan dekat kau. Baik kau siasat dulu kematian isteri kau. Baru kau nak tuduh dia macam-macam kalau dia betul-betul pembunuh. Jangan sampai suatu hari nanti kau menyesal pulak. Nak menyesal pun tiada guna jugak. Tak apalah aku nak balik dululah ramai lagi pesakit aku." Kata panjang lebar Hafiz Rayyan kepada Adrian Alexnder dan mengatur langkah lalu beredar dari situ.
"Ni mesti perempuan tu jampi ke apa dekat kau. Sebab tu kau bela dia. Kalau kau tak ada di tempat aku. Baik kau tak perlu cakap macam tu." Gumamnya sendiri.
YOU ARE READING
Tuan Adrian Alexander |COMPLETED✓
Romance2 0 2 0 [KARYA 2] Adrian Alexnder × Haura Raissa T A M A T Know as 'Dark World' *Abaikan typo/grammar #Ditulis ketika newbie TUAN ADRIAN ALEXNDER sebaris nama yang agak unik. Dia tidak gila,obses,psycho but dia hanya mahukan gadis itu supaya menjadi...