BAB 29

12.4K 454 48
                                    

1 TAHUN 6 BULAN KEMUDIAN...

Haura Raissa tersenyum manis melihat  anaknya yang sedang lena tidur itu. Dia membelai pipi tembam anaknya yang kini berusia 6 bulan dan nama diberi ialah Tuan Dayyan Naufal.

"Dayyan dah tidur ke?." Soal Zara Alya dan melabuhkan punggung di sebelah Haura Raissa.

"Dah. Tadi menangis sangat sebab nak susu, dah boleh susu, terus tidur." Balas Haura Raissa. Tangannya masih lagi membelai pipi Dayyan Naufal.

"Oh ya, sebelum aku lupa, Adam cakap dia nak datang sini minggu depan." Balasnya dengan teruja.

Teruja kerana mahu berjumpa buah hati.

"Eh tak perlu datang sini!"

"Kenapa pulak? Ishh kau ni, aku lama tak jumpa dengan dia tau!"

Zara Alya mencebik bibirnya, tanda merajuk.

"Aku bukan apa. Tapi, kita akan balik ke Malaysia hujung minggu ni." Ujar Haura Raissa.

Mata Zara Alya bersinar-sinar mendengar kata-kata Haura Raissa sebentar tadi.

Malaysia!  

"Serius kau tak tipu erk?." Tangannya dituding tepat ke arah Haura Raissa.

"Yes! Malaysia i am coming!." Zara Alya melompat di atas lantai, selepas mendapat anggukan dari Haura Raissa.

"Hm, layan aje lah orang baru nak kenal Malaysia." Gumam Haura Raissa dan menatap kembali wajah Dayyan Naufal.

•••

"Uishh, busy betul kau sekarang ni erk." Usik Hafiz Rayyan dan melabuh punggung di atas kerusi.

"Okey sikit aku busy macam ni, dari aku fikir pasal dia." Balas Adrian Alexnder. Matanya masih lagi fokus menatap skrin komputer.

"Hm yelah Ian"

"Aiman mana? Dah lama jugak aku tak nampak dia"

"Biasalah dating dengan buah hati." Balas Hafiz Rayyan sambil memutar biji bola ke atas tanda menyampah.

"Pergi dating rupanya, ingat dah lupa aku. Eh jap! Dating? Dengan siapa? Macam mana aku tak tahu ni?." Soal Adrian Alexnder. Dia bingkas bangun dari duduknya dan mendekati ke arah Hafiz Rayyan.

Hafiz Rayyan cuak dan menelan air liurnya dengan kesat.

"Aduh salah cakap pulak! Nanti Aiman marah dekat aku. Ni semua salah kau mulut!"  Gumam hati Hafiz Rayyan.

"Err..."

KRING!

Telefon Hafiz Rayyan berbunyi. Dengan cepat dia menjawab panggilan tersebut.

"Sorry bro, aku gerak dulu." Kata Hafiz Rayyan sambil menepuk bahu Adrian Alexnder.

Fuh! Nasib baik telefon penyelamat!

"Ini mesti ada sesuatu yang aku tak tahu. It's okey geng, nanti aku tahu jugak." Gumamnya lalu kembali mendekati meja kerja.

Tuan Adrian Alexander |COMPLETED✓Where stories live. Discover now