Hafiz Rayyan memasuki ke dalam rumah Adrian Alexnder. Dia mencari-cari kelibat Adrian Alexnder dia hentikan langkahnya di hadapan balkoni luar rumah. Dia berjalan mendekati Adrian Alexnder yang sedang mengelamun itu.
"Ian..." panggil Hafiz Rayyan dan menepuk perlahan bahu Adrian Alexnder.
Adrian Alexnder tersentak dengan lamunanya bila seseorang telah menepuk bahunya. Dia berpaling melihat gerangan siapakah yang menepuk bahunya tadi.
Dia mengerut dahinya bila melihat Hafiz Rayyan di hadapannya.
Setahunya dia tidak pernah memanggil lelaki itu datang ke mari.
"Rayyan, kau buat apa dekat sini? Aku ada suruh kau datang sini ke?." Soalnya sambil berjabat tangan dengan Hafiz Rayyan.
"Kenapa? Aku tak boleh datang sini, selain kau panggil aku?." Balas Hafiz Rayyan dengan tenang.
"Tak adalah, tapi aku pelik dengan kau, tetiba je datang? Ada hal ke?." Soalnya lagi.
"Pasal arwah Hairah"
Sebut sahaja nama Hairah Arisa pantas Adrian Alexnder mengangkat mukanya dan menunggu apa yang ingin diperkatakan oleh Hafiz Rayyan.
"Kenapa dengan Hairah?"
Hafiz Rayyan menarik nafas terlebih dahulu sebelum mulakan bicaranya.
"Kau kena siasat sendiri Ian, aku sure bukan Aura yang bunuh arwah. Trust me Ian. Ikut cakap aku kalau kau tak nak menyesal kemudian hari." Ujar Hafiz Rayyan.
Bukan dia tidak mahu memberi tahu tentang hal sebenar tetapi lebih baik kalau lelaki itu mengetahui hal sebenar dengan siasatnya sendiri.
"Boleh tak kau bagi tahu je siapa! Kan senang! Kau ni bukan membantu tapi menyusah!." Tengking Adrian Alexnder dan meraup wajah dengan kasar.
Dia stress dengan keadaan sekarang ini dengan Haura Raissa mengandung anaknya dan juga perasaanya kini pada Haura Raissa.
"Whatever Adrian, yang pasti aku nak kau siasat orang sekeliling kau tu dulu"
"Dan juga orang yang pernah rapat dengan kau dulu." Ujar Hafiz Rayyan sambil bangun dari duduk lalu mengatur langkah dan beredar dari situ.
Adrian Alexnder memanggil dirinya tidak hiraukan.
"Apa maksud kau Rayyan? 'Orang yang pernah rapat dengan kau dulu'?." Dia memicit kepalanya yang terasa sangat pening itu.
"Atau e..."
"ARGH!"
Belum sempat dia habiskan ayatnya suara jeritan Haura Raissa membuat jantungnya mahu keluar. Dengan cepat dia berlari naik ke atas dan membuka kasar pintu bilik Haura Raissa.
Dia berlari ke arah bilik mandi dan mendapati Haura Raissa sedang jatuh terlentang itu.
"Ya Allah! Aura!!!"
"Tolong Ian! Sakit!"
Haura Raissa pejamkan matanya bagi menahan rasa sakit pada bahagian bawahnya.
Adrian Alexnder segera mencempung Haura Raissa ke arah katil.
"Kejap! Aku panggil Rayyan." Katanya dengan panik dan segera telefon Hafiz Rayyan.
"Hello Rayyan! Boleh tak kau datang sini!!"
"Asal?"
"Cepatlah datang!! Aura!! Dia jatuh dalam bilik mandi!!"
"Hah!! Okey-okey!!!"
Tut!
Adrian Alexnder segera memutuskan talian dan mendekati Haura Raissa kembali.
"Sabar Aura, nanti Rayyan datang." Kata Adrian Alexnder dan mengusap kepala Haura Raissa.
"Sakit..." rengek Haura Raissa sambil menangis tersedu sedan.
"Tolong jangan jadi apa-apa pada anak aku, aku sayang anak aku. Kalau jadi apa-apa dekat anak aku, aku tak akan maafkan diri aku sampai bila-bila" Desis hati Adrian Alexnder.
•••
"Macam mana keadaan Aura dan anak aku?." Tanya Adrian Alexnder sambil menggoncang badan Hafiz Rayyan.
"Boleh tak sabar sekejap?"
"Aura dan anak kau dalam keadaan baik. Nasib baik hentakkan tak berapa kuat sangat. Kalau tak, anak kau dah tak selamat." Ujar Hafiz Rayyan.
Adrian Alexnder menarik nafas dalam-dalam dan mengucap bersyukur di dalam hati.
"Kau dah bagi tahu dekat Aura, pasal kandungan dia?." Tanya Hafiz Rayyan dan sebelah keningnya di angkat.
Adrian Alexnder tersentak dengan soalan Hafiz Rayyan.
"Belum." Jawab Adrian Alexnder.
Dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu tentang kehamilan kepada Haura Raissa.
Apakah perasaan gadis itu, kalau mengetahui bahawa dirinya sedang hamil anak lelaki yang paling dia benci?
Marah,mengamuk? Sudah pasti.
Satu keluhan dilepaskan oleh Hafiz Rayyan.
"Aku cadangkan, lebih baik kau bagi tahu perkara ni pada dia." Balas Hafiz Rayyan dan senyum.
Adrian Alexnder hanya anggukan kepalanya dan senyum nipis.
YOU ARE READING
Tuan Adrian Alexander |COMPLETED✓
Romance2 0 2 0 [KARYA 2] Adrian Alexnder × Haura Raissa T A M A T Know as 'Dark World' *Abaikan typo/grammar #Ditulis ketika newbie TUAN ADRIAN ALEXNDER sebaris nama yang agak unik. Dia tidak gila,obses,psycho but dia hanya mahukan gadis itu supaya menjadi...