Haura Raissa membuka kelopak matanya dengan perlahan dan melihat sekelilingnya lalu satu keluhan dilepaskan bila dirinya masih lagi berada di dalam bilik kurungan Adrian Alexnder.
"Kenapalah semua ni bukan mimpi?." Soalnya sendiri. Matanya merenung ke arah siling. Dia tersentak bila pintu bilik dibuka. Pantas dia pejamkan kembali matanya.
Adrian Alexnder masuk ke dalam bilik sambil membawa dulang makanan berisi sepinggan nasi putih bersama semangkuk sup ayam yang masih lagi berasap dan segelas air kosong lalu meletakkan dulang tadi di atas meja.
Dia berpeluk tubuh sambil pandang wajah Haura Raissa yang kononnya masih pengsan itu. Bukan dia tidak dengar suara gadis itu berkata tadi.
"Bangun..." Kata Adrian Alexnder sambil gerakkan badan Haura Raissa.
Dia ketawa kecil bila Haura Raissa masih lagi tidak bangun itu. Dia mengambil batal sebelah dan menekup muka Haura Raissa.
"Aa..bang.. ja..jangan." rayu Haura Raissa dengan menepuk-nepuk lengan Adrian Alexnder.
"Ouh hidup lagi. Ingat dah mampus!." Satu dengus kasar dilepaskan olehnya. Batal tadi dicampak kasar ke tepi.
"Kau ingat lakonan kau tadi bagus sangat? Pembunuh macam kau ni memang pandai berlakon kan? Tak apa nanti aku bagi kau anugerah pelakon pembunuh terkenal!." Matanya tajam menikam anak mata Haura Raissa.
Haura Raissa pandang wajah Adrian Alexnder dengan tidak puas hati. Tidak puas hati bila dirinya sering disalahkan.
Apa salahnya?
Tidak bolehkah bagi dirinya peluang untuk jelaskan perkara sebenar?
"Kalau macam tu. Lebih baik Abang serahkan Aura dekat pihak polis kan senang. Cepat sikit Aura mati. Aura nak jumpa akak dekat sana. Nak bagi tahu yang Aura tak bunuh dia." Matanya bertentangan dengan mata Adrian Alexnder. Masing-masing mempunyai maksud tersendiri.
"Aku tak akan serahkan kau pada polis sebab aku nak seksa kau puas-puas dulu. Aku nak kau mati di tangan aku. Baru hati aku puas!"
"Berapa ban..."
Belum sempat dia habiskan ayatnya. Adrian Alexnder telah memotong percakapannya.
"Aku nak kau makan sampai habis. Nanti kalau aku datang nasi ada lagi siap kau!." Katanya dan mengatur langkah ke arah pintu lalu beredar dari situ. Sempat dia mengunci pintu tersebut.
Why!
Why!
Why!
"Why! Aku juga yang disalahkan! Aku bukan pembunuh kakak dan anak saudara aku! Tapi kenapa aku jugak yang disalahkan!?." Soalnya sendiri lalu menarik rambutnya. Dia stress bila dirinya tidak habis digelar pembunuh oleh Abang ipar dia sendiri.
Matanya pula tertumpu pada dulang makanan tadi. Mahu atau tidak dia terpaksa mengambil juga.
Dia merenung ke arah nasi sambil menghembuskan nafas berat. Dia menjamah nasi dengan terpaksaan bila teringat kata-kata Adrian Alexnder sebentar tadi. Lebih baik dia makan daripada kena pukul dengan Adrian Alexnder.
•••
Adam Khalish membuka pintu keretanya dan melangkah masuk ke dalam restoran. Sesampai sahaja dia mencari kelibat Danisha Aisya di setiap ruang. Dia menjeling menyampah bila figura Danisha Aisya melambai ke arahnya.
Dia menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia membuka cermin matanya dan melihat wajah Danisha Aisya dengan senyuman manisnya.
Bukan manis tapi masam!
"Why you so handsome babe?.!Tangan Adam Khalish cuba dicapai olehnya namun Adam Khalish cepat-cepat tepiskan.
"Sombongnya you but i like it." Katanya lagi dan senyum menggoda kepada Adam Khalish.
"Aku ajak kau jumpa bukan nak tengok minah gedik kau ni. Tapi pasal Aura!." Adam Khalish mengalihkan pandangannya ke arah lain. Mahu sahaja dia mengambil kepala Danisha Aisya letak dalam tomyam!
Air muka Danisha Aisya berubah masam. Bila nama Haura Raissa disebut. Dia betulkan duduknya kembali dan berdehem.
"You ni kan. Sikit-sikit si betina tu! Tak sukalah macam ni!." Dengus nya agak kasar di dengari.
"Nama dia Haura Raissa okey bukan betina. Betina tu kau." Jarinya menunding tepat ke arah Danisha Aisya.
Danisha Aisya mengetap gigi. Geram sebab Adam Khalish tak layan dia.
"Kau yang buat semua ni kan. Jawab dengan jujur." Percakapannya Adam Khalish mula serius dan menayangkan wajah serius.
"Apa maksud you ni? I tak faham. I buat apa?." Balasnya dengan kepuraan.
"Tak perlu nak buat-buat tak tahulah Asy! Aku tahu kau yang buat semua ni. Mana Aura! Kau culik dia kan!." Wajahnya masih lagi sama seperti tadi. Serius campur bengis.
Danisha Aisya menelan air liurnya yang kesat bagaikan dia sedang menelan pasir. Bila melihat tangan Adam Khalish sudah membentuk penumbuk itu.
"Betul! Buat apa i tipu you! You ni kenapa ambil berat sangat pasal Aura!." Kata Danisha Aisya dan menghirup air yang di order olehnya tadi untuk mengurangkan rasa takut di hatinya.
"Aku ambil berat pasal dia sebab aku cintakan dia!. Balas Adam Khalish dan bangun dari duduknya. Dia memakai kembali cermin mata miliknya.
"Kalau aku dapat tahu kau punca semua ni. Aku ingatkan lebih baik kau bersiap sedia untuk lihat dunia baru kau. Dunia yang ada kau seorang sahaja." Katanya lagi dan kedua tanganya masukan ke dalam poket seluar lalu beredar dari situ.
Danisha Aisya yang sedang hirup air tadi tersembur keluar bila mendengar kata-kata Adam Khalish sebentar tadi.
"Tak guna punya kau Aura! Semua orang sukakan kau! Si Ikmal pun kau nak rembat jugak erk? Aku harap kau dah mampus kena dengan Abang ipar kau tu!." Jeritnya keseorangan di dalam restoran. Orang memandang dirinya itu tidak dihiraukan.
YOU ARE READING
Tuan Adrian Alexander |COMPLETED✓
Romance2 0 2 0 [KARYA 2] Adrian Alexnder × Haura Raissa T A M A T Know as 'Dark World' *Abaikan typo/grammar #Ditulis ketika newbie TUAN ADRIAN ALEXNDER sebaris nama yang agak unik. Dia tidak gila,obses,psycho but dia hanya mahukan gadis itu supaya menjadi...