Adam Khalish memandang wajah Haura Raissa buat kali terakhir. Sungguh berat hatinya ingin melepaskan gadis kesayangan dia untuk pergi.
Namun dia harus merelakan kepergian Haura Raissa demi kebahagiaan.
"Adam, aku nak terima kasih sangat-sangat pada kau. Kaulah sahabat sejati aku. Aku sayang kau macam keluarga aku sendiri." Kata Haura Raissa dan peluk Adam Khalish.
Adam Khalish senyum nipis sambil membalas pelukan dari Haura Raissa.
"Kawan kan. Apa guna ada kawan tapi tak boleh tolong. Dah lah tu peluk aku ni. Mati lemas aku dekat sini nanti." Ujar Adam Khalish dengan nada bergurau.
"Ish kau ni kan. Yelah aku gerak dulu. Kau jaga diri kau baik- baik, jaga makan minum kau. Kau jaga pejabat tu dengan baik tau. Aku janji aku akan selalu call kau." Pesan Haura Raissa dan mencuit hidung mancung milik Adam Khalish.
"Okey bos!." Balas Adam Khalish sambil membuat gaya askar.
"Kalau aku ada masa, aku datang lawat kau dekat sana." Kata Adam Khalish lagi.
"Okey. Adam, aku percayakan kau. Tolong jangan bagi tahu sesiapa pun ke mana keberadaan aku. Tolong aku tau"
"Ye aku janji, tak akan bagi tahu sesiapa pun mana kau pergi"
"Janji." Haura Raissa menunjukkan jari kelingking ke arah Adam Khalish.
"Janji." Adam Khalish memaut jari kelingking Haura Raissa.
"Aku pergi dulu. Assamulaikum." Ucap Haura Raissa sambil membawa beg bagasi bila mendengar penerbangan ke London akan berlepas 5 minit nanti.
"Waalaikumussalam." Balas Adam Khalish sambil melambai lambai ke arah Haura Raissa.
"Aku sayang kau Aura. Sampai bila-bila pun hati aku tak akan berubah pada kau." Ucap Adam Khalish dan melihat Haura Raissa yang sudah menjauh itu.
•••
"Kalau kau betul-betul sayang dia, kau dah pergi cari dia sampai dapat! Bukan berkurung macam ni!"
Ayat Danish Aiman masih lagi berlegar-legar difikirannya.
"Betul jugak apa Aiman cakapkan tu. Aku betul-betul sayangkan Aura. Kau tunggu apa lagi Ian? Cepatlah cari dia!." Gumamnya sendiri dan bangun dari baringnya lalu turun tangga. Kunci kereta di capai lalu menuju ke arah kereta.
"Tapi aku nak cari dekat mana?." Soalnya lagi. Matanya masih fokus pada hadapan.
Jari jemarinya mengetuk stereng kereta. Tidak lama kemudian dia menarik senyuman.
"Adam! Mesti dia tahu mana Aura pergi. Entah-entah Aura tinggal dekat situ." hatinya mula berasa cemburu bila fikirkan jangkaannya itu betul.
"Tak kan budak tu nak rampas Aura dari aku kut? Kau nak rampas Aura dari aku HAHAHA mimpilah budak." Dia tertawa kecil dan terus menekan pedal.
•••
Emir Ziqri merenung gambar-gambar yang ditampal olehnya pada dinding. Dia mengusap gambar Hairah Arisa yang sudah banyak kesan torehan.
"Sayang, how are you now? HAHAHA mesti kau tengah merana dekat sana HAHAHAH padan muka kau bodoh!!!." Dia melempar gambar Hairah Arisa ke lantai dan pijak gambar tersebut berulang kali.
Dia mencapai gambar Haura Raissa pula.
"Baby, you dekat mana sekarang ni? You tahu tak, i rindu sangat-sangat dekat you tau. Ishh geram betul i tengok bibir you tu. I gigit baru tau. HAHAHAHA kau akan jadi milik aku Aura!!! Kalau kau tak nak hidup kau berakhir macam kakak kau!!! Lebih baik kau ikut cakap aku!!! HAHAHA." Dia mencium gambar Haura Raissa berkali-kali dan melempar ke lantai juga.
"ARGHHHHH!!! Tak guna punya kau Ian!!! Lepas kau rampas Hairah dari aku!!! Kau rampas Aura dari aku pulak!!! Semua kau nak kebas kan jantan!!! HAHAHA." Emir Ziqri menumbuk dinding berkali-kali sambil tertawa besar.
Danisha Aisya membuka perlahan pintu bilik Emir Ziqri sambil menutup mulutnya bila melihat keadaan Emir Ziqri tidak ubah seperti orang mental.
"Ab...abang ja..jangan ja..jadi ma..macam nn..ni." ujar Danisha Aisya dengan nada yang gagap.
Dia melangkah masuk ke dalam bilik Emir Ziqri dan menyentuh perlahan bahu Emir Ziqri.
"Kau nak apa dari aku bodoh!!! Sini kau!!! Kau memang nak kena dengan aku kan!!!." Dia menolak badan Danisha Aisya pada dinding.
"Abang! Sakit!!! Lepaskan Asy!!!." Jerit Danisha Aisya dengan lantang dan pejamkan matanya bila Emir Ziqri memukul dirinya dengan menggunakan tali pinggang.
"Kau sama jelah dengan diorang tu!!! Suka tengok aku merana kan!!!." Dia terus melibas lagi dan lagi ke atas tubuh Danisha Aisya.
"Sakit!!!." Hanya perkataan itu sahaja yang keluar dari mulut Danisha Aisya.
YOU ARE READING
Tuan Adrian Alexander |COMPLETED✓
Romance2 0 2 0 [KARYA 2] Adrian Alexnder × Haura Raissa T A M A T Know as 'Dark World' *Abaikan typo/grammar #Ditulis ketika newbie TUAN ADRIAN ALEXNDER sebaris nama yang agak unik. Dia tidak gila,obses,psycho but dia hanya mahukan gadis itu supaya menjadi...